Monday, April 20, 2009

Pengenalan kepada usahawan

PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
  • Masyarakat yang mempunyai paling ramai usahawan adalah masyarakat yang terbaik.
  • Usahawan adalah individu yang paling dinamik,kreatif dan inovatif.
  • Mereka bersedia berhadapan dengan tidak ketentuan melalui kreativiti dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan.
  • Mereka melihat hari esok dengan penuh peluang dan keyakinan untuk merebutnya.
  • Usahawan perlu mencipta dan menceburi bidang baru untuk meningkatkan daya saing dan memberi banyak pilihan.
  • Mereka juga dianggap symbol ketabahan dan pencapaian dalam bidang perniagaan.
  • Keusahawanan penting kepada individu, masyarakat dan negara.
.
.
PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN
.
Perkataan ‘entrepreneur’ adalah bahasa Inggeris yang berasal dari bahasa Perancis iaitu ‘entreprendre’ yang bermaksud memikul atau mencuba. Dalam Bahasa Malaysia “usaha” membawa maksud daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.
.
Perkembangan dan Pembangunan Teori Keusahawanan:
.
1. Zaman awal
Kebanyakan usahawan terdiri dari saudagar yang juga merupakan pengembara.· Marco Polo merupakan seorang pengembara yang memperkenalkan istilah ‘go-between’.
.
Dengan cara ini beliau cuba mewujudkan ‘ laluan perniagaan’ bagi menjual produk ke Timur Jauh. Dalam proses ini pedagang tandatangan kontrak dengan pemilik wang bagi menjual produknya. Pemilik wang akan menyediakan pinjaman kepada saudagar pengembara manakala saudagar pula mengambil peranan yang aktif dalam perniagaan yang dijalankan.
.
Dalam keadaan tertentu pemodal mengaut keuntungan yang melampau daripada system riba yang diamalkan sehingga menindas peniaga yang menjalankan perniagaan.
.
2. Zaman pertengahan
Konsep keusahawanan boleh dihuraikan sebagai individu mengurus projek yang besar tetapi individu ini tidak akan menanggung apa-apa risiko. Individu hanya menggunakan sumber yang sedia ada sahaja iaitu yang telah diperuntukan oleh pemodal. Usahawan hanya bertanggungjawab keatas kerja-kerja senibina iaitu menyiapkan bangunan kota dan kubu pertahanan, membina bangunan awam dan pembinaan rumah-rumah ibadat.
.
3. Abad ke 17
Kelihatan wujudnya hubungan risiko dengan usahawan.Usahawan mula terlibat dalam persetujuan kontrak dengan golongan pemerintah dimana harga kontrak telah ditetapkan oleh mereka. Hasil yang yang diperolehi samada untung atau rugi akan dibahagi berdasarkan usaha-usaha yang ditunjukan oleh usahawan sendiri.
.
Perkataan ‘usahawan’ digunakan buat kali pertama oleh Richard Cantillon pada tahun 1725. Beliau adalah pengasas kepada istilah ‘keusahawanan’. Beliau juga melihat usahawan sebagai pengambil risiko ekonomi, iaitu ‘buy at certain price-sell at uncertain price’ . Dalam proses ini perolehan kewangan adalah suatu factor yang tidak pasti dan keadaan ini mewujudkan unsur risiko dan spekulasi dalam menjalankan perniagaan.
.
4. Abad ke 18
Individu mempunyai modal dibezakan dengan individu yang tidak mempunyai modal. Usahawan dibezakan dengan pemberi modal (venture capitalist). ‘Venture Capitalist’ merujuk kepada pengurus pelaburan professional yang membuat pelaburan berisiko dari modal ekuiti yang dimiliki untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan yang dibuat.
.
Situasi berbeza dengan konsep keusahawanan dalam sector perindustrian yang berkembang di seluruh dunia dimana sector perindustrian menuntut usahawan agar berusaha untuk merebut peluang demi kemajuan diri dan negara. Perbezaan kedua ialah dari segi pembentukan rekaan hasil reaksi kepada dunia yang terus menerus mengalami perubahan. Setiap perubahan yang berlaku akan mendorong individu untuk merekabentuk produk yang lebih baik dan berkesan.
.
5. Abad ke 19 & 20
Usahawan dianggap agen yang membawa perubahan kerana penciptaan produk, proses dan system baru. Konsep perubahan merupakan satu bahagian penting dalam bidang keusahawanan. Inovasi adalah satu tindakan memperkenalkan sesuatu yang baru dan merupakan satu tugas yang paling sukar.
.
Usahawan juga berkeupayaan untuk memenuhi semua tuntutan dalam persekitaran di mana mereka menjalankan aktiviti perniagaan. Perubahan yang dilakukan melibatkan penciptaan produk baru, system pengagihan baru dan kaedah untuk membentuk struktur syarikat baru. Keupayaan untuk membuat inovasi merupakan kelebihan yang dimiliki oleh usahawan dan membezakan mereka dengan orang lain yang bukan usahawan.
.
6. Abad ke 21
Usahawan dianggap sebagai hero dalam perusahaan bebas. Ramai gunakan pembaharuan kreativiti untuk membina empayar perusahaan. Usahawan cipta produk dan perkhidmatan baru dan percaya adanya risiko dalam perusahaan.
Hari ini ramai orang menganggap usahawan adalah peneroka kepada permulaan perniagaan (Kuratko &Hodgetts,2004).

No comments: