Selasa, April 07, 2009

Usahawan Muslim perlu rebut peluang perniagaan Internet

Keratan majalah Islamik, I terbitan Karangkraf:

Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan internetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanya golongan muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padat yang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan internet.
.
Bagi yang lebih berkemampuan atau yang benar-benar serius mahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadiri kursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka, kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.
.
Perkara ini diakui sendiri oleh Irfan Khairi , penulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, buku bahasa Melayu yang pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet, sekaligus membongkar rahsia-rahsia perniagaan internet. Sejak munculnya buku tersebut di pasaran pada tahun lepas, perniagaan internet di negara ini mula menampakkan perkembangan rancak, meskipun di Barat industri ini sudah berkembang hebat sejak sepuluh tahun yang lalu.
.
"Industri ini masih baru di negara ini. Cuma sejak kebelakangan ini ia sudah mula mendapat sambutan dan kepercayaan orang ramai. Saya harap dengan kehadiran saya dalam industri internet sejak tahun lepas sedikit sebanyak membuka lebih banyak mata terutama di kalangan masyarakat bumiputera tentang peluang perniagaan melalui internet ini," ujar Irfan Khairi yang ditemu bual baru-baru ini.
.
FENOMENA BARU
Fenomena ini jelas dapat dilihat apabila buku tersebut menjadi Best-Seller di kedai-kedai buku terkenal seperti di MPH dan Kinokuniya. Cakera padat bertajuk Manual Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Perniagaan Internet turut mendapat sambutan di samping Workshop Jutawan Internet yang dikendalikan sendiri oleh Irfan Khairi.
.
Itu belum lagi diceritakan tentang produk-produk seumpamanya yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan internet lain. Bumiputera yang memiliki tahap ekonomi yang masih rendah tidak harus melepaskan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja. Peluang ini harus direbut sebaik mungkin kerana ia sedang terbukal uas dan masih banyak ruang yang belum diteroka, memandangkan Malaysia masih lagi berada di tahap awal dalam penerimaan perniagaan melalui internet.
.
"Masih terdapat terlalu banyak ruang yang boleh dieksploitasi oleh kaum bumiputera di arena internet. Sebagai contoh, ketika saya bersiar-siar di kedai buku agama, terlalu banyak buku agama yang ada di pasaran tetapi tidak ada dijual di pasaran internet. Di situ saja satu idea memulakan perniagaan internet - menjual buku-buku agama - boleh dilakukan," kata Irfan.
.
POTENSI MASA DEPAN
Tambah Irfan, potensi perniagaan internet pada masa hadapan akan menjadi semakin luas. Seperti televisyen, radio, surat khabar, dan majalah yang merupakan media yang tidak luntur dek masa, demikian juga dengan internet.
.
"Pada masa ini pengguna internet di Malaysia mencecah 10 juta orang. Pada tahun lepas, jumlahnya adalah sembilan juta orang, bererti kenaikan sebanyak 1 juta pengguna setahun. Tetapi kita harus ingat, kenaikan itu tidak berlaku secara linear.
.
Tahun hadapan bukan bermakna lagi satu juta pengguna internet, tapi mungkin 1.5 juta atau 2 juta. Saya yakin, pengguna internet dan penerimaan internet akan terus berkembang di Malaysia seiring dengan usaha kerajaan yang turut menekankan kepentingan industri ICT di negara ini."
.
Mungkin ramai yang teruja membaca kisah Irfan Khairi, tetapi masih tidak tahu untuk bertindak. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan internet sekiranya ada minat untuk melakukannya. Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang tinggi, kerana ia boleh dimulakan dengan modal serendah RM500 sahaja. Ia juga tidak memerlukan pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi kerana hari ini terdapat banyak buku-buku panduan mengenainya serta perisian-perisian yang membolehkan seseorang itu membina laman web nya sendiri.
.
"Sebenarnya untuk memulakan perniagaan internet, seseorang itu tidak perlu ilmu yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat. Sudah memadai bagi seseorang yang tahu menggunakan internet - samada untuk melayari laman-laman web, menggunakan emel atau membuat penyelidikan.
.
Sekiranya tahu menggunakan perisian mudah seperti Microsoft Word, maka, sudah cukup untuk memulakan perniagaan internet. Asalkan mereka sanggup belajar dan ambil langkah demi langkah," kata Irfan. Irfan menjelaskan adalah amat rugi bagi seseorang usahawan yang sudah memiliki perniagaan sendiri tidak mahu merebut peluang ini.

.
Ini kerana, menjual produk di kedai konvensional hanya dapat menerima kunjungan orang-orang yang berada di persekitaran kedai itu. Tetapi dengan cara mengembangkan perniagaan itu di internet,usahawan tersebut boleh mencapai pengguna internet satu Malaysia yang jumlahnya melebihi 10 juta orang.
.
Bahkan, mereka boleh pergi lebih jauh dengan menjual produk mereka ke seluruh dunia dengan jumlah pengguna internet kini melebihi 1 billion orang.
.
Internet memiliki banyak kelebihan berbanding perniagaankonvensional kerana ia tidak dibatasi oleh sempadan geografi,bangsa dan agama. Kerana itu, sesiapa sahaja boleh berjaya di internet jika rajinberusaha, pandai membaca peluang dan yakin kepada diri sendiri.
.
PENYELESAI MASALAH
Perniagaan internet adalah penyelesai kepada banyak masalah. Iaboleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi kesesakan lalulintas, kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak serta kepada mereka yang masih menganggur.
.
"Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah dengan pekerjaan mereka, termasuk juga mereka yang tidak ada kerja. Mereka ini harus memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perniagaan melalui internet ini. Ia boleh dijalankan di rumah dengan kos yang sungguh minimum.
.
"Bagi graduan menganggur pula, mereka patut merebut peluang ini dan tidak menunggu pekerjaan makan gaji. Bahkan saya sarankan bukan sahaja kepada graduan menganggur, tetapi sesiapa juga sebagai satu cara mendapatkan pendapatan sampingan dan memantapkan ekonomi" kata Irfan lagi.
.
* Ingin memulakan perniagaan Internet? Sertai Workshop JutawanInternet kelolaan Irfan Khairi hari Sabtu ini. Lawati
http://www.rahsiainternet.com/workshop atau hubungi 016-6966644atau 014-6633311 untuk maklumat lanjut.Tempat adalah amat terhad, jadi, daftar hari ini untuk memastikan tempat anda! *

1 ulasan:

Fuzang berkata...

Kita kena rebut peluang yang sedia ada utuk lebih kompetitif. Saya pun dalam proses untuk membina perniagaan online sendiri.

Tak perlu detol lagi

Tak perlu dettol lagi!  . Sharing ikhlas daripada Pn. Atie.  . Selepas pembedahan kecil di pergelangan tangan, berlaku sedikit infection...