Tuesday, October 13, 2009

Membuang orang tengah

.
Satu strategi untuk anda mengurangkan kos perniagaan anda dan jugamenambahkan keuntungan adalah dengan membuang "orang tengah".
.
Lihat perniagaan anda. Bolehkah anda mengurangkan "orang tengah"?
.
Sekiranya anda mendapatkan stok daripada agent stok (orang tengah),bolehkah anda mendapatkan stok terus daripada pembekal?
.
Atau, lebih baik, terus daripada pengilang!
.
Ataupun, mungkin anda adalah pembekal, bolehkah anda menjual terus kepada pelanggan tanpa melalui pengedar (orang tengah)?
.
Perniagaan Internet, perniagaan mail order dan juga perniagaan jualan adalah antara perniagaan yang secara modelnya telah sedia membuang orang tengah.
.
Tahukah anda, Michael Dell menjadi BILLIONAIRE dalam masa 3 tahun sahaja kerana berjaya mencipta model perniagaan menjual komputer dengan membuang "orang tengah"?

No comments: