Isnin, Oktober 19, 2009

Perniagaan Francais

Di dalam sistem francais, kita ada franchaisor dan franchaisee. Franchaisor adalah syarikat yang sudah berjaya yang akan memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha kecil menjalankan bisnes yang sama melalui perjanjian francais. Franchaisor akan memberi hak untuk memasarkan atau mengeluarkan produk mereka kepada franchaisee. Franchaisee akan membayar royalti atau pembayaran khusus yang ditetapkan dalam perjanjian francais..

Sebagai contoh restoran McDonalds adalah franchaisor yang akan memberi peluang kepada franchaisee membuka restoran McDonalds. Franchaisee akan memulakan perniagaan di bawah jenama McDonalds di mana franchaisor akan memastikan operasi franchaisee seragam dengan mana-mana out­et McDonalds di seluruh dunia..

Kadar kegagalan memulakan perniagaan sendiri adalah amat tinggi terutama jika kurang pengalaman memulakan perniagaan contohnya membuka restoran. Besar kemungkinan restoran mereka akan gagal disebabkan oleh fakta-fakta penjenamaan, promosi dan penerimaan pelanggan kepada produk makanan restoran tersebut. Untuk mengurangkan risiko ini, lebih baik kita menjadi franchaisee kepada restoran-restoran yang berjenama supaya kita dapat memulakan perniagaan produk yang sudah dikenali ramai dan dapat menggunakan sistem franchaisor untuk menjalankan operasi secara optimum. Dengan itu, kemungkinan kejayaan kita menjalankan bisnes ini adalah lebih tinggi..

Trend di seluruh dunia menunjukkan bahawa apa sahaja barangan atau perkhidmatan dapat difrancaiskan. Negara yang paling banyak menjalankan francais adalah Amerika Syarikat di mana hampir semua bisnes dijalankan secara francais. Antara perniagaan francais dari Amerika yang sudah bertapak di Malaysia adalah McDonalds, Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut, A&W dan banyak lagi.

Tiada ulasan:

Penjagaan kesihatan dengan kos yang optimum

. Dengan kemajuan penjagaan kesihatan dan rawatan yang semakin meningkat, kos penjagaan kesihatan juga turut meningkat.  . Tujuan pelan pe...