Khamis, Oktober 29, 2009

Zon Selesa Anda

Ceritanya begini...
.
Di Negara Afrika yang panas dan kering, pokok-pokok besar pun tak banyak tumbuh, yang kelihatan cuma rumput-rumput dan pokok-pokok renek yang kekuningan tumbuh menutupi bumi. Dari jauh nampak seperti sebuah padang yang luas. Terdapat banyak binatang buas pemangsa dan tak kurang juga yang jadi mangsa tinggal disini.
.
Haiwan-haiwan disini sudah biasa dengan keadaan itu yang panas dan sungguh tidak selesa. Badan haiwan disini semuanya kurus-kurus belaka. Nak makan pun susah, airpun sukar untuk didapati.
.
Sementara itu di negara kita yang beriklim Khatulistiwa panas dan lembap. Pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhannya tumbuh melata dan menghijau. Hutan disini pokok-pokonya besar dan tinggi, amat sukar untuk dilalui. Kalau nak tengok seberang pun amat sukar.
.
Di hutan kita ini tak kurang juga tinggal banyak haiwan pemangsa dan tak kurang juga yang jadi mangsa. Senang cerita haiwan kat negara kita ni gemuk-gemuk kerana senang mendapatkan makanan dan air.
.
Fikirkan,
Seekor singa Afrika – Di kawasan manakah ia lebih mudah mendapatkan makanan, maksudnya dimanakah ia lebih mudah memburu rusa idamannya. Di hutan Afrika yang seumpama padang atau di hutan kita yang penuh dengan belantara.
.
Jawapannya,
Tentulah di hutan kita yang penuh dengan belantara.
.
Kenapa / Mengapa?
.
Sebabnya:Haiwan-haiwan dinegara kita ni berada dalam zon keselesaan (Comfort Zone). Haiwan-haiwan kita tidak pernah mengalami kesusahan untuk mendapatkan makanan dan air. Haiwan-haiwan kita tidak bersedia untuk menghadapi kesusahan. Haiwan-haiwan kita tidak ada latihan yang cukup untuk menghadapi sebarang musibah atau bencana. Haiwan-haiwan kita gemuk-gemuk belaka banyak kolestrol, macam mana nak kuat lari. Dan banyak lagilah, bla… bla… bla…
.
Sementara itu, haiwan-haiwan di Afrika pula: Sentiasa dalam kesusahan, ‘Alah bisa tegal biasa’. Sentiasa berusaha untuk mendapatkan makanan, memang susah dapat pun.Rusa-rusanya kuat lari, sudah terlatih dan menjadi kebiasaan dikejar singa. Badan kurus beb. Dan banyak lagilah, bla… bla… bla…
.
Sekarang ni cuba kita renungkan kembali, kalau ada singa Afrikalah katakan, kita ni rusa yang mana?
.
Yang sentiasa bersedia atau yang berada dalam zone keselesaan (Comfort Zone).
Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa bersedia untuk bertindak atau mengambil tindakan.

1 ulasan:

Sulaman berkata...

Terima kasih dengan panduan motivasi ini.

Penjagaan kesihatan dengan kos yang optimum

. Dengan kemajuan penjagaan kesihatan dan rawatan yang semakin meningkat, kos penjagaan kesihatan juga turut meningkat.  . Tujuan pelan pe...