Thursday, January 14, 2010

Berjenama tulen tetapi murah

Oleh ZAINI RABAN
utusanperak@utusan.com.my
.
IPOH 13 Jan. - Semua orang mahu memakai pakaian berjenama tetapi ramai juga yang hanya mampu melihatnya dari jauh kerana tidak berkemampuan.
.
Tidak dinafikan, ada sesetengah individu sanggup berhabis duit demi mendapatkan pakaian berjenama walaupun harganya tidak masuk akal.
.
Selain itu, pakaian berjenama dianggap melambangkan status pemakai dan akan menyerlahkan lagi penampilan diri individu terbabit.
.
Bagi yang mementingkan kualiti pula, mereka sememangnya tidak kisah untuk mengempiskan poket kerana berpegang kepada prinsip 'alah membeli, menang memakai'.
.
Kadangkala, demi bergaya, seseorang itu sanggup membeli 'pakaian Siam' kerana harganya jauh lebih murah. Namun, kebiasaannya yang rugi adalah pembeli juga kerana barangan ciplak memang tidak tahan lama.
.
Bagi menyelesaikan masalah itu, orang ramai boleh mengunjungi kedai pakaian berjenama terus dari kilang iaitu Factory Overrun yang beroperasi di Green Town di sini.
.
Ini kerana, pakaian berjenama yang dijual di kedai tersebut dijamin tulen dan mendapat lesen atau kebenaran di sisi undang-undang oleh syarikat pengeluar barangan berkaitan.
.
Apa yang menarik, pakaian tersebut dijual pada harga yang jauh lebih murah daripada harga sebenar di pasaran.
.
Antara pakaian berjenama yang dijual ialah Oskosh, Carter's, Marks and Spencer, Burberry, Tommy Hilfigger, GAP, Quicksilver, Versace dan pelbagai pilihan lagi yang membuatkan pelanggan rambang mata.
.
Secara purata, harga baju, seluar dan kasut berjenama bagi golongan dewasa dan kanak-kanak itu diberi potongan harga antara 70 hingga 95 peratus.
.
Bagi yang meminati fesyen, mereka tahu sesetengah kemeja lengan panjang itu dijual pada harga kira-kira RM1,000 sehelai tetapi di Factory Overrun, harganya sekitar RM100 sahaja.
.
Pemilik, kedai berkenaan, Azmi Abdul Malik, 35, berkata, walaupun perniagaannya itu mendapat pelbagai pandangan negatif banyak pihak tetapi dia langsung tidak kisah kerana yakin dengan kebenaran dan ketulenan perniagaannya.
.
''Berkat kesabaran dan penerangan kepada pelanggan, perniagaan saya kini sudah mula mendapat kepercayaan malah sudah berkembang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
.
Azmi memberitahu, usaha menjual barangan berjenama terus dari kilang itu muncul daripada minatnya sendiri untuk memakai pakaian berjenama sejak menuntut di universiti lagi.
.
Katanya, memandangkan tidak mampu maka dia sering mencari jalan bagaimana hendak mendapatkan pakaian diinginkan pada harga lebih murah.
.
''Akhirnya, berbekalkan semangat dan keberanian berhubung terus dengan pihak kilang saya akhirnya berjaya mendapatkan pelbagai barangan berjenama yang diinginkan.
.
''Selepas menyedari ia merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan, maka saya mula membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan hinggalah mampu membuka kedai di sini," katanya yang turut membuka cawangan baru di Lumut.
.
Menurut Azmi, pakaian di kedainya itu merupakan produk yang tidak dapat dijual pihak syarikat atas pelbagai sebab seperti belum sedia masuk ke pasaran atau keluaran yang terlalu berlebihan di kilang.
.
''Jadi pakaian yang saya jual ini merupakan pakaian baru dan tulen. Inilah rahsia kejayaan perniagaan yang saya ceburi sejak lapan tahun lalu," katanya yang mampu memperoleh hasil jualan sehingga RM500,000 setahun.
.
Menurut Azmi lagi, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaannya itu boleh melayari Internet di alamat
www.factoryoverrun.com.
.
Sumber : Utusan online

No comments: