Wednesday, January 13, 2010

Kerja Makan Gaji VS Buat Bisnes

Tahukah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut.
.
Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka.
.
Antara kebaikan kerja makan gaji:-
  • Memperoleh gaji secara tetap setiap bulan
  • Mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya
  • Kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai
  • Berpeluang mendapat bonus tahunan
  • Peluang kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya
.
Selain makan gaji, ada yang menjalankan perniagaan, sama ada kecil, sederhana atau besar. Perniagaan kecil-kecilan adalah seperti menjual nasi lemak, cendol atau goreng pisang di gerai-gerai.
.
(Awas! Walaupun dipanggil perniagaan kecil-kecilan, jangan pandang rendah terhadap mereka kerana pendapatan mereka berkemungkinan jauh lebih besar dari gaji bulanan anda!)
.
Perniagaan yang bersaiz kecil, jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil yang lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah konglomerat yang besar dan disegani. Perniagaan yang melibatkan ratusan ringgit pada mulanya boleh mencapai nilai jutaan ringgit.
.
Sebagai contoh, lihat sahaja Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sebagai peniaga pasar dan akhirnya mencapai status antara orang terkaya di Malaysia.
.
Antara kebaikan menjalankan bisnes ialah:-
  • Jika bisnes maju, hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji.
  • Bisnes maju yang dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang cekap boleh dijalankan dengan penglibatan minimum oleh pemilik bisnes tersebut. (boleh goyang kaki)
  • Tiada kerenah birokrasi untuk mendapat cuti atau naik pangkat.
  • Boleh membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
  • Berpeluang untuk menjadi Jutawan dan merasai Kebebasan Kewangan dan Kebebasan Masa.
.
Apa-apapun, keputusan sama ada nak makan gaji atau buat
bisnes bergantung kepada anda sendiri. Bisnes kena bermula dengan minat.
Sekiranya anda langsung tiada minat dalam bisnes, saya cadangkan anda makan gaji
lagi bagus…
.
Kepada yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, saya nasihatkan anda bertanyakan dulu dari orang yang pakar dalam bisnes tersebut.
.
“Belajar dari yang Pakar” atau “Belajar Dari Pengalaman…” Orang yang berjaya dalam bisnes ialah orang yang jatuh dan terus bangun semula…

No comments: