Thursday, July 31, 2008

17 Tabiat Jutawan Ciptaan Sendiri

Para jutawan berfikir dan melihat dunia ini dengan cara yang berbeza.
....
Jika anda memiliki minda jutawan, anda akan menjadi jutawan ciptaan sendiri suatu hari nanti...atau mungkin anda telah pun menjadi seorang jutawan ciptaan sendiri. Berikut adalah senarai tabiat-tabiat tersebut.
....
Tabiat #1: Mereka mencipta takdir mereka sendiri. Mereka tidak pernah menyalahkan sesiapa, membenarkan dan mengkritik seperti kebanyakan orang. Mereka tahu bahawa apabila mereka menyalahkan dan mengkritik, mereka akan menjadi mangsa.
....
Tabiat #2: Orang kaya bermain permainan wang (biasanya melabur) untuk MENANG tetapi kebanyakan orang bermain wang untuk TIDAK KALAH. Apakah perbezaan antara keduanya?
....
Orang kaya bermain permainan wang untuk MENANG banyak wang manakala kebanyakan orang bermain permainan wang hanya untuk mendapatkan wang yang secukupnya bagi diri mereka sendiri.
....
Tabiat #3: Orang kaya adalah 100% komited untuk menjadi kaya. Cuba saya tanya anda satu soalan...Adakah anda ingin menjadi kaya? Anda mungkin berkata "Tentulah saya ingin menjadi kaya, saya tidak akan melabur dalam peluang ini jika saya tidak mahu menjadi kaya."
..
Kebanyakan orang hanya BERHARAP untuk menjadi kaya dan mereka tidak kisah jika tidak kaya pun. Orang kaya mempunyai keinginan membara untuk kaya dan berjaya. Mereka tahu bahawa dengan menjadi kaya adalah keutamaan paling atas dan mereka tidak dapat menerima hakikat tidak menjadi kaya setelah berusaha.
....
Tabiat #4: Menangguhkan kepuasan. Apa yang menghalang seseorang menjadi kaya ialah mereka mempunyai tabiat inginkan kepuasan yang cepat. Kepuasan cepat ialah tabiat yang selalu ingin menikmati sesuatu pada masa sekarang juga dan tidak mempunyai kesabaran untuk menunggu faedah pada masa hadapan.
..
Sebagai akibatnya, mereka ini menghabiskan wang mereka lebih banyak daripada dilaburkan. Apabila tiba masa untuk melabur dalam melanggan buku-buku berkaitan, seminar dan sebagainya, mereka selalunya akan berfikir dua kali kerana mereka beranggapan terpaksa menunggu untuk tempoh masa yang lama bagi mendapat faedah pada masa hadapan.
..
..
..

Tabiat #5: Orang kaya berfikiran BESAR. Mereka menetapkan matlamat yang mencabar untuk diri mereka sendiri dan mengambil langkah besar-besaran untuk mencapainya.

...
Tabiat #6: Orang kaya memfokuskan kepada peluang. Peluang selalunya datang bersama dengan banyak rintangan. Ia seperti satu pakej, anda tidak boleh hanya mengambil peluang dan 'buang' rintangan-rintangan itu. Apabila terdapat cabaran dan rintangan, kebanyakan orang akan fokuskan kepadanya sahaja dan kemudian memberi pelbagai alasan seperti "Saya terlalu muda," "Saya tidak cukup modal" dan akhirnya mereka mempercayai bahawa mereka sebenarnya ditakdirkan untuk berada dalam keadaan kemiskinan selamanya. Orang kaya memberi fokus kepada peluang berbanding rintangan.
.

... ..

Tabiat #7: Orang kaya menghormati dan menyayangi wang. Sepanjang hidup kita dari kecil sehinggalah meningkat dewasa, kita mungkin dengan tidak sengaja mengambil banyak kepercayaan yang membataskan potensi diri dan mengaitkan kesukaran terhadap wang melalui keluarga kita, rakan-rakan, guru-guru dan lain-lain lagi.

Jika anda datang daripada keluarga yang miskin dan golongan pertengahan, anda mungkin telah diajarkan bahawa "Wang bukannya tumbuh dari atas pokok," "Melabur itu berisiko," "Wang akan mengubah anda," "Simpan wang untuk masa-masa kesusahan" dan sebagainya. Akibatnya, minda separa sedar anda akan mengaitkan dengan begitu banyak ketakutan dan perasaan negatif terhadap wang yang akan menghalang anda daripada menjadi kaya.

..

Minda dalaman anda tidak membenarkan anda untuk menjadi kaya kerana ia akan memberi anda lebih "masalah" atau menjadikan anda "seorang yang tidak baik." Bagaimanapun, anda mesti memahami bahawa ibu bapa dan guru-guru anda mengajar anda perkara demikian kerana mereka berpendapat itulah nasihat yang terbaik tentang perihal kewangan. Kerap kali mereka mengaitkan secara negatif terhadap wang dan sebab itulah nasihat ini diperturunkan dari generasi ke generasi seterusnya.

..
Tabiat #8: Selalu melakukan lebih daripada yang dijangkakan. Orang kaya adalah pencipta nilai. Pencipta nilai mempunyai tabiat untuk melakukan lebih banyak daripada apa yang dijangkakan. Jika mereka dibayar upah sebanyak RM3,000, mereka sanggup bekerja seakan mereka dibayar RM10,000. Jika mereka diharapkan untuk menjana keuntungan sebanyak RM20,000, mereka akan mencipta nilai berjumlah sehingga RM50,000!


Mereka ini adalah orang yang tergolong dalam mereka yang dinaikkan pangkat dengan sangat pantas dalam kerjaya mereka dan memperolehi pendapatan berganda malahan berlipat kali ganda setiap tahun. Tabiat ini bukan hanya diaplikasi ke atas pekerja sahaja, malahan ia diamalkan kepada setiap orang dari bintang terkenal sehingga seorang usahawan.


Apabila Michael Jordan ditemu ramah dan ditanya bagaimana beliau boleh menjadi pemain bola keranjang terhebat dunia, dia menjawab, "Saya menjangkakan lebih lagi daripada diri sendiri berbanding orang lain jangkakan daripada saya! Apabila jurulatih saya menjangkakan saya berlatih 3 kali seminggu, saya sanggup berlatih 5 kali. Apabila jurulatih menjangkakan saya menjaringkan 15 mata setiap perlawanan, saya sanggup menjaringkan 36 mata! Sebab itulah saya yang terbaik di dalam dunia".

....
Tabiat #9: Orang kaya sanggup mempromosikan diri mereka sendiri dan nilai-nilai murni mereka.

....
Tabiat #10: Orang kaya adalah LEBIH BESAR daripada masalah mereka. Apabila masalah datang, ramai orang akan menjadi lemah semangat dan membiarkan masalah yang terjadi tanpa menyelesaikannya. Orang kaya akan mencuba untuk selesaikan masalah mereka walau sebesar mana pun ia.

..
Tabiat #11: Orang kaya mendapat bayaran berdasarkan keputusan. Mereka memilih untuk tidak menjadi kaya oleh masa. Orang kaya tahu bahawa cara yang paling teruk untuk mencapai kebebasan kewangan ialah dengan menjual masa anda. Mereka memilih untuk memperolehi wang berdasarkan prestasi dan keputusan.

...
Tabiat #12: Orang kaya berfikiran KEDUANYA SEKALI. Kebanyakan orang berfikir jika anda mahu memperolehi wang yang banyak, anda perlu mengorbankan perkara lain. Orang kaya percaya yang anda boleh memperolehi pendapatan lumayan tanpa mengorbankan sesuatu pun.

....
Tabiat #13: Orang kaya fokus kepada nilai aset bersih mereka. Orang yang memiliki kereta besar atau rumah besar tidak semestinya kaya. Mereka mungkin mempunyai banyak pinjaman dan hutang keliling pinggang.

....
Tabiat #14: Orang kaya menguruskan wang mereka dengan bijaksana. Mereka mengambil risiko terkira sebelum melaburkan wang mereka. Kebanyakan orang membelanjakan sebahagian besar wang mereka untuk barangan mewah setelah menerima gaji. Tetapi orang kaya menjadikan wang mereka serta peluang yang diambil yang akan menjadikan wang mereka terus berkembang.

.. ..
Tabiat #15: Kebanyakan orang berhenti kerana takut, ragu dan bimbang. Orang kaya bertindak atas rasa TAKUT, ragu dan bimbang itu.

....
Tabiat #16: Orang kaya berterusan belajar dan berkembang. Orang kaya sanggup belajar daripada seseorang tanpa memandang rendah tahap pendidikan orang tersebut, latar belakang, umur dan sebagainya.

.. ..
Tabiat #17: Orang kaya menjadikan wang mereka bekerja keras untuk mereka. Orang kaya tahu bagaimana untuk mencari peluang, melaburkannya dan kemudiannya melihat wang mereka "berkembang." Tetapi kebanyakan orang bekerja keras untuk mendapatkan wang . Mereka mengorbankan masa mereka untuk mendapatkan lebih banyak wang.

No comments: