Monday, July 28, 2008

Proses Penetapan Matlamat


Matlamat boleh dikatakan sebagai satu destinasi kepada seseorang dan ia sering digambarkan dengan kejayaan sekiranya ia berjaya dicapai. Ramai pakar motivasi dan tokoh usahawan yang berjaya sering menekankan kepada penetapan matlamat yang baik dan sesuai akan menentukan kejayaan seseorang.
...
Terdapat juga sesetengah berpendapat, matlamat ialah "Impian yang mempunyai tempoh masa tertentu.”
..
Tapi matlamat yang bagaimana kerana biasanya ia berbentuk subjektif kerana setiap individu mempunyai matlamat yang berlainan. Sebenarnya, yang sering digunakan ialah dipanggil SMART.
...
Specific – Jelas dan mudah dilakukan mengikut keupayaan anda sendiri
Measurable – Boleh diukur dari masa ke semasa
Attainable – Boleh dicapai
Realistic – Tidak mustahil dicapai
Trackable – Mempunyai tempoh yang khusus
..
Tanpa matlamat yang jelas, sukarlah untuk anda berjaya dalam bisnes.

No comments: