Sunday, July 27, 2008

3 Kunci Utama Memulakan Blog Bisnes

....
Anda pun patut memulakan satu blog. Blogging bukannya satu strategi bisnes semata-mata tetapi juga satu aktiviti yang sangat menyeronokkan!
..
Keindahan blogging ialah anda boleh selaraskan dengan jadual harian anda. Malahan anda boleh lakukan semasa dalam perjalanan. Tetapi apakah yang diperlukan untuk menjadi blogger yang benar-benar berjaya?
...
Pertama Kandungan Yang Hebat: Jika kandungan blog anda tidak menarik dan relevan dengan dengan sasaran pasaran anda, blog anda tidak akan menjadi. Ia semudah itu saja. Kadang kala anda akan terkejut, betapa mudah sebenarnya untuk mencari perkara-perkara untuk dituliskan jika anda benar-benar membuka minda untuknya. Ia mungkin berita-berita tentang industri anda, perkembangan produk, temu ramah, pandangan peribadi kepada topik yang penting untuk pengunjung anda dan banyak lagi.
...
..
Kedua Kemas Kini Selalu: Saya tak menipu, betul: Ada hari-hari yang mana sukar untuk saya mencari masa untuk poskan artikel. Tetapi jika saya tak poskan, tiada siapa yang akan kembali mengunjungi. Ia umpama anda melanggan akhbar harian tetapi hanya mendapat salinan naskhah tersebut dihantar lagi dan lagi!
...
Jadi poskan selalu dan pengunjung anda akan datang kembali. Dan dengan kerap memasukkan kandungan yang baru dan segar ke blog anda juga memberikan ia penarafan yang lebih tinggi dalam kedudukan enjin carian.
...
Ketiga Suara Anda Sendiri: Adalah penting untuk anda menulis dengan suara anda sendiri. Blog bukanlah medan untuk tulisan rasmi atau percakapan bahasa korporat. Ia lebih kepada forum, satu tempat di mana idea boleh bercambah serta dikembangkan dan topik semasa boleh didebatkan dengan bebas. Anda tidak perlu menjadi seorang penulis yang hebat, anda hanya perlu kaitkan pengunjung anda berdasarkan topik dan berikan mereka isi kandungan yang bermanfaat.
..
Idea Terakhir
Unuk memulakan blog hanya memerlukan sepantas lima minit sahaja. Tentunya, memulakan dan mendaftar blog adalah bahagian yang mudah; menukarkan blog anda menjadi alat strategik yang dapat menarik trafik pengunjung dan jualan kepada bisnes online anda adalah perkara yang lain pula.
..
Membina blog yang benar-benar efektif bagi mempastikan orang ramai kembali semula lagi dan lagi memerlukan lebih daripada lima minit; ia memerlukan masa dan dedikasi bagi membina blog yang boleh membuat pengunjung datang kembali dengan lebih ramai lagi.
Blog penulis yang telah menghasilkan ribuan ringgit pendapatan bermula tahun 2007 daripada subjek cendawan di http://www.cendawanglobal.blogspot.com/

No comments: