Selasa, Julai 29, 2008

Dua Faktor Utama Kejayaan Bisnes

Ya, sebenarnya dua sahaja perkara yang perlu diberikan perhatian oleh usahawan iaitu pengaruh dan bukti. Tidak kira apa jua jenis bisnes anda sama ada berskala kecil, sederhana atau besar, dua faktor ini memainkan peranan penting dan paling utama di peringkat permulaan pembinaan bisnes.
...
Pertama, Pengaruh. Anda amat bertuah dan berpotensi untuk berjaya sekiranya anda sendiri merupakan seorang yang berpengaruh. Kata orang, ‘somebody.’ Maksudnya, anda dikenali dan disegani oleh orang ramai dan mempunyai ramai kenalan, rakan-rakan dan juga dipandang tinggi oleh masyarakat umum.
...
Dengan pengaruh yang ada, anda dengan mudah dapat bercerita dan melakukan promosi ke atas sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Kerja yang dianggap sukar pada peringkat permulaan bisnes telah anda langkau kerana anda sendiri seorang yang berpengaruh. Setiap patah cakap anda didengari dan ditunggu-tunggu. Contohnya, ahli politik, pemimpin masyarakat, ketua pertubuhan dan sebagainya.
...
Kedua, Bukti. Bukti di sini ialah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mestilah boleh diceritakan keberkesanannya kepada bakal pelanggan dari segi kualiti, fungsi, kebaikan serta boleh disyorkan pula oleh pelanggan sedia ada.
...
Sekiranya bisnes itu merupakan satu program networking atau pemasaran berperingkat atau bisnes yang memerlukan pembinaan insan lain untuk berjaya, prospek akan lebih yakin sekiranya mereka sendiri boleh melihat kejayaan anda. Hasil kejayaan yang anda capai melalui bisnes inilah yang akan mendorong mereka menyertainya ataupun berminat membeli produk dan perkhidmatan anda.
..
Jadi, bakal usahawan sekelian, sebelum memulakan satu bisnes yang anda rasakan berpotensi untuk membawa anda mencapai kebebasan kewangan, pastikan terlebih dahulu anda memiliki salah satu faktor ini. Anda lebih bertuah jika memilki kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan:

Hadiah yang bermakna untuk ibu bapa anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. . Hadiah yg amat bermakna untuk ibu bapa anda!!! 🎁 🎁 . GREAT EASTERN TAKAFUL telah melancarkan...