Friday, July 18, 2008

Bagaimana Mencari Satu Idea Bisnes Baru

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana anda mencari produk atau perkhidmatan, menyedari peluang bahawa 80 peratus atau lebih akan menjadi produk baru dalam masa lima tahun?
...
Berikut adalah siri idea-idea berkenaan.

Idea 1 Mulakan dengan diri sendiri. Mula dengan tabiat anda, kemahiran anda, hobi anda, pengalaman anda, pendidikan dan sebagainya. Lihat dengan mendalam pada pekerjaan anda sekarang atau perniagaan anda sekarang, kedudukan anda atau produk dan perkhidmatan anda sekarang. Carilah apa yang dipanggil "Your Own Acres of Diamond." Lihat di bawah kaki anda sendiri.

...
Lihat Ke Dalam Diri Anda Sendiri. Inilah persoalannya. Tanyakan, apakah kualiti dan faktor penyumbang kepada kejayaan terbesar anda dalam kehidupan anda setakat ini?
Apakah kualiti dan keupayaan peribadi yang membawa anda kepada kedudukan anda sekarang?
...
Dan bagaimana boleh anda aplikasikan kualiti-kualiti dan keupayaan-keupayaan berkenaan untuk memulakan dan membina satu perniagaan baru?
..
Jika anda telah pun mempunyai syarikat, tanyakan apakah bakat-bakat dalam syarikat anda, keupayaan-keupayaan, pengalaman, pengetahuan, minat, latar belakang dan sebagainya. apakah kualiti dan bakat-bakat serta keupayaan ini telah menjadikan syarikat anda berjaya setakat ini?
Di mana boleh anda tumpukan?
Di mana boleh anda lakukan perbezaan?

...
Idea 2 Kenal pasti Apa Yang Paling Anda Suka Lakukan. Cari produk atau perkhidmatan yang mana anda boleh benar-benar menjadi begitu asyik untuk dilakukan. Kadang-kadang orang menjadi kaya dengan menzahirkan atau menukarkan hobi mereka menjadi satu perniagaan yang akhirnya berjaya. Anda akan menjadi sangat berjaya apabila menjalankan atau memasarkan sesuatu yang anda benar-benar minati.
...

Idea 3 Tambah Baik Sesuatu Produk atau Perkhidmatan. Lihat kepada sesuatu yang merupakan penambahbaikan ke atas produk atau perkhidmatan sedia ada, bukan sesuatu yang benar-benar baru. Lihat kepada sesuatu produk atau perkhidmatan yang lebih murah ataupun kualiti yang lebih baik. Atau yang mempunyai fungsi tertentu mahupun fungsi tambahan. Lihat sesuatu uyang merupakan hasil penambahbaikan.
...
Ingat, penambahbaikan kepada produk atau perkhidmatan sedia ada yang telah berjaya adalah cara yang paling cepat dan terjamin untuk membina satu bisnes yang berjaya. Satu idea hanya perlukan sepuluh peratus yang baru dan lebih baik untuk mendapatkan bahagian pasaran yang besar. Memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang benar-benar baru di pasaran adalah amat berisiko.
....

Idea 4 Sanggup Bekerja Keras. Kunci utuk mencari satu produk atau perkhidmatan baru ialah begini. Jangan mengharapkan wang yang mudah. Janganlah cari sebarang gimik atau iklan murahan. Jangan juga cari skim cepat kaya atau boleh hasil lumyan tanpa perlu bekerja, kerana semua itu memang tidak wujud. Ramai orang telah menghabiskan banyak masa serta kehidupan meraka dan juga wang ringgit untuk mencari cara yang cepat bagi mendapatkan wang wang cepat daripada apa yang boleh anda bayangkan. Lupakanlah perkara sia-sia itu.
...
Jadi, bersedia untuk berusaha bersungguh-sungguh sebelum anda mula membuat wang yang sebenar di dalam bisnes. Kejayaan dalam bisnes mengambil masa untuk dicapai. Ia mengambil masa dua tahun untuk hanya pulang modal bagi purata satu bisnes baru. Ia mengambil masa empat tahun untuk mendapat keuntungan. Ia memerlukan mungkin lapan tahun ke sepuluh tahun sebelum ia mula menjana aliran tunai yang sebenar.
....
Jadi, anda perlu banyak bersabar. Jika anda tidak sabar, apa yang akan berlaku ialah anda akhirnya akan kecewa dengan teruknya selepas meletakkan harapan tinggi dan usaha yang dicurahkan selama ini.
...
Kesimpulannya, anda perlu ambil langkah-langkah yang berikut untuk mempastikan kejayaan dalam perniagaan berasaskan satu idea bisnes baru.
...
Pertama, bersedia untuk membuat kaji selidik terhadap banyak idea bisens sebelum membuat keputusan muktamad. Pada peringkat in, 10% masa yang anda luangkan untuk melakukan kajian akan menjimatkan 90% usaha anda untuk memperolehi hasilnya kemudian nanti.
...
Kedua, cari sesuatu yang boleh anda lakukan penambahbaikan ke atasnya berbanding memperkenalkan sesuatu yang benar-benar baru. Anda sebenarnya dikelilingi oleh idea-idea dan peluang-peluang setiap hari.

No comments: