Wednesday, July 02, 2008

Empat Strategi Mencari Bisnes Baru

Terdapat empat strategi yang boleh anda gunakan untuk mencari produk atau perkhidmatan baru untuk dimulakan atau membina perniagaan anda sendiri.
.......
Langkah 1 Cari Bidang Anda Sendiri
Strategi pertama ialah dengan mencari produk atau perkhidmatan di bidang atau kemahiran anda sendiri. Anda mungkin mempunyai satu idea bernilai sejuta ringgit di dalam fikiran anda. Ramai orang mempunyai pengalaman di mana mempunyai idea untuk sesuatu produk atau perkhidmatan muncul pada mereka lagi dan lagi. Dan anda terus tidak mempedulikan atau cuba membuangnya jauh-jauh.
..
Sesetengah orang berpendapat purata seseorang mempunyai empat idea setahun semasa memandu pergi dan balik kerja, salah satu daripadanya boleh menjadikan mereka seorang jutawan jika mereka boleh menurut sahaja idea tersebut dan laksanakannya. Jadi lihat kepada bidang anda atau kemahiran anda sendiri. Lihat kepada fikiran anda sendiri. Lihat kepada idea anda sendiri.
...
Langkah 2 Pastikan Anda Peka Dengan Keadaan Sekeliling
..
Strategi kedua ialah untuk mencari produk atau perkhidmatan baru semasa anda bercuti atau dalam perjalanan. Pastikan mata anda terbuka kepada peluang-peluang perniagaan baru.
..
Sebagai contoh, satu cerita di mana seorang yang biasa sahaja kini bergelar jutawan, memulakan kekayaannya dengan mengembara ke luar negara di sebelah timur jauh dan melihat satu minuman oren unik di panggil 'Orange Julius' dan kemudian mendapatkan hak ekslusif untuk menjualnya dalam jumlah yang banyak di kawasan bandar di Barat. Dari sana, dia mengembangkan ke restoran-restoran, hartanah-hartanah dan juga apartmen.
..
Dia juga telah membina aliran tunai positif yang tinggi daripada bisnes Orange Juliusnya yang menjadikan beliau seorang jutawan. Kadang-kadang dengan hanya mencari produk atau perkhidmatan baru yang telah berjaya di tempat lain di mana ia belum lagi ada di kawasan berhampiran, anda boleh menjadi seorang jutawan daripada usaha berkenaan.
..
Langkah 3 Cari Peluang Perniagaan Berpotensi
Strategi nombor tiga ialah pastikan mata dan telinga anda sentiasa peka dan terbuka kepada peluang perniagaan baru yang muncul di sekeliling anda. Bina satu sikap ingin menjana pendapatan. Seorang rakan menjadi sangat berjaya dengan membina bangunan kedai komersil di seberang jalan daripada pusat membeli-belah yang baru dibangunkan.
..
Aliran trafik daripada pusat membeli-belah tersebut menjadikan ruang komersinya sangat bernilai. Dia telah membuka dua perniagaan di dalamnya dan mula menjana kekayaannya. Jadi, sentiasa peka kepada apa yang berlaku di sekeliling anda.
..
Langkah 4 Pastikan Anda Percaya Dengan Produk Anda
Strategi keempat ialah seperti berikut:
...
Ingat, anda akan hanya berjaya memasarkan dan menjual sesuatu yang anda percaya dengannya, gunanya sendiri dan boleh dicadangkan kepada rakan baik anda.
..
Sering kali, saya melihat ramai orang melakukan kesilapan kritikal dengan cuba menjual produk atau perkhidmatan yang mereka tidak gunakan atau mampu beli atau patut dicadangkan kepada orang lain tetapi mereka fikir orang lain akan membelinya sedangkan mereka sendiri juga tidak inginkan. Jadi ingat, anda mesti benar-benar percaya dengan produk berkenaan. Anda mesti benar-benar percaya yang produk tersebut boleh meningkatkan kehidupan atau memberi kesan baik kepada orang lain dan boleh mendorong orang lain untuk ceritakan tentang kebaikannya.
...
Kesimpulannya, ada dua cara yang boleh anda lakukan untuk menjadikan strategi penbinaan perniagaan ini berkesan dalam kehidupan anda.
..
Pertama, bina satu mentaliti bisnes baru. Teruskan meninjau produk atau perkhidmatan baru di sekeliling anda yang orang ramai perlukan, mahukan dan sanggup bayar untuknya.
..
Kedua, bina satu sikap menjana pendapatan. Lihat sekeliling anda sebarang peluang untuk menjual produk atau perkhidmatan yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini, pada harga yang lebih tinggi atau dalam jumlah kuantiti yang banyak....kemungkinan ada di mana sahaja, jadi bukalah mata dan telinga anda!

No comments: