Sunday, November 16, 2008

Kenapa Tidak Anda Mulakan Syarikat Sendiri Hari Ini?

Pernahkah anda terfikir tentang cara bagaimana majikan anda menjalankan bisnes dan terfikir anda juga patut memulakan syarikat sendiri?
..
Sesetengah orang bekerja niatnya untuk membangunkan kemahiran dan membina rangkaian mereka sendiri, malahan lebih ramai yang telah meninggalkan pekerjaan mereka kerana mereka telah temui cara yang lebih baik.
..
Sudah tentu, hampir setiap orang yang kaya dan para jutawan memiliki syarikat mereka sendiri atau membina kekayaan mereka melalui satu bisnes kecil pada awalnya, jadi sememangnya ada banyak kelebihan daripada usaha tersebut. Tetapi jika anda ingin mencuba, jangan lakukannya hanya semata-mata untuk wang.
..
Ia boleh mengambil bertahun-tahun pengorbanan yang bukan sedikit bersama keringat dan air mata sebelum keuntungan daripada bisnes diperolehi. Juga terdapat banyak jatuh dan bangun sepanjang tempoh tersebut yang perlu dilalui. Hanya dorongan dan keinginan anda sahaja yang membuatkan anda teruskan dan maju ke hadapan apabila banyak perkara yang tidak menjadi seperti yang diharapkan.
..
Namun, bak kata pepatah "Tiada masa yang lebih baik daripada hari ini.”
...
Jika anda mempunyai idea untuk memulakan syarikat anda sendiri yang mana ia diterima oleh pasaran maka lakukan sahaja. Yang lebih ideal dan situasi yang terbaik ialah dengan membina bisnes anda secara perlahan-lahan semasa waktu malam atau hujung minggu sementara anda kekalkan dahulu kerja yang sedia ada untuk membantu menampung kos sara hidup keluarga anda.
..
Jika bisnes anda hanya memerlukan sedikit atau langsung tiada kos overhead seperti khidmat nasihat, freelance atau syarikat pemasaran, anda mempunyai peluang yang bukan sahaja membina satu bisnes untuk masa hadapan tetapi juga anda mungkin berupaya menampung pendapatan yang diperolehi sekarang.
..
Anda mungkin memilih untulk melaburkan semula sebarang keuntungan kembali ke dalam bisnes anda, tetapi jika tidak pun, fikirkan tentang apa yang beberapa ratus ringgit sebulan boleh buat untuk simpanan dana persaraan anda.
....
Apabila anda mulakan syarikat sendiri, berhati-hati dengan apa yang anda libatkan diri dengan sesuatu yang masih baru dan kabur bagi sesetengah orang. Sebelum anda mulakan langkah, berjumpalah dengan seseorang yang pernah libatkan diri dengannya. Tanyakan mereka bagaimana situasi sebenarnya nanti, apa yang mereka gemari, apa yang tidak disukai, dan sebagainya. Cuba sebaiknya membayangkan adakah ia merupakan sesuatu yang anda ingin lakukan dan nikmatinya.
....
Sebenarnya banyak lagi yang perlu dibuat untuk menjalankan bisnes anda, yang mana anda akan sedari sehinggalah anda benar-nbenar terlibat secara langsung tetapi lakukan sedikit sebanyak kajian dan penyelidikan akan lebih membantu di kemudian hari.
....
Memandangkan kita dah bincangkan kenapa anda perlu pertimbangkan untuk memilki syarikat dan memulakan bisnes sendiri, mari kita lihat beberapa faedahnya:
  • Satu alat bagi meringankan cukai individu
  • Potensi pendapatan yang tiada had
  • Kebebasan untuk menjalankan bisnes dengan cara sendiri
  • Kepuasan untuk melihat bisnes anda berkembang dan rasa dihargai
  • Lebih banyak peluang terbuka untuk diri anda
  • Mencipta peluang kerja dan membantu pekembangan ekonomi
..
Senarainya boleh berterusan lagi dan lagi tetapi mesejnya di sini ialah terdapat banyak sebab untuk membina bisnes anda sendiri yang sebenarnya anda sendiri yang tahu. Memang ia bukan untuk semua orang (sama juga bekerja untuk orang lain bukan sesuai untuk semua orang, kan?). Terdapat banyak faedah untuk anda menjalankan pertunjukan anda sendiri dan mulalah berfikir lebih kepada seorang usahawan.
...
Atas sebab itulah saya sendiri baru sahaja mendaftarkan satu syarikat yang dinamakan BIGFISH ENTERPRISE yang bisnes utamanya ialah menjalankan e-dagang dalam internet serta pembekal produk berasaskan pertanian terutama sekali cendawan. Buat masa ini produk yang ditawarkan ialah ebook, VCD, kursus cendawan serta perfumes.
...
Potensi yang ada untuk berkembang pada masa hadapan amat baik dan terdapat banyaknya peluang di luar sana menanti. Selaraskan kemahiran anda, minat dan keadaan diri sekarang dengan model bisnes yang betul dan anda mungkin terlibat di dalam satu usaha dan peluang yang mungkin datang sekali seumur hidup.
..
Mulakan syarikat anda sendiri hari ini!


2 comments:

HAFIZAL AHLAN said...

Bestnya.. dah ada company sendiri.. heeh..hehe

Dah jadi general manager, jadi director.. heheh hee

Anonymous said...

kali ni kena serius skit. maklumlah cita-cita nak jadi buffett cukuplah