Tuesday, November 04, 2008

Jadikan Hobi Sebagai Kerjaya

Sering kali kita diberitahu, salah satu cara untuk menjadi jutawan ialah dengan melakukan apa yang kita suka dan biasanya ia dipanggil hobi.
..
Ada pepatah yang menyatakan "Jika anda lakukan apa yang anda suka, anda tidak perlu bekerja sepanjang hayat".

.
..
Perkara pertama yang perlu dilihat ialah peluang komersil daripada hobi anda. Tidak semua hobi memberi keuntungan dari segi kewangan. Hobi yang menjadi kerjaya adalah hobi yang boleh menjadi sumber perniagaan seperti fotografi, kraf tangan dan banyak lagi.
.
Biasanya, masalah utama yang bakal dihadapi ialah cara memulakannya. Mendengar kisah mereka menggapai kejayaan melalui hobi yang dilakukan memang agak mudah tetapi untuk mengaplikasikan cara tersebut pada diri sendri menjadi lebih sukar.
.
Untuk itu, anda boleh memulakannya pada teman-teman rapat. Contohnya hobi membuat kad ucapan yang boleh anda tawarkannya kepada teman dan ahli keluarga. Jika ada permintaan bererti hobi anda mempunyai peluang bisnes. Selepas itu, anda boleh maju setapak lagi dengan melihat peluang di tempat lain atau iklankan sahaja di laman web.
.
Peluang bisnes
Bergabung dengan komuniti yang memiliki hobi yang sama juga sangat membantu anda. Manfaatkan sepenuhnya hobi anda dan mereka. Bukan sahaja dapat memperluaskan pasaran tetapi juga berkongsi mengenai peluang bisnes dan hobi anda itu. Peluang mendapat rakan bisnes juga terbuka luas. Semakin ramai ahli komuniti, semakin baik.
.
Harus diingat bahawa dalam perniagaan, pasti wujudnya halangan. Bukan sedikit hobi yang masih terlalu berisiko untuk terus dijadikan kerjaya utama. Apatah lagi hobi anda itu sangat spesifik seperti membuat seni tanah liat misalya yang mempunyai jaringan pasaran yang agak terhad.
.
Jika anda berpendapat bahawa hobi sebagai perniagaan tidak menguntungkan, carilah pekerjaan yang boleh menyalurkan hobi anda. Misalnya, anda suka menyatakan pemikiran anda dalam bentuk tulisan di blog. Kenapa tidak anda mencuba untuk menjadi seorang penulis?
.
Demikian jua jika anda mempunyai kepakaran dalam membuat rekaan grafik yang membolehkan anda bergabung dengan pasukan kreatif di syarikat pengiklanan mahupun majalah. Selain mendapat kepuasan melalui hobi, anda juga mendapat bayaran untuk hasil kerja anda.
.
Ciri-ciri Perlu Ada
Menjadikan hobi sebagai kerjaya juga harus didukung dengan perkara berikut:
.
1 Tekun dan rajin
Mudah sahaja tidak cukup untuk dijadikan alasan bagi memulakan sesebuah perniagaan. Anda harus menjadi seorang yang mampu bersaing dan bertahan dalam bidang yang diceburi. Anda juga perlu berterusan dalam mengasah kemampuan anda dengan anda sendirisanggup mengorbankan waktu, keluarga, kewangan, menyertai kursus berkaitan dan rajin mencari maklumat.
.
2 Bijak mengendalikan emosi
Anda seharusnya mempunyai ‘jiwa’ dalam melakukan pekerjaan. Hobi sebagai sumber pendapatan kadang-kala memberi tekanan kepada anda. Jika anda tidak mempunyai semangat yang berkobar-kobar, anda mungkin berhadapan dengan masalah, lebih-lebih lagi ianya memerlukan komitmen yang tinggi agar tetap konsisten melakukan pekerjaan.
.
3 Meluaskan pengetahuan
Agar perniagaan berjalan lancar, tidak ada salahnya jika anda menambah pengetahuan seperti mendalami bidang pengurusan dan pemasaran. Dengan ini, anda mempunyai panduan untuk menjalankan perniagaan dengan baik. Sertai sahaja kursus berkaitan atau membuka mulut bertanya kepada mereka yang mempunyai latar belakang dalam bidang berkenaan.




No comments: