Khamis, November 13, 2008

Formula Menjadi Jutawan Melalui Proses Kreatif

Untuk membina sesuatu daripada tiada apa-apa memerlukan satu proses yang spesifik. Berita baik untuk anda semua yang bercita-cita dan berkongsi impian serta matlamat seperti saya untuk menjadi jutawan ialah ia tidak memerlukan wang untuk mendapatkan wang.
..
Apa yang diperlukan ialah dengan mengikuti satu formula yang saya namakan Proses Kreatif. Ia terdiri daripada empat fasa.
..
Fasa Pertama
Fasa yang pertama ialah mengetahui, percaya dan berangan-angan. Ini merupakan bentuk pemikiran dan mentaliti yang paling tinggi dan patut dimiliki oleh setiap orang. Apabila anda tahu anda akan mencapai taraf jutawan, memiliki kekayaan dan mencapai kebebasan kewangan dalam hidup, satu dorongan dan motivasi secara semula jadi akan wujud dalam diri. Ada sesetngah pihak memanggil ia 'Positive Knowing'.
.
Pastikan anda ada kepercayaan ini. Ini membawa kepada ciri yang kedua iaitu mempercayai. Anda perlu yakinkan diri dan beritahu minda separa sedar yang anda percaya yang anda akan mencapai matlamat untuk menjadi seorang jutawan. Kadang-kadang jika ada orang yang bertanya tentang matlamat saya untuk menjadi jutawan empat tahun dari sekarang saya katakan, "Saya kurang pasti bila dan bagaimana secara spesifiknya tetapi saya PERCAYA saya akan mencapainya."
.
Ia lebih kepada visi yang sukar dilihat dan dirasai oleh sesiapa pun, hanya diri sendiri yang lebih tahu. Jadi letakkan kepercayaan bahawa anda akan menjadi jutawan satu hari nanti.
.
Ciri yang ketiga ialah berangan-angan. Anda harus mempunyai impian dan berangan-angan walau apapun keadaan pada masa kini dan akan datang. Jika anda telah berjaya memperolehi RM1 juta dalam hidup kelak, impikan untuk mendapat dua juta ringgit selepas itu. Jika anda telah mempunyai rumah, impikan untuk mempunyai sebuah rumah yang lebih besar dan cantik. Bukan sebab kita tamak tetapi impian harus ada dalam diri untuk mendorong seseorang itu menjadi lebih baik. Teruskan berangan-angan dan usaha ke arah mencapainya!
.
Fasa Kedua
Fasa ini dipanggil fasa berfikir. Pemikiran anda adalah diibaratkan sebagai satu tenaga. Berhati-hati dengan apa yang anda fikirkan kerana kajian yang dibuat menunjukkan apa yang terjadi dalam hidup kita adalah hasil daripada apa yang kita fikirkan. Jika kita fikirkan dunia ini banyak wang maka dunia ini sememangnya banyak wang untuk diperolehi. Jika kita fikir hidup ini indah dan orang ramai sangat baik dan membantu, itulah yang akan anda rasai dan fikirkan.
..
Gunakan pemikiran anda ke arah yang positif dan ia bukan sahaja akan membantu anda dalam usaha menjadi jutawan malahan ia akan menarik perkara yang positif dalam hidup.
.
Fasa Ketiga
Ia dipanggil percakapan anda. Selalunya percakapan yang anda tuturkan lahir daripada apa yang anda fikirkan. Jika anda katakan dan beritahu semua orang yang anda akan mencapai kedukan kewangan yang lebih baik maka perkara itu tidak mustahil akan berlaku.
.
Ada satu keadaan saya sendiri alami apabila berkunjung ke rumah kawan. Dia kata, "Alamak..susah sungguh nak jaga budak-budak sekarang ni, nakal sungguh, tak dengar kata". Tak lama lepas tu, cuba teka apa yang saya lihat?

Memang anak dia nakal dan agak lasak. Jagi berhati-hati dengan apa yang anda tuturkan kerana ia selalu bertukar menjadi kenyataan kelak. Begitu juga matlamat anda, ia harus diulang setiap hari sekurang-kurangnya lima kali.
.
Fasa Keempat
Yang terakhir ialah melakukan. Anda perlu laksanakan apa yang anda ingin buat setelah segala perancangan telah siap. Jangan tunggu sehingga semua perkara okay baru untuk mulakan. Anda perlu lakukan sahaja dengan apa sahaja sumber yang ada, yakin dan belajar daripada kesilapan dan tingkatkan diri anda selangkah demi selangkah. Bak kata iklan komersil NIKE, Just do it!
.
Proses kreatif ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan sebagai tambahan untuk mejadikannya lebih berjaya,ini tip berguna. Untuk mempastikan proses kreatif berjaya apa yang perlu dilakukan ialah dengan mengundurkan proses kereatif iaitu anda perlu lakukan apa yang ingin anda lakukan, bercakap dan beritahu semua orang, berfikir dan kemudian berimpian dan kemudian mempercayai dan kemudian mengetahui. Selamat mencuba dan selamat maju jaya!




Tiada ulasan:

Tak perlu detol lagi

Tak perlu dettol lagi!  . Sharing ikhlas daripada Pn. Atie.  . Selepas pembedahan kecil di pergelangan tangan, berlaku sedikit infection...