Ahad, September 13, 2009

Harta Kekayaan

.
Kecenderungan manusia terhadap pemilikan harta-kekayaan di dunia ini adalah suatu fitrah. Ertinya manusia yang hidup ini dengan instinct atau nalurinya berusaha keras untuk menggapai kesenangan dan kebahagiaan hidup di dunia ini.
..
Salah satu caranya, dengan memiliki harta-kekayaan ini, seseorang akan dipandang mulia dan terhormat oleh manusia lainnya. Dengan harta-kekayaannya itu, seseorang bebas bergerak ke mana sahaja dan apa saja dapat dikerjakannya tanpa hambatan atau masalah apa pun.
..
Memang Allah SWT menyuruh kita berlumba-lumba mencari rezeki sebanyak-banyaknya, memperkaya diri kita masing-masing. Namun Allah SWT memberi petunjuk bagi hambanya yang telah harta-kekayaan dengan batasan-batasan yag menusiawi.
..
Ertinya harta-kekayaan yang dimiliki oleh seseorang manusia, pada hakikatnya adalah milik Allah SWT yang diberikan kepada kepada seorang hambaNya sebagai pemilikan harta-kekayaan tersebut dengan ketentuan batasan yang telah diatur oleh allah SWT sendiri, seperti firman-Nya dalam Al Quran Al Karim surah Al Munafiqun ayat 9, bahawa orang-orang yang telah beriman akan sangat merugi, jika dengan harta-kekayaan itu beserta anak-anaknya semua, menjadi penyebab melemahnya untuk berzikir (ingat) kepada Allah SWT.
..
Banyak orang melupakan, bahawa dari seseorang miskin yang sangat menderita kerana kemiskinannya, akan tetapi dengan usaha dan daya-upaya yang kemudiannya orang tersebut menjadi kayaraya, bahkan menjadi seorang ahli perniagaan. Akibat kealpaan itu, sampai ia lupa pula, bahawa kekayaan itu adalah pemberian Allah SWT dan merupakan suatu rahmat Allah yang harus disyukuri.
..
Kemiskinan dan harta kekayaan adalah dua hal yang senantiasa merupakan hiasan kehidupan manusia. Allah SWT menguji manusia ini dengan kemiskinan, apakah manusia dengan kemiskinanannya itu akan menjadi kufur terhadap Allah SWT ataukah manusia dengan penuh kesabaran, berusaha mencari rezeki yang memang telah disediakan Allah SWT.
..
Ujian Allah, juga terhadap orang kaya raya atau ahli perniagaan. Sampai dimana kewajipannya terhadap kaum dhu’afa telah ditunaikannya. Apakah zakat telah diselesaikan sesuai dengan petunjuk Syari’at. Di samping itu infaq dan sedekah masih dirasakan berat sekali untuk dilaksanakan?
..
Allah SWT memperingatkan kepada orang-orang kaya dan ahli perinagaan di dalam al Quran al Karim surat Al Taghabun ayat 15 bahawa sesungguhnya harta-kekayaan, anak-pinak kita, adalah adalah merupakan fitnah dan Allah SWT memiliki pahala yang maha Agung. Ertinya, janganlah manusia ini ditipu dengan harta yang melimpah-ruah kerana harta-kekayaan itu semuanya akan ditinggalkannya, apabila ajal telah tiba.
..
Rasulullah , Nabi kita Muhammad SAW dalam suatu Hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari memeperingatkan supaya kita jangan dipermainkan oleh emas dan perak harta-kekayaan) kerana dapat mencelakan kita semua.
..
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah menegaskan lagi bahawa harta-kekayaan yang kita miliki adalah apa-apa yang telah kita makan, pakaian yang kita pakai dan sedekah yang telah kita berikan.
..
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan suatu hadis, bahawa Rasulullah SAW mengancam orang-orang yang mengumpul harta kekayaan, dengan kebinasaan, kecuali dari harta kekayaan itu dikhususkan untuk dana kepentingan / kesejahteraan umat dan hak semacam ini jarang sekali terjadi.
..
Ayat-ayat al Quran al Karim serta hadis-hadis Rasulullah AW tersebut di atas, mengingatkan kita supaya sedar diri. Selalu ingat (zikir) kepada Allah SWT bahawa dari harta-kekayaan kita itu terkandung hak kaum dhu’afa, di mana juga Allah SWT melarang kita sebagai hamba-Nya, bersifat bakhil.
..
Keluarkanlah hak Allah dari harta-kekayaan kita berupa zakat, infaq dan sedekah, demi mensucikan semua harta-kekayaan dari noda-noda hitam yang mencelakakan diri peribadi dan keluarga, bahkan keturunan kita (cucu dan cicit-cicit). - Mingguan Wasilah

Tiada ulasan:

Tak perlu detol lagi

Tak perlu dettol lagi!  . Sharing ikhlas daripada Pn. Atie.  . Selepas pembedahan kecil di pergelangan tangan, berlaku sedikit infection...