Wednesday, October 07, 2009

3 Cara Cari Peluang Perniagaan Baru

.
Cara 1 Peluang Perniagaan daripada masalah manusia dan semua masalah-masalah dunia
Setiap hari kita menghadapi masalah. Dan setiap masalah mesti ada satu penyelesaian. Setiap penyelesaian boleh menjadi peluang perniagaan baru bagi mereka yang bijak. Saya akan bagi beberapa contoh peluang-peluang perniagaan yang wujud daripada masalah sejagat. Anda yang ingin memulakan perniagaan boleh memikirkan secara kreatif apa dia peluang-peluang yang boleh anda gunakan daripada masalah ini untuk menjadi satu bisnes dan perniagaan anda yang baru.
..
Di Malaysia kita menghadapi masalah sampah sarap yang mencemarkan bandar, sungai dan kawasan-kawasan peranginan kita. Daripada masalah sampah sarap ini kita boleh menjadikan peluang perniagaan umpamanya secara kecil-kecilan kita boleh menjadi kontraktor pengangkut sampah di pekan-pekan kecil dengan kerjasama Majlis Bandaran tempatan. Kita juga boleh menjalankan perniagaan kecil-kecilan mengumpul dan mengitar semula barangan buangan seperti plastik, botol kaca, kertas dan sebagainya.
.
Perniagaan ini tidak perlu kepada modal yang besar cuma anda perlu ada lori untuk mengangkut bahan-bahan ini yang dibuang oleh kilang-kilang atau premis-premis per¬niagaan di seluruh Malaysia. Jika anda mempunyai modal yang besar, anda boleh membuat perkhidmatan pengumpulan sampah secara berteknologi umpamanya membuka satu pusat pemprosesan sampah yang mengikut piawaian antarabangsa. Ini dapat mengelakkan bau busuk dan pencemaran alam yang kini teruk di Malaysia. Jika dilihat dari segi masalah sampah sarap banyak lagi peluang-peluang perniagaan yang boleh anda ceburi.
.
Jika anda kreatif seperti membuat cenderamata daripada barang buangan, membuat bahan-bahan binaan dan sebagainya yang boleh digunakan secara kitar semula. Fikirkanlah! Contoh di atas menunjukkan satu cara di mana kita boleh meraih keuntungan daripada satu masalah.
.
Bayangkan masalah-masalah lain seperti masalah pengangkutan di bandar-bandar, masalah mendapatkan bekalan barangan secara borong, masalah mendapat jodoh dan sebagainya. Kita ada 1001 masalah di dunia ini yang boleh anda tukarkan menjadi peluang perniagaan.
.
Cara 2 Peluang perniagaan daripada teknologi baru
Teknologi baru sedang berkembang pesat dan ia akan mencetus banyak peluang perniagaan. Teknologi ini merangkumi teknologi ICT, pembuatan, perkhidmatan, bioteknologi dan pelbagai lagi jenis teknologi terkini. Antaranya:
...
• Potensi perniagaan dalam bidang ICT yang merangkumi bidang teknologi multimedia, percetakan, komunikasi, software, micro processor dan banyak lagi jenis dalam bidang teknologi ICT yang sedang berkembang pesat di Malaysia
• Potensi perniagaan dalam bidang biosains seperti pengeluaran barangan bioherba, barangan neutraceutical dan phytochemical dan lain-lain bahan ciptaan teknologi baru dariapda sumber hutan dan laut di Malaysia.
..
Teknologi berasaskan pembuatan seperti teknologi robotics, teknologi GPS dan banyak lagi teknologi baru dalam bidang automasi dan pemetaan.
..
Untuk bidang berteknologi tinggi ini anda mesti mempunyai ilmu dan kepakaran khusus dalam bidang teknologi yang ingin diceburi. Mungkin anda perlu bekerja beberapa tahun dengan syarikat-syarikat multinasional antarabangsa untuk mendapat pengalaman. Kemudian barulah anda boleh membuka perniagaan sendiri berasaskan teknologi yang dipilih.
.
Cara 3 Peluang perniagaan dari situasi-situasi tertentu
Setiap situasi mempunyai potensi untuk dijadikan peluang perniagaan.
Semua manusia menghadapi situasi tertentu yang akhirnya dijadikan peluang perniagaan. Sebagai contoh kita melancong ke negara China. Dalam situasi kita melancong itu kita lihat ada beberapa barangan kristal yang sangat murah. Sebagai pelancong kita akan membeli sedikit barangan dan bawa balik ke Malaysia. Kita tunjuk kepada rakan dan saudara-mara dan kita dapati mereka berminat dengan kristal.
.
Dari situasi ini idea akan tercetus untuk anda mengimport dan membuka syarikat pengedaran kristal. Ini adalah sesuatu situasi yang anda tidak jangkakan iaitu melancong dan menjana peluang perniagaan.
.
Anda perlu kreatif untuk memikirkan sesuatu situasi dan disebalik situasi itu apa yang boleh anda lakukan untuk menjadikan ia satu potensi peluang perniagaan. Anda kemudian boleh membuat sedikit percubaan secara kecil-kecilan untuk melihat samada situasi itu boleh menjadikan sesuatu yang menguntungkan.
.
Dengan cara ini anda boleh memikirkan secara kreatif untuk mengembangkan perniagaan anda daripada situasi yang anda alami. Dan dengan ini mungkin anda akan mendapat peluang perniagaan yang belum pernah anda fikirkan.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum semua.. Bile berbicara mengenai peluang perniagaan@ bisnes yang sememangnya patut diceburi semua, saya sarankan tuan2/puan2 menceburkan diri di dalam e-learning Score A.. Merupakan satu transformasi di dalam dunia pendidikan anak2 selaras perkembangan dunia ICT.. Apa yang penting, pulangan yang lumayan menjadi jaminan memandangkan perniagaan ini tidak bermusim dan tiada saingan, satu2nya di Malaysia di mana pendidikan dijadikan platform perniagaan.. Kepada sesiapa yang nampak peluang ini, bolehlah add saya di email: opluqman09@yahoo.com atau hubungi 0133261706. Jumpa anda di angkasa kejayaan~~ HEBAT HEY! Area KL dialu2kan

Peluang Perniagaan said...

Kami berminat dalam semua peluang perniagaan

Unknown said...

Asas penting perniagaan ada tiga :
Satu : Hati
Dua : Otak
Tiga : Mulut
Modal berada di numbor Empat
HATI : Nekad untuk berniaga, kemahuan dan keazaman yang tinggi untuk berniaga kemudian diikuti amanah,jujur dan ikhlas.
OTAK : mula berfikir, bagaimana nak dapatkan modal, bagaimana nak berniaga, apa benda hendak diniaga, bagaimana nak berniaga tanpa modal dan bagaimana nak berlajar tentang perniagaan yang hendak diniagakan.
MULUT : Bertanya,berbual,berbicara, bercakap hal-hal perniagaan, pandai berkomunikasi,pandai memberi penerangan, pandai memberi komitmen untuk menarik kepercayaan orang kepada kita.Bukan mulut jenis putar alam.
Ramai mana orang yang ada modal dan ada sijil dan digree tapi tidak berniaga dan tak pandai berniaga dan tak berjaya dalam perniagaan.
KENA ADA KAWAN, ADA KONTEK BISNES DAN KENA ADA SIFU...INSHA ALLAH ANDA MENJADI SEORANG YANG BERJAYA DALAM PERNIAGAAN. WALAHU AALAM--RAMLI BIN ABDUL LATIF 0199042915 sekadar kongsi