Thursday, June 13, 2013

Jeruk Pak Ali ke Madinah



NIBONG TEBAL 21 Mei - Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd., pengeluar pelbagai produk jeruk buah- buahan jenama Pak Ali akan dipasarkan ke Madinah hujung tahun ini.

Pengarah Urusannya, Alias Ali (gambar), 39, berkata, pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan pengeluar D'Saji iaitu FELDA untuk memasarkan jeruk Pak Ali.

"Kita masih berunding dengan FELDA kerana permintaan terhadap jeruk Pak Ali mendapat sambutan selepas ia dipasarkan sebanyak 500 kilogram sebulan di Ireland tahun lalu.



"Semua orang minat dengan jeruk ini kerana ia halal dan tidak menyebabkan batuk apabila memakannya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Agrobazaar K-Shoppe Jeruk Madu Pak Ali di Kawasan Perindustrian Ringan (IKS) Perda, Tasek di Simpang Ampat dekat sini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah di sini.

Alias berkata, selain itu, pihaknya juga akan memasarkan jeruk buah-buahan ke Korea, Cina dan beberapa negara Eropah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130522/ek_07/Jeruk-Pak-Ali-ke-Madinah#ixzz2W1JgwHFR 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: