Rabu, Jun 12, 2013

Melahirkan usahawan ternak


DR. P. Azhar Zakaria

PAKAR industri ternakan dari Major Transglobal Sdn. Bhd. (MTG), Dr. P. Azhar Zakaria mengakui bahawa industri tersebut wajar ditransformasikan kepada pembangunan usahawan dan bukan melahirkan penternak semata-mata.

Kata beliau, penternak adalah pengeluar produk yang memikirkan bagaimana untuk mengeluarkan produk, mengikut skala yang difikirkan mampu.

Mereka perlu memfokus kepada pemerolehan ilmu berkaitan aspek pengeluaran seperti baka pemakanan, penyakit, pengurusan dan pelbagai aspek teknikal yang lain.

''Fokus mereka juga lebih kepada mengeluar dan menjual produk yang dihasilkan,'' katanya yang juga Pengarah Urusan MTG.

Usahawan ternakan pula mempunyai peranan lain yang melihat penternakan dari sudut pandangan yang lebih luas seperti peluang perniagaan dan bagaimana menghasilkan produk yang efisien.

Pada waktu yang sama mereka meneroka pelbagai pelbagai berkaitan dan menyepadukan aktiviti perladangan ternak.

Sebagai contoh, selain mengeluarkan ternakan, mereka juga menjalankan usaha mengimport, membeli dan menjual, pengeluaran baja, pengeluaran makanan ternak, agro pelancongan juruperunding dan lain-lain.

Usahawan ternak tidak semestinya melakukan segala-galanya, tetapi memadai beberapa bidang yang menjadi minat dan kecenderungan.

Mereka juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki kualiti produk atau perkhidmatan dan pastinya berfokuskan kepada keuntungan.

Sehubungan itu katanya, peluang menyertai bengkel yang dianjurkan oleh MTG dengan kerjasama Utusan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sewajarnya direbut oleh mereka yang ingin menjadi usahawan ternak.

Bengkel bermula 28 hingga 30 Jun ini melibatkan beberapa usahawan dan syarikat serta agensi kerajaan sebagai pembentang termasuk MTG, JPV, Agrobank dan Tekun Nasional.

Mereka yang berminat wajar merebut peluang tersebut dengan mengisi borang asli yang disertakan dan membuat pembayaran.

Mereka akan ditempat bersama keluarga angkat di Banghuris Homestay, Sungai Pelek sepanjang bengkel berlangsung dan terhad kepada 150 peserta terawal sahaja.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130610/ag_02/Melahirkan-usahawan-ternak#ixzz2VrVU6zWB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Jumlah Pengunjung