Isnin, Jun 17, 2013

Rahsia bisnes gaya Nabi

 

Ainon Mohd.
Dari kelas ABS

Dalam kalangan peniaga Melayu, banyak salah-sangkaan berlaku.

Sebagai contoh, kita sangka duit datang daripada adanya produk kita. Lalu kita pun bersungguh-sungguh membuat produk.

Salah! Salah!

Duit bisnes bukannya datang dari produk.

Malah, sebenarnya produk boleh menyebabkan kita hilang duit yang banyak. Duit hutang pulak tu!

Dalam bisnes, duit masih boleh masuk meskipun kita tidak mempunyai produk.


Dalam bisnes, duit datang dari 2 sumber:

1. Customer
2. Channel

Apabila 2 sumber itu sudah kita adakan, duit akan masuk.

Jadi, 


  • Siapa customer kita?
  • Apa channel kita? 
  • Ada berapa channel kita?

Langkah pertama mendirikan bisnes adalah mengumpul customer dan membuka channel.

Sesudah kita menetapkan siapa customer kita dan apa channel kita, barulah kita fikirkan produknya.

Nabi kita menghabiskan 6 tahun bagi memperkenalkan dirinya kepada customernya.

Beliau menjelajah banyak kota dan negeri, menjalin hubungan bisnes dengan bisnesman-bisnesman di tempat-tempat itu. Ke mana-mana beliau pergi, beliau membuka channel.

Sekaligus customernya juga menjadi channelnya. Customer-customernya juga menjadi pembekalnya.

Ini yang berlaku dalam bisnes Nabi. Beliau memulakan bisnes dengan tidak mempunyai produk.

Selama 20 tahun Nabi berbisnes, beliau tidak mempunyai produk sendiri.

Beliau membeli produk-produk orang lain, lalu menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi.

Tiada ulasan:

Peluang bisnes yang tidak harus dilepaskan

STG..?? APA ITU STG..???  😍 😍 Kami team Smart Tycoon Group (STG). Team terbesar yg bernaung di bawah salah satu syarikat yg pa...