Jumaat, Jun 28, 2013

Kirobo boleh berbual dengan manusia


ROBOT komunikasi, Kirobo berbual dengan Pengurus Besar Perancangan Produk Toyota, Fuminori Kataoka di Tokyo semalam.- REUTERS
TOKYO - Eksperimen perbualan angkasa lepas yang pertama di dunia melibatkan sebuah robot bernama Kirobo dengan manusia berlangsung di Jepun semalam.
Pemaju projek Kirobo berkumpul di ibu kota Jepun di sini untuk menunjukkan keupayaan mesin tersebut bercakap dan berbual.
Robot kerdil itu memiliki ketinggian cuma 34 sentimeter.
Saintis-saintis terlibat berharap Kirobo boleh mengendalikan perbualan dengan matlamat robot itu dapat menjadi teman angkasawan yang bertugas di angkasa lepas.
Apabila ditanya tentang impiannya, Kirobo memberitahu: "Saya mahu mewujudkan masa depan yang mana manusia dan robot dapat hidup bersama,".
Kirobo dijadual dilancarkan ke angkasa lepas dari Pusat Angkasa Tanegashima Space pada 4 Ogos depan. Projek ini dikendalikan bersama oleh beberapa organisasi termasuk syarikat Dentsu Inc, Universiti Tokyo dan Toyota. - AP


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2XOyuudKp 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Peluang bisnes yang tidak harus dilepaskan

STG..?? APA ITU STG..???  😍 😍 Kami team Smart Tycoon Group (STG). Team terbesar yg bernaung di bawah salah satu syarikat yg pa...