Friday, July 25, 2008

Faktor Kejayaan dan Kegagalan Usahawan

Ramai yang telah menerokai bidang keusahawanan, ada yang sudah berjaya dan tidak kurang juga yang menemui kegagalan. Jika terdapat dua orang yang menceburi perniagaan yang sama, tidak semestinya mereka mendapat keputusan yang sama.
...
Kajian menunjukkan terdapat beberapa factor utama yang membawa kejayaan atau kegagalan seseorang dalam bidang keusahawanan. Di antara faktor kejayaan ialah:
..
  • Pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi
  • Keinginan yang kuat untuk berjaya
  • Berdisiplin dalam menguruskan perniagaan
  • Memberi tumpuan dalam perniagaan
  • Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap
  • Membentuk jaringan perniagaan yang luas

...
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, ada kalanya kegagalan itu disebabkan faktor-faktor yang di luar kawalan usahawan seperti krisis matawang pada tahun 1997. Bagaimanapun, antara punca-punca kegagalan di dalam kawalan usahawan yang telah dikenal pasti adalah:

  • Kurang memahami bidang perniagaan yang diceburi
  • Terlalu cepat mempelbagaikan perniagaan
  • Terlalu bergantung kepada satu atau dua pelanggan
  • Mempunyai pasukan pengurusan yang lemah
  • Tidak dapat bersaing kerana kos yang tinggi

...
Syarat yang terpenting untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ialah ilmu pengetahuan. Usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Usahawan perlu melengkapkan diri dengan ilmu perniagaannya dan kemahiran dalam menguruskan perniagaan.

... ...

Ilmu tentang perniagaan perlu dipecahkan kepada dua peringkat iaitu mengenai industri secara umum dan mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan secara khusus. Pengetahuan dan kemahiran tentang mengurus perniagaan pula melibatkan pengetahuan tentang aspek-aspek pengurusan kewangan, pemasaran, jualan dan khidmat selepas jualan, pengeluaran dan sumber manusia. Tidak kurang penting juga ialah pengetahuan tentang keperluan–keperluan perundangan supaya perniagaan tidak dapat dijalankan dengan teratur.

...
Kesimpulan yang kedua ialah seseorang usahawan perlu mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang boleh menjadikannya berdisiplin, cekal serta sentiasa memikirkan sesuatu untuk terus berdaya saing dan berdaya maju. Ciri-ciri ini mungkin atau secara semula jadi pada usahawan atau perlu diperolehi dan dibentuk. Usahawan sendiri yang perlu menentukan sama ada beliau ingin memiliki ciri-ciri ini atau tidak.

...
Kita dapat melihat bahawa kebanyakan faktor-faktor yang boleh menjadikan seseorang usahawan berjaya dengan cemerlang terletak pada usahawan itu sendiri. Faktor-faktor ini terletak pada kemampuan usahawan untuk mengawal dan memperbaikinya. Oleh itu dalam keadaan biasa, usahawan tidak seharusnya menyalahkan pihak-pihak lain apabila menemui kegagalan. Usahawan hendaklah sentiasa melihat kepada diri sendiri dan bersedia memperbaiki apa juga kelemahan yang ada.

...

Akhirnya, walau apa juga diperkatakan, kaedah mengejar kecemerlangan dalam keusahawanan adalah sama seperti mengejar kecemerlangan dalam apa jua bidang lain. Tiada jalan ringkas dan pengganti bagi usaha yang gigih dan tekun.



2 comments:

Anonymous said...

mintak izin untuk ambil maklumat..t.kasih..:)

usryabdullah said...

Mohon tambah sedikit point.
Point ini adalah dari kajian yang saya jalankan (terpaksa buat sebab nak siapkan Thesis dan terbitkan journal). Dari kajian saya, selain dari faktor yang dihuraikan dalam blog ini, ada lagi dua faktor yang menyebabkan ramai peniaga gagal iaitu tidak membuat perancangan strategi dan masuk secara membuta tuli. Satu lagi faktor yang menyebabkan mereka gagal ialah, mereka tidak mengikut perkembangan semasa/ perubahan persekitaran.