Khamis, Ogos 21, 2008

Asas Saham: Apakah Dia Saham?

Definasi Saham

Secara ringkasnya, saham ialah satu bahagian pemilikan di dalam satu syarikat. Saham mewakili satu tuntutan ke atas aset dan pulangan syarikat. Apabila anda memiliki lebih banyak saham, bahagian pemilikan anda dalam syarikat berkenaan menjadi lebih besar. Tidak kiralah sama ada anda memanggilnya saham, shares, stock atau ekuiti, ia membawa maksud yang sama.

...

Menjadi Seorang Pemilik

Dengan memegang satu saham syarikat bermakna anda merupakan salah seorang daripada ramai pemilik (pemegang saham) syarikat dan dengan itu, anda mempunyai hak tuntutan (walaupun sebenarnya amat kecil) ke atas setiap apa yang dimiliki oleh syarikat.

...

Ya, ini bermakna secara teknikalnya anda memiliki sebahagian kecil pada bahagian perabot, setiap tanda niaga, dan setiap kontrak perolehan syarikat. Sebagai seorang pemilik, anda layak ke atas bahagian anda terhadap pulangan pendapatan syarikat termasuk sebarang hak mengundi yang ada ke atas saham tersebut.

...

...

Satu saham biasanya diwakili oleh satu sijil saham. Ia adalah sekeping kertas yang membuktikan pemilikan anda. Pada zaman komputer kini, anda tidak lagi dapat melihat dokumen ini kerana broker anda menyimpan rekod-rekod berkenaan secara elektronik di mana ia juga dikenali sebagai “in street name.” Ini dibuat bagi menjadikan saham-saham lebih mudah diniagakan.

...

Sebelum ini, apabila seseorang mahu menjual sahamnya, dia perlu membawa sijil saham kepada broker. Sekarang, urusniaga hanya dilakukan dengan tetikus di hujung jari atau satu panggilan telefon menjadikan hidup lebih mudah kepada semua orang.

...

Menjadi seorang pemegang saham kepada sebuah syarikat awam bukannya bermaksud anda mempunyai suara dalam urusan bisnes seharian syarikat berkenaan. Malahan satu undi setiap saham untuk memilih lembaga pengarah di mesyuarat tahunan merupakan lanjutan kepada hakikat yang anda mempunyai suara di dalam syarikat.

..

Sebagai contoh, sebagai pemegang saham Microsoft tidak bermakna anda boleh memanggil Bill Gates dan arahkan beliau bagaimana anda fikirkan tentang syarikat patut dijalankan. Dalam pemikiran yang sama, menjadi seorang pemegang saham syarikat Coca-cola tidak bermaksud anda boleh berjalan masuk ke dalam kilang dan ambil satu kotak Coke!

...

Pihak pengurusan syarikat perlu meningkatkan nilai syarikat untuk para pemegang saham. Jika sebaliknya, para pemegang saham boleh mengundi untuk memecat pihak pengurusan, sekurang-kurangnya secara teori. Realitinya, pelabur individu seperti anda dan saya tidak memiliki saham yang mencukupi untuk mempunyai pengaruh yang kuat ke atas syarikat. Ia sebenarnya ‘big boys’ seperti pelabur institusi yang besar atau usahawan billionaire yang membuat keputusan tersebut.

...

Bagi pemegang saham biasa, tidak boleh menguruskan syarikat bukanlah perkara besar yang menjadi persoalan di sini. Kepentingan menjadi pemegang saham ialah anda layak ke atas sebahagian keuntungan syarikat dan mempunyai hak tuntutan ke atas aset-aset.

...

Keuntungan kadang-kala dalam bentuk dividen. Lebih banyak saham yang anda miliki, lebih banyak bahagian keuntungan yang anda dapat. Tuntutan anda ke atas asset hanya relevan jika syarikat berkenaan mengalami kebankrapan. Di dalam kes pembubaran, anda akan menerima apa sahaja yang tinggal selepas kesemua pemiutang telah dibayar.

...

Fakta terakhir ini patut diulangi: Pentingnya bagi pemilikan saham ialah hak tuntutan ke atas asset dan pulangan pendapatan. Tanpanya sekeping kertas bercetak saham tidak bernilai sama sekali.

...

Satu lagi kepentingan saham ialah sifat liabiliti terhadnya, di mana bermaksud, sebagai seorang pemilik kepada sesuatu saham, anda tidak dipertanggung jawabkan secara peribadi jika syarikat tidak berupaya untuk membayar hutangnya. Bentuk syarikat lain seperti perkongsian ditubuhkan di mana jika perkongsian tersebut mengalami bankrap, para pemiutang boleh menuntut rakan kongsi (pemegang saham) secara peribadi dan perlu menjual harta mereka seperti rumah, kereta, perabot dan sebagainya.

...

Memiliki saham bermaksud, walau apapun yang berlaku, nilai maksimum yang boleh anda hilang ialah nilai pelaburan anda sahaja. Malah jika sesuatu syarikat di mana anda adalah pemegang saham, mengalami bankrap, anda tidak akan sama sekali kehilangan aset peribadi.

..

...

Pinjaman vs Ekuiti

Kenapa syarikat menamakan saham?

...

Kenapa perlu para pengasasnya berkongsi keuntungan dengan beribu-ribu orang lain bila mereka boleh menyimpan keuntungan untuk diri sendiri. Sebabnya ialah pada masa yang sama setiap syarikat perlu menambah modal. Untuk melaksanakannya, syarikat boleh sama ada meminjamnya daripada seseorang atau meningkatkan modalnya dengan menjual sebahagian syarikat yang mana ia dikenali sebagai penawaran saham.

.. ..

Syarikat boleh meminjam dengan mengambil pinjaman daripada pihak bank atau menawarkan bon. Kedua-dua kaedah sesuai dikategorikan sebagai pembiayaan hutang (debt financing). Dalam pada itu, penawaran saham dipanggil pembiayaan ekuiti (equity financing). Penawaran saham mempunyai kelebihan terhadap syarikat kerana ia tidak menghendaki syarikat membayar semula wang atau membuat bayaran faedah sepanjang tempoh tersebut.

...

Apa yang para pemegang saham dapat sebagai pulangan bagi wang mereka ialah potensi di mana saham tersebut akan mempunyai nilai yang lebih tinggi pada suatu hari nanti daripada apa yang mereka laburkan sekarang. Penjualan pertama saham yang mana ia ditawarkan sendiri oleh syarikat persendirian tersebut dipanggil IPO (Initial Public Offering) atau Saham Terbitan awam.

...

Adalah penting anda memahami perbezaan antara satu syarikat membiayai melalui pinjaman dan membiayai operasinya melalui ekuiti. Apabila anda membeli satu instrumen hutang seperti bon, anda dijamin pulangan ke atas wang anda (pokok) bersama-sama bayaran faedah yang dijanjikan. Ini tidak terjadi dengan pelaburan ekuiti. Dengan menjadi pemilik, anda menjangka risiko syarikat tidak berjaya – seperti juga pemilik bisnes tidak dijamin pulangan, begitu juga pelabur saham.

...

Sebagai pemilik, tuntutan anda ke atas aset lebih kecil berbanding para pemiutang. Ini bermakna jika syarikat mengalami bankrap atau pembubaran, anda sebagai pemilik saham, tidak akan mendapat apa-apa sehinggalah pihak bank dan pemegang bon telah dibayar terlebih dahulu. Situasi ini dipanggil ‘absolute priority.’ Pemegang saham mendapat banyak jika syarikat berjaya tetapi mereka juga menanggung risiko untuk rugi keseluruhan pelaburan jika syarikat mengalami kegagalan.

...

Risiko

Perlu ditekankan bahawa tiada jaminan apabila membicarakan saham individu. Sesetengah syarikat membayar dividen, tetapi banyak yang lain tidak. Dan tiada tanggungan untuk membayar dividen walaupun kepada firma yang secara tradisi melakukannya sebelum ini. Tanpa dividen, pelabur boleh membuat duit ke atas saham hanya melalui peningkatan nilai saham di pasaran terbuka. Di sebaliknya pula, sebarang saham mungkin mengalami bankrap di mana pelaburan anda tidak akan mempunyai nilai lagi.

...

Walaupun risiko mungkin kedengaran semuanya negatif, ada juga bahagian yang menarik. Mengambil risiko yang lebih tinggi menghendaki pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan anda. Inilah sebabnya kenapa saham melalui rekod sejarahnya mengatasi prestasi pelaburan-pelaburan lain seperti bon dan akaun simpanan. Bagi jangka panjang, satu pelaburan di dalam saham mempunyai sejarah sering memberi purata pulangan sekitar 10-12%.

...

Jenis-Jenis Saham

Terdapat dua jenis saham yang utama iaitu saham biasa (common stock) dan saham keutamaan (preferred stock).

...

Saham Biasa

Saham biasa ialah seperti namanya adalah biasa. Apabila orang ramai bercakap tentang saham, mereka selalunya merujuk kepada saham jenis ini. Buktinya, majoriti saham yang ditawarkan adalah dalam bentuk ini. Kita pada asasnya telah menggunakan sifat-sifat saham biasa di dalam perbincangan sebelum ini.

...

Saham biasa mewakili pemilikan di dalam sesuatu syarikat dan juga tuntutan (dividen) ke atas sebahagian daripada keuntungannya. Para pelabur mendapat satu undi setiap setiap saham untuk memilih ahli lembaga pengarah, siapa yang boleh memantau keputusan penting yang dibuat oleh pihak pengurusan syarikat.

Bagi jangka masa panjang, saham biasa, dari segi perkembangan modal, menghasilkan pulangan yang lebih tinggi berbanding hampir semua jenis pelaburan lain.

...

Pulangan yang lebih tinggi juga datang bersama dengan kosnya di mana saham biasa dianggap paling berisiko. Jika sebuah syarikat mengalami bankrap ataupun pembubaran, pemegang saham biasa tidak akan memnerima satu sen pun wang mereka sehinggalah para pemiutang, pemegang bon dan pemegang saham keutamaan telah dibayar.

...

Saham Keutamaan

Saham keutamaan mewakili satu kedudukan pemilikan tertentu di dalam syarikat tetapi biasanya tidak mempunyai hak mengundi (keadaan mungkin berlainan antara sesebuah syarikat). Dengan saham keutamaan, pelabur biasanya dijamin satu kadar dividen tetap selamanya. Ini adalah perbezaan utama berbanding saham biasa, di mana kadar dividen yang pelbagai dan tidak pernah dijamin. Satu lagi kelebihan ialah di dalam keadaan pembubaran syarikat, pemegang saham keutamaan dibayar dahulu sebelum pemegang saham biasa. (tetapi masih lagi selepas pemiutang).

....

Saham keutamaan mungkin juga boleh menjadi boleh panggil (callable), bermaksud syarikat mempunyai pilihan untuk membeli saham-saham daripada pemegang saham pada bila-bila masa untuk sebarang sebab (biasanya pada kadar premium).

...

Sesetengah orang menganggap saham keutamaan lebih kepada pinjaman berbanding ekuiti. Satu cara yang baik untuk memimikirkan jenis saham ini ialah dengan melihatnya di antara bon dan saham biasa.

.

...

Bagaimana Saham Diniagakan

Sebahagian besar saham diniagakan di bursa saham, satu tempat di mana pembeli dan penjual bertemu dan memutuskan harga. Sesetengah bursa merupakan satu lokasi fizikal di mana urusniaga dijalankan di atas lantai dagangan. Anda mungkin pernah melihat gambar tempat urusniaga di mana para pedagang sibuk menuding tangan, melambai, menjerit dan memberi isyarat sesama sendiri. Jenis bursa yang lain ialah dalam talian terdiri daripada jaringan komputer di mana urusan dibuat secara elektronik.

....

Tujuan sebuah pasaran saham ialah untuk menyediakan tempat pertukaran sekuriti antara pembeli dan penjual mengurangkan risiko pelaburan. Bayangkan betapa sukarnya untuk menjual saham jika anda perlu memanggil sekelian jiran tetangga, rakan-rakan dan sebagainya dalam usaha mencari seorang pembeli.

...

Benar, sebuah pasaran saham merupakan tidak lebih daripada satu pasaran peladang yang amat canggih menghubungkan para pembeli dan penjual.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya beginner
saya xbanyak wang
saya nak main saham
saya dah baca rich dad poor dad
saya nak berjaya
saya nak belajar main saham dari encik kalau boleh terima kasih

armani7717151@yahoo.com

Nur Adira Mat Daud berkata...

Saya ingin menjadi seorang usahawan muda yang berjaya . harap encik boleh tolong sya sebab sya sangat minat dalam bidang perniagaan . namun begitu , saya tidaklah sepandai mana . terima kasih .

Farisha lee berkata...

Great info 👍

Tuan boleh cadangkan medical card untuk anak perempuan saya?

Kita ada dua jenis plan, plan yang terbaik adalah MENGIKUT BUDJET tuan, Jika budjet tuan rendah saya cadangkan ambil plan medical card s...