Saturday, August 02, 2008

Tip Menarik Minat Pelanggan

...
Musim durian datang lagi. Sana-sini ramai penjual menawarkan raja buah ini dengan pelbagai cara dan harga semata-mata untuk menarik perhatian peminat buah ini. Sebagai seorang usahawan yang ingin berjaya, bukalah mata dan minda anda serta perhatikan di sekeliling bagi mempelajari teknik-teknik jualan yang berkesan daripada para penjual ini. Mana tahu, mungkin ada sesetengah cara promosi yang dibuat oleh mereka akan berkesan untuk diaplikasikan dalam bisnes anda nanti.
...
Hari ni saya ingin ulas tentang tip bagaimana untuk menarik minat pelanggan dan akhirnya membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Jika anda mengikuti cara ini, peratusan anda berjaya adalah tinggi. Bersedia?
...
Sebenarnya, prospek atau bakal pembeli anda akan terdorong untuk membeli apa sahaja yang anda tawarkan jika anda:
...
Boleh memberi peluang kepada mereka menggunakan pancaindera mereka sebanyak yang mungkin mencuba ke atas produk atau perkhidmatan anda.
...
Berilah peluang mereka menggunakan mata (pandangan / visual), telinga (bunyi), tangan (sentuhan) , lidah (rasa) atau kombinasi daripada kesemua pancaidera ini. Semakin banyak pancaindera yang boleh mereka gunakan, semakin berkesan dan lebih mudah untuk anda menutup jualan.
...
...
Cuba anda perhatikan seseorang yang membeli buah durian. Perhatikan, kebiasaannya, apa yang mereka buat. Ada yang mencium bau, belek-belek dan malahan menggoncangnya, kan?
...
Bila dah berpuas hati, mereka akan beli tanpa banyak soal lagi.
...
Untuk anda praktikkan cara ini ke atas produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan, pastikan ia dibuat dengan cara yang betul, di mana dalam kos yang boleh diterima serta mampu meningkatkan jualan anda. Gunakan daya kreativiti anda dan selamat mencuba.

No comments: