Rabu, Ogos 13, 2008

Bagaimana Usahawan Mengatasi Masalah Modal

Jika anda sedang merancang untuk melibatkan diri dalam bisnes, adalah mustahak untuk bertanya diri sendiri beberapa soalan untuk semakan sebelum bersedia menjadi bos sendiri.
...
Cuba kita lihat dan tanyakan diri sendiri kepada soalan berikut:
...
Adakah saya sudah bersedia dari segi kewangan dan adakah saya mempunyai keupayaan untuk melakukan apa yang diperlukan sebagai seorang usahawan?
....
Adakah saya bersedia dari segi kewangan (modal)?
..
Situasi di mana ketiadaan wang merupakan merupakan masalah yang sangat serius yang sering dihadapi dan perlu ditangani oleh pemilik bisnes yang baru. Ia boleh menjadi sangat serius sehingga boleh menyebabkan bisnes gagal dan pemiliknya terpaksa melupakan niat menjadi bos sendiri dan akhirnya kembali mendapatkan pekerjaan semula.
...
Jadi, berapa banyak modal yang diperlukan untuk meninggalkan pekerjaan anda sekarang dan memulakan bisnes sendiri?
...

...
Mencari jawapannya bukanlah semudah yang disangka pada peringkat awalnya. Ini kerana selain daripada wang yang anda perlukan untuk memulakan bisnes, anda juga perlu untuk ketepikan sebahagian jumlah tertentu untuk menampung diri sendiri dan tanggungan anda sehingga perniagaan tersebut boleh menjana pendapatan yang mencukupi. Dan anggaran bila ia akan menjadi kenyataan adalah jauh lebih sukar.

...

Para usahawan yang berpotensi, selalunya gagal untuk menceburi bidang ini kerana dalam perkataan mereka sendiri, mereka merungut “tak ada modal lah”. Mereka fikir dan menganggap yang mereka mesti mempunyai sejumlah wang – biasanya banyak sebelum boleh memulakan bisnes.

...
Ini sebenarnya tidak benar. Ya, memang betul, anda memang perlukan modal untuk memulakan perniagaan tetapi berapa yang anda perlukan adalah subjektif dan sangat bergantung kepada jenis perniagaan yang anda inigin ceburi, bagaimana cara yang akan anda kendalikannya dan juga skala operasi bisnes berkenaan.

...
Jika anda telah membuat persediaan untuk memulakan secara kecil-kecilan dan melakukan segalanya sendiri, anda pasti terkejut betapa rendahnya modal yang diperlukan. Jadi, berbanding menunggu untuk mengumpulkan modal yang mencukupi sebelum memulakan bisnes impian anda (yang mungkin mengambil masa selamanya untuk dimulakan), satu langkah alternatif yang lebih sesuai untuk anda ialah dengan memilih perniagaan dan kendalikannya dalam keadaan serta skala yang memerlukan hanya dengan modal yang telah anda miliki sekarang.

... .

Ideanya di sini ialah cuma mulakan sahaja – terjun ke bidang tersebut. Setelah anda telah mulakan bisnes anda, dari situ anda boleh dengan perlahan-lahan membinanya dan kembangkan langkah demi langkah untuk mencapai matlamat peribadi dan bisnes impian anda.

Tiada ulasan:

Tak perlu detol lagi

Tak perlu dettol lagi!  . Sharing ikhlas daripada Pn. Atie.  . Selepas pembedahan kecil di pergelangan tangan, berlaku sedikit infection...