Sunday, August 03, 2008

Definisi Usahawan dan Takrif Keusahawanan

Definisi USAHAWAN
.....
Istilah usahawan dalam bahasa Inggeris ialah "entrepreneur".
Istilah “entrepreneur” berasal daripada bahasa Perancis “entreprendre” - Richard Cantillon (1755).
  • Memikul sesuatu tugas
  • Berperanan seperti seorang Jeneral Perang
  • "Business is like going to war". A similar concept to Tsun Sze’s “Art of War”
  • Usahawan perlukan strategi untuk menang sama seperti dalam peperangan
    ....

Di Idonesia, usahawan digelar sebagai "WIRA NIAGA"
..

Kamus Dewan


  • Pedagang
  • Peniaga/Penjaja
  • Pengusaha/Petani

Usahawan (DEB 1970)
..

Di Terengganu, istilah usahawan disebut dengan lebih tepat iaitu "USAHAWANG"
..

Usahawan ialah individu atau kumpulan individu yang menubuhkan atau menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya dari masa ke semasa demi kemakmuran masyaratkat dan negara.

..
Takrif KEUSAHAWANAN

..... .
Keusahawanan ialah satu proses pewujudan dan pengembangan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi sesebuah negara. Bidang keusahawanan adalah satu bidang kerjaya yang profesyenal.

...
Teori KEUSAHAWANAN

..
Dalam bidang pengajian keusahawanan, tidak terdapat satu definisi usahawan yang konklusif kerana sifatnya yang merentas disiplin - (multi-disciplinary). Secara amnya, takrif usahawan boleh dikelompokkan kepada empat kategori:

  • Ekonomi
  • Sosiologi
  • Psikologi
  • Pengurusan

..
Pertama: Perspektif Ekonomi
Mentakrifkan usahawan melalui sumbangan dan peranan yang dimainkan dalam pembangunan ekonomi. Contoh: pengagihan sumber ekonomi yang efisyen, penyediaan peluang pekerjaan, mencetuskan inovasi dll.

..
Kedua: Perspektif Sosial
Mentakrifkan usahawan sebagai satu generasi atau kelompok masyarakat yang menjadikan keusahawanan sebagai satu bidang kerjaya mandiri yang boleh mengubah status kehidupan. Contoh: survival masyarakat pendatang Cina, Indonesia dsbnya.

.. .
Ketiga: Perspektif Psikologi
Mentakrifkan usahawan dengan melihat kepada gelagat (behavior) serta ciri-ciri peribadi dan personaliti. Contoh: cara pengambilan risiko, punca kawalan diri, kehendak terhadap pencapaian, takut kepada kegagalan dsbnya.

...
Keempat: Perspektif Pengurusan
Mentakrifkan usahawan sebagai pengurus strategik di mana peranan usahawan ialah untuk memastikan perniagaan memperolehi keuntungan dan berkembang. Contoh: Alat-alat pengurusan strategik digunakan untuk mencapai objektif perniagaan.




No comments: