Friday, August 08, 2008

Jutawan Jual Kehidupan

LONDON - Seorang jutawan Britain, David Piper, menjual segala kehidupan beliau di internet termasuk gelaran bangsawan, Lord of the Manor of Warleigh, dengan harapan dapat menukar segala aset miliknya dengan wang tunai, lapor sebuah akhbar semalam.
...
Piper, seorang pengusaha yang menjadi tajuk berita hangat enam tahun lalu selepas beliau mencari seorang isteri menerusi iklan, mahu menjual kewujudannya menerusi laman web bidaan, eBay.
..
Menurutnya, penjualan itu dilakukan kerana beliau mahu berpindah ke London untuk berada lebih dekat dengan anak-anaknya. Piper menjual dua buah hotel, dua kereta mewah Bentley, satu koleksi lukisan dan gelaran tersebut yang dibelinya bersama sebuah estet pada harga £1 juta (RM6.5 juta).
..
"Jualan ini dilakukan kerana pemilik gelaran tersebut didapati menghidap barah prostat," kata keterangan dalam iklan berhubung jualan itu.
..
"Untuk jualan semua atau sebahagian termasuk Piper, pemilik gelaran Lord of the Manor, adalah secara fizikal kepada pembeli yang sesuai," tambah iklan tersebut.
Piper berharap dapat menjana kutipan sehingga £4 juta (RM25 juta) walaupun beliau menganggarkan estet itu berharga mencecah £6 juta (37.9 juta) sebelum kejatuhan harga hartanah.
..
Beliau menerima lebih 100 bidaan setakat ini dengan tawaran paling tinggi berjumlah £1.3 juta (RM8.2 juta) manakala bidaan ditutup pada Isnin ini. - Agensi

No comments: