Thursday, November 27, 2008

Pendapatan Aktif Atau Pasif: Yang Mana Pilihan Anda

Kebanyakan daripada kita hanya mendengar tentang istilah ini tetapi mungkin kurang mengetahui maksudnya yang sebenar. Para jutawan yang berjaya selalu menekankan serta begitu berminat bercakap tentang jenis pendapatan ini.
..
Berikut adalah penerangan ringkas mengenainya.
..
Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja. (Lebih 90% orang kerja makan gaji!)
..
Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)
..
Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.
..
Mereka bebas untuk:

- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!
..
Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif, mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.
..
Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka!
..
Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya dikategorikan sebagai aktif.
..
Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak
kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakan daripada kita.
..
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif?
..
Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka
ketika waktu yang anda mahukan.
..
Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun!
..
Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda pertimbangkan :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
..

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:
..
Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?
..
Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.
..
Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya senaraikan diatas tadi. Anda tentu akan berterima kasih kepada saya nanti.

5 comments:

Anonymous said...

Ya.. saya setuju..kita perlu berusaha untuk tingkatkan pendapatan pasif kita. Orang kaya.. adalah mereka yang punyai pendapatan pasif lebih banyak berbanding perbelanjaan

Betul kee macam tuu??

Anonymous said...

ya betul. malahan pendapatan pasif boleh menjana pendapatan pasif lagi dan la. alangkah bestnyua kalau saya pun boleh dapat sebanyak mungkin pendapatan pasif dan mencapai kebebasan kewangan kelak.

MIJI said...

Salam,saya Miji dan saya juga ada blog cerita pasal usahawan ni,harap-harap sudilah ke sana dan bagi komen :)

p.s-boleh saya letak link blog ni di blog saya tak???


http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com

Anonymous said...

boleh. no problem. tambah kengkawan

Dani Wahyu said...

Thanks infonya. Oiya, saya juga punya referensi tulisan nih tentang perbedaan mendasar antara pendapatan aktif dan pasif yang bisa mengantarkan temen-temen pada yang namanya kebebasan finansial. Yuk cek selengkapnya di sini: Perbedaan Pendapatan Aktif dan Pasif