Wednesday, August 13, 2008

Haji Samuri Jutawan Sate

130 Ribu cucuk sehari masih belum bersedia ke luar Negara
...
Berkunjung ke Bandar Kajang tidak lengkap jika tidak singgah ke gerai sate. Sate Kajang sudah sinonim bunyinya. Tetapi sate mana satu yang paling sedap?
...
Menurut sejarah, Sate Kajang diasaskan oleh Haji Tasnim Sakiban sehingga mempopularkan peniaga-peniaga sate di kajang sejak tahun 60-an.
...
Kini jenama Sate Haji Samuri popular di seluruh Malaysia. Diusahakan sendiri dengan dibantu anak dan menantunya serta ahli keluara lain. Pemiliknya berbangga kerana Sate Haji Samuri dikenali ramai. Memperkenalkan Sate Kajang Haii Samur bukanlah perkara yang mudah atau menumpang populariti sate Kajang semata-mata.
...
Kenapa dinamakan Sate Kajang Haji Samuri?
Bagi Tuan Haji Samuri Haji Juraimi, pemilik perniagaan Sate Haji Samuri, itu adalah lebih mudah untuk orang kenal kerana umpama menggunakan serta kenalkan jenama sendiri.
...
Menurut Samuri, berniaga sate sebenarnya tidak memerlukan modal yang besar. Tetapi kerana ingin memiliki gerai sendiri, modal permulaan antara RM18,000 hingga RM30,000 dilaburkan. Samuri memulakan perniagaan di gerai No. 5 di Medan Sate Kajang yang diambil alih dari seorang tauke Cina yang menjual air tebu. Bermula dari gerai No.5 itulah Sate Haji Samuri berkembang sehingga berjaya membuka 18 cawangan, yang terbaru di Port Dickson dan akan datang di Kompleks PKNS di Shah Alam.
..

...

Kilang
Di Kajang sahaja terdapat tiga buah termasuk yang terbesar berdiri megah bersebelahan stadium, dahulunya bangunan ini dimiliki PKNS. Dengan hasil keuntungan yang diperolehi, Samuri akhirnya berjaya memiliki dan menempatkan pejabat urusannya.

...
Bertambahnya cawangan yang sedia ada membuktikan permintaan satenya meningkat. Bagaimana Samuri memenuhi permintaan ini?

Menurut Samuri dengan tenaga kerja yang hampir 600 orang, dari proses mencampur ramuan, mencucuk, membakar serta pelayan restoran. Setiap hari sebanyak 100,000 hingga 130,000 cucuk sate dihasilkan terdiri daripada ayam, daging, hati, perut, ikan, kambing, arnab dan rusa.

...
Bagi menampung jumlah sate keluarannya, Samuri memiliki sebuah kilang bernilai RM2 juta yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang bagi menempatkan segala pemprosesan sate serta kuahnya. Malah untuk kemudahan para pekerjanya, Samuri menyediakan asrama, apalagi penghasilan sate ini dilakukan secara manual.

...
Untuk memasarkan produk sate kajang ke luar Negara, syarikatnya memerlukan Hazard Analysis Critical Point (HACCP). Kini syarikatnya hanya ada Good Manufacturing Practice (GMP). Jika berjaya mendapatkan HACCP, jenama sate sate kajangnya akan dieksport ke luar negara untuk memenuhi permintaan yang sedia menanti. Untuk berada pada tahap sekarang, Samuri cekal menghadapi persaingan dan cabaran. Ketika memulakan perniagaan, gerainya di tengah-tengah gerai di antara gerai lain dan bersaing dengan gerai yang telah lama bertapak.

...
Bagi Samuri, jatuh bangunnya dalam membina rangkaan perniagaan sate, adat orang berniaga.

...
Samuri mempunyai pendekatan sendiri sebagai usahawan. Dia membuat kajian untuk mengetahui cita rasa pelanggan, apa yang suka dan sebaliknya. Tengok pasaran, jika kebanyakan gerai sate dibuka pada pukul 12 tengahari, Samuri akan membuka seawal 9.30 pagi.

...

Di samping itu, Samuri akan mempastikan bekalan tidak berkurangan, jadi jika ada pelanggan yang datang sehingga lewat malam pasti tidak akan kecewa.
...

Citarasa
Selama 16 tahun bergelumang dalam perniagaan sate ini, tegas Samuri, dia sentiasa komited terhadap setiap apa yang dilakukan, dengan 18 cawangan ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana pasti ada yang membandingkan rasa sate-sate ini dengan cawangan yang lain.

...
Bagi mengatasi masalah tersebut pemprosesan di kilang yang sama dapat mengekalkan rasa serta kualiti satenya seperti trademarknya “Sate Kajang Haji Samuri, Untuk Rasa Sate Kajang Yang Sebenar”.

...
Sepanjang perjalanan perniagaan sate ini, Samuri pernah menutup kedainya ekoran kehabisan bekalan kerana permintaan yang tinggi ketika itu terutama musim perayaan. Perkara itu telah membuatkan Samuri sentiasa ambil perhatian mengenai perkara ini agar tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Ini kerana Sate Haji Samuri juga menerima tempahan daripada pihak hotel.

...
Perancangan akan datang, Samuri memang ingin membuka cawangan di seluruh Malaysia dan ke luar negara tetapi memandangkan perniagaan ini dijalankan sendiri, Samuri lebih senang mengusahakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur kerana di sini sahaja permintaannya amat tinggi.

...
Desakan Anak Buka Bisnes Sate
Samuri kini sedang berusaha untuk membuka sebuah kilang lain yang dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan untuk pasaran ke luar Negara. Bagi Samuri kejayaan seseorang usahawan itu sebenarnya sukar diukur tetapi Samuri amat bersyukur sepanjang menjalankan perniagaan ini Samuri dapat pergi sejauh ini.

...

Kaya raya? Samuri lebih senang dan berbangga kerana kaya dengan pelanggan yang datang setiap hari untuk menikmati keenakan satenya.
Samuri belajar membuat sate dari pengasas sate kajang iaitu Haji Tasmin ketika itu menumpang di rumah Haji Tasmin. Samuri membantu Haji Tasmin setiap hari selepas habis waktu sekolah sehingga menamatkan zaman persekolahan pada 1963. Pada waktu itu, mengambil keputusan untuk membantu Haji Tasmin sepenuh masa sebelum mendapat pekerjaan.

...
Bekerja dengan Telekom pada tahun 1965, Samuri masih lagi menolong Haji Tasmin berniaga. Sehingga tahun 1987, Samuri mengambil keputusan untuk berhenti kerja walaupun ketika itu bergaji lumayan, untuk menumpukan perhatian sepenuh masa kepada perniagaan sate ini.

...
Pada 1992, atas idea serta desakan anaknya dan pengalaman yang ada, Samuri membuat keputusan untuk membuka sendiri perniagaan sate dengan menggunakan nama Sate Kajang Haji Samuri.

...
Keluaran Sate Haji Samuri, 60 peratus terdiri daripada ayam, daging 30 peratus dan selebihnya adalah lain-lain. Lebih suka mendengar atau menerima komen terus daripada para pelanggan. Samuri pelopor peniaga sate yang memperkenalkan hidangan kuah sate di dalam mangkuk besar.

...

Sumber: Mingguan Editor

5 comments:

Pelajar said...

terima kasih atas entry ini .

Sangat membeantu saya dalam tugasan "profil usahawan berjaya" mengenai Haji Samuri saya .

Anonymous said...

leh tak sy dpt kn detail tentang sumber entry ni..

sy nk wat references..

Anonymous said...

terima kasih . sangat membantu saya . harap satay kajang haji samuri lebih berjaya .

Anonymous said...

maaf,tumpang tanye..ade x carta organisasi bagi Syarikat Sate Kajang Hj Samuri ni?

Anonymous said...

berbangga dengan tuan haji...sebab berjaya dalam perniagaan satey..ia dapat menambahkan ilmu pengatahuan kami yg berniaga sama..terbaik dari kami...kami dari johor berniaga juga..kami berniaga kecil kecilan...pada pihak umum yang ingin rasa satey kami..datang datang lah ke mersing johor ya...cuba merasa..kalau terasa..datang lagi lee...