Khamis, Mei 27, 2010

Agrobank Sedia RM68 Juta Untuk Industri Burung Walit

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Agrobank memperuntukkan RM67.7 juta untuk membiayai projek berkaitan industri burung walit yang nilai eksportnya kini melebihi RM1 bilion setahun.
.
Pengarah Urusannya Datuk Ahmad Said berkata dana pinjaman yang dilancarkan sejak 19 Mei lepas itu akan membolehkan kira-kira 2,000 pelanggan membina rumah burung walit kos rendah antara RM10,000 dan RM30,000 sebuah.Beliau berkata faedah pinjaman dikenakan ialah 3.75 peratus.
.
"Peruntukan dana ini akan membantu pengusaha burung walit dan orang ramai menceburi industri menguntungkan ini," katanya pada sidang media mengenai dana pinjaman itu di Ibu pejabat Agrobank di sini, pada Rabu.
.
Ahmad berkata peruntukan dana itu juga sejajar dengan usaha kerajaan melalui Model Baru Ekonomi (MBE) untuk meningkatkan pendapatan rakyat daripada USD7,000 kepada USD15,000 setahun.
.
Burung walit ialah antara industri berimpak tinggi yang diberi penekanan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, selain penternakan ikan arowana dan rumpai laut, katanya.
.
Beliau berkata tiada peruntukan khas diberikan kepada bidang itu sebelum ini. Namun, Agrobank selaku bank yang membantu pembangunan industri pertanian negara, memberikan pinjaman kepada 41 pelanggan, melibatkan pinjaman berjumlah RM6.3 juta dalam industri burung walit sejak dua tahun lepas, kata Ahmad.
.
Industri burung walit yang bermula dengan penghijrahan spesies burung itu dari Indonesia kira-kira 10 tahun lepas, semakin rancak berkembang dengan kira-kira 50,000 premis burung walit dibina di seluruh negara.
.
Sarang burung itu yang belum diproses berharga antara RM3,000 dan RM4,000 sekilogram manakala sarang burung yang diproses mampu mencecah RM12,000 sekilogram.Pasaran utama komoditi itu ialah China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura.-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Tak perlu detol lagi

Tak perlu dettol lagi!  . Sharing ikhlas daripada Pn. Atie.  . Selepas pembedahan kecil di pergelangan tangan, berlaku sedikit infection...