Wednesday, May 19, 2010

Sejarah sukan Futsal


Futsal Skills -Robinho X Falcao - Watch the best video clips here


Sukan futsal, diantara aktiviti sukan yang semakin menjadi perhatian, bagi yang tinggal di ibukota, ia menjadi pengganti permainan bola sepak yang memerlukan padang dan tempat yang luas berbanding dengan permainan futsal lebih kecil dan tertutup.
.
Asal-usul permainan futsal
.
Futsal telah dimulakan di
Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA. Di Brazil, versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan.
.
Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuan rumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay.
.
Semakin ramai negara yang menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985. Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara
FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol, maka FIFUSA telah mencipta nama fut-sal pada tahun 1985.
.
Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai.
.
Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA.
.
Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindak balas pantas, hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal.
.
Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.Futsal dimainkan di dalam dewan.
.
Sumber: http://ms.
wikipedia.org/wiki/Futsal

No comments: