Thursday, May 20, 2010

Kenapa Futsal

Saya memilih untuk menganjurkan pertandingan Futsal kerana melihat kepada trend dan minat orang ramai kepada sukan yang semakin berkembang pada masa ini. Baru semalam berbincang dengan seorang rakan merangkap partner untuk projek ini. Anggaran kos serta kertas kerja hampir siap dan akan dibentangkan kepada bakal penaja dan juga pihak yang berkaitan.
.
Sebanyak 32 pasukan, event untuk satu hari, akan dicari bagi menjayakan pertandingan ini dan saya akan gunakan syarikat saya iaitu Bigfish Enterprise sebagai penganjur buat julung kalinya.
.
Saya sendiri pernah terlibat bersama-sama dua lagi rakan menganjurkan pertandingan ini tapi bagi pertandingan bola sepak 7 sebelah yang dibuat di Seremban tahun 2000 lepas. Memang sambutan yang diterima amat menggalakkan dan dari situlah timbulnya idea untuk menganjurkan Futsal pula.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penaja juga dialu-alukan dan pakej publisiti serta pemasaran yang menarik dan unik akan kami reka bagi mencapai sasaran pemasaran anda.
.
Nizam
Pengurus
Bigfish Enterprise
H/P : 019-7589774

No comments: