Jumaat, Mei 23, 2008

Robert Kuok Kekal Terkaya

AHLI perniagaan Malaysia, Tan Sri Robert Kuok, mengekalkan kedudukannya mendahului individu terkaya Malaysia dalam senarai orang terkaya terbaru Forbes Asia.
..
Menurut Forbes Asia, Kuok, 84, yang memiliki banyak perniagaan, termasuk hartanah di Hong Kong dan kepentingan media dan paling ketara gergasi minyak sawit Wilmar, meningkatkan nilai bersihnya daripada RM7.7 bilion tahun lalu untuk mencecah RM32 bilion.
..
Senarai terbaru itu turut menyaksikan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp menyertai kelab bilionair Malaysia yang mempunyai 10 bilionair tahun ini, kata Forbes Asia dalam satu kenyataan hari ini.
..
Tan yang naik dari tangga ke-14 ke tempat kesembilan, mempunyai nilai bersih RM4.2 bilion, menambah hampir RM3.2 bilion berbanding tahun lalu. Forbes Asia berkata, syarikat Tan, Berjaya Corporation, menongkah arus dengan harga sahamnya mengembang hampir tiga kali ganda sejak 12 bulan lalu.
..
Tan menguasai lebih RM12.8 bilion - dengan jualan yang digabungkan - rangkaian perusahaan membabitkan industri seperti pertaruhan/perjudian, media, telekom, produk pengguna dan runcit serta hartanah.
..
Masih kekal di tempat kedua Ananda Krishnan yang menerajui syarikat telekomunikasi, Maxis. Bagaimanapun, kekayaannya menurun kepada RM23 bilion, kurang RM640 juta berbanding tahun lalu.
..
Individu ketiga terkaya Malaysia dalam senarai ialah pengerusi eksekutif kumpulan IOI Corporation, Tan Sri Lee Shin Cheng, yang menduduki tangga keempat tahun lalu, tetapi dengan melonjaknya gergasi perladangan kelapa sawit dari segi nilai, kekayaannya meningkat daripada RM5.1 bilion kepada RM17.6 bilion, kata Forbes Asia.
..
Kemasukan baru paling tinggi ialah Puan Sri Lee Kim Hua, balu taikun perjudian terkenal Tan Sri Lim Goh Tong yang berada di tempat ketiga tahun lalu, tetapi meninggal dunia pada Oktober.
..
Beliau dan keluarganya bernilai RM10.9 bilion, menduduki tempat kelima.
..
Lee antara tiga wanita di dalam senarai bersama pengerusi Selangor Properties, Puan Sri Chong Chook Yew, di tempat ke-24 (RM784 juta), dan anakanda perempuan Sultan Perak, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, di tempat ke-35 (RM480 juta).
..
Antara pendatang baru Datuk Nazir Razak, ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB dan anak lelaki bongsu Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Nazir berjaya mendapatkan tempat ke-40 sebagai individu terakhir terkaya Malaysia dengan nilai bersih RM320 juta.
..
Kekayaan secara kolektif semua 40 individu RM147.2 bilion, meningkat RM9.6 bilion daripada tahun lalu.
..
Sementara 16 individu berjaya menambah kekayaan mereka, 18 yang lain menyaksikan penurunan dengan tujuh daripada mereka kehilangan sekurang-kurangan satu perempat daripada kekakyaan mereka.
..
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, taikun Melayu paling kaya dan bilionair, turun satu anak tangga dari tempat ketujuh ke tempat kelapan selepas nilai bersihnya berkurangan RM640 juta kepada RM5.8 bilion.

..

Senarai Orang Terkaya Malaysia
..
..

Nota Nizamsurf : Satu laporan yang boleh memotivasikan kita untuk berusaha lebih gigih lagi setidak-tidaknya tersenarai dalam antara jutawan di Malaysia pada masa hadapan berdasarkan bidang yang diceburi. Tidak mustahil, kan?
..
Apa yang perlu ialah matlamat, kerja keras dan juga pelaksanaan rancangan dilakukan dengan bijaksana. Harapnya matlamat saya termasuk dalam senarai jutawan pada tahun 2012 akan tercapai. Insyaallah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The Chinese Malaysian tycoon Robert Kuok made his money in sugar, palm oil, shipping and property. And he did share his point of view on how to make money during Kuok Group’s 60th Anniversary called “Robert Kuok Hock Nien notes on the past sixty years”, read it at:
http://kidbuxblog.com/robert-kuok-hock-nien-notes-on-the-past-sixty-years/

Tak perlu detol lagi

Tak perlu dettol lagi!  . Sharing ikhlas daripada Pn. Atie.  . Selepas pembedahan kecil di pergelangan tangan, berlaku sedikit infection...