Thursday, May 27, 2010
Swasta diseru terajui sektor agro-makanan
Agrobank Sedia RM68 Juta Untuk Industri Burung Walit
Wednesday, May 26, 2010
Sighah dalam kontrak Islam
AKAD atau kontrak adalah satu simbol atau tanda wujudnya kerelaan di antara dua pihak yang berkontrak. Sighah adalah rukun yang penting dalam sesuatu akad di mana tanpanya sesuatu kontrak itu dianggap tidak berlaku.
Hal ini dapat ditelusuri menerusi firman Allah dan sabda Nabi SAW. Antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: Melainkan yang halal (kamu makan), bahawa harta benda perniagaan itu, dilakukan rela sama rela di antara kamu. (an-Nisa': 29).
Demikian juga sabda Nabi SAW, daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Kedua pihak yang berjual beli tidak boleh berpisah kecuali setelah adanya kerelaan di antara keduanya". (riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Sighah atau secara mudahnya disebut sebagai lafaz akad adalah merupakan salah satu rukun yang mesti wujud pada sesuatu kontrak. Para ulama sepakat bahawa ketiadaan sighah akan menjejaskan akad yang dimeterai.
Ini bermakna, sesuatu kontrak itu tidak akan sah tanpa berlakunya sighah.
Sighah mengandungi dua komponen iaitu ijab (penawaran) dan qabul (penerimaan) yang diungkapkan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak.
Ijab adalah memberi tawaran sesuatu supaya diterima. Sebagai contoh, ijab pada jual beli adalah tawaran menjual sesuatu kepada pembeli dengan harga tertentu seperti: "Aku jual barang ini kepada engkau dengan harga RM100", "Barang ini untuk engkau dengan harganya RM200".
Qabul pula adalah menerima. Sebagai contoh: "Aku beli barang ini dengan harga RM100" atau "Aku terima barang ini dengan harga RM200".
Ungkapan tersebut boleh berlaku sama ada melalui perkataan, tulisan atau isyarat.
Objektif sighah adalah menyatakan kerelaan dan persetujuan keatas kontrak yang dimeterai. Kerelaan dalam kontrak adalah sangat penting kerana di sebalik kontrak yang dimeterai itu mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak tersebut.
Bentuk sighah yang boleh digunakan dalam majlis akad mestilah terdiri daripada perkataan, tulisan atau perbuatan yang difahami oleh kedua pihak yang terlibat bahawa maksud jual beli itu telah berlaku seperti perkataan "saya jual" dan "saya beli".
Sighah secara perbuatan adalah seperti jual beli di mesin seperti urusniaga melalui kad ATM dan sebagainya.
Dalam pelaksanaan sighah ini, lafaz qabul tidak boleh menyanggahi lafaz ijab. Lafaz penerimaan hendaklah selari dengan lafaz penawaran.
Contoh, penjual menawarkan (ijab) untuk menjual sebuah kereta 'A' dengan harga RM50,000, maka pembeli dalam lafaz penerimaannya (qabul) hendaklah bersetuju seperti yang ditawarkan.
Ini kerana percanggahan pada lafaz akan menunjukkan percanggahan pada maksud. Justeru, tidak mungkin dua pihak yang berlainan hasrat dan niatnya dapat bersetuju diikat dalam satu kontrak.
Kesannya, ia akan membawa kepada perselisihan dan permusuhan di antara kedua-dua pihak itu setelah berlangsungnya majlis akad. Tidak ada pihak yang menang dalam keadaan ini.
Akad itu dianggap tidak sah dan ia perlu diulang kembali dengan lafaz dan maksud yang sama.
Lafaz ijab dan qabul disyaratkan juga agar tidak boleh dibuat secara bersyarat (taklik) seperti kata penjual: "Saya jual rumah ini kepada awak dengan syarat sekiranya saya ke luar negara". Malah bagi kontrak jual beli secara langsung ia juga tidak boleh diselangi dengan perkataan yang lain antara keduanya.
Oleh itu, Islam amat melarang jika sesuatu akad atau perjanjian yang ingin dimeterai tidak mempunyai maklumat lengkap. Semua perkara yang berkaitan dengan kontrak perlu dijelaskan secara terperinci dan kedua-dua belah pihak mesti memahami penjelasan tersebut sebelum majlis akad berlangsung.
Tuesday, May 25, 2010
Cabaran baru industri gaharu
ashriq.ahmad@utusan.com.my
.
SEBAGAI seorang petani, penternak, mahupun apa jua bidang yang diusahakan, ilmu yang berkaitan apa yang dilakukan adalah amat penting bagi memastikan kejayaan sentiasa berada di sisi kita.
Tanpa ilmu yang cukup para pengusaha boleh diibarat belayar tanpa arah tuju dan apa yang pasti hasil yang diperolehi pastinya tidak seperti yang diimpikan.
Begitulah fenomena yang sedang berlaku di dalam perusahaan tanaman karas atau lebih dikenali sebagai gaharu.
Justeru, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif mengadakan sebuah seminar untuk memberi gambaran menyeluruh industri tersebut.
Ia sekali gus memberikan peluang pengusaha karas untuk memperbaiki segala kelemahan, kekurangan serta masalah yang sering dihadapi dalam perusahaan tersebut.
Selain itu, ia juga bertujuan memberi pendedahan serta maklumat yang lebih tepat daripada segi kajian saintifik serta aplikasi sains di dalam industri tersebut.
Seminar yang berlangsung selama tiga hari itu di mulakan dengan sesi pembentangan kertas kerja oleh ahli akademik, jabatan kerajaan serta pengusaha yang telah berjaya.
Seramai 24 pembentang berjaya menarik perhatian peserta dengan tajuk-tajuk menarik.
Antara tajuk yang dibentangkan adalah Pengurusan Sumber dan Taburan Karas, Status dan Pembangunan Industri Gaharu Serantau dan pelbagai lagi memberi pendedahan terhadap industri tersebut.
Menurut pengarah seminar tersebut, Dr. Hazandy Abdul Hamid, ia bertujuan mengumpul para pengusaha sama ada daripada orang perseorangan mahupun syarikat ke arah satu sesi perkongsian maklumat.
"Sebelum ini tiada satu usaha dilakukan bagi mengumpulkan mereka untuk duduk semeja berbincang berkenaan hala tuju industri ini.
"Justeru peluang sebegini memberikan kita (penyelidik) ruang untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi pengusaha," katanya.
Beliau yang juga pensyarah kanan ekofisiologi dan pembaik biak pokok berkata, ia sedikit sebanyak dapat mendedahkan teknik-teknik yang betul secara ilmiah kepada pengusaha gaharu.
Tambahan pula kini negara sedang menuju ke arah negara maju di mana bidang bioteknologi semakin berkembang.
Justeru para pengusaha gaharu tidak lagi boleh berada pada takuk lama, di mereka juga perlu berubah ke arah yang lebih baik.
Oleh itu, seminar tersebut bertujuan membuka minda pengusaha agar berfikir di luar kotak.
Ia bermakna setiap pengusaha gaharu perlu mempelbagaikan hasil serta produk mereka bagi memastikan kelestarian produk tersebut berkekalan sekali gus mampu membawa mereka ke arena global.
Setiap daripada golongan ini (pengusaha, penyelidik dan pengguna) sebenarnya adalah saling memerlukan.
Justeru setiap daripada mereka perlu menggembleng tenaga dan kepakaran untuk menghasilkan teknik yang benar-benar boleh digunapakai.
Jelas Hazandy, seminar tersebut berjaya membincangkan pelbagai permasalahan yang wujud didalam industri tersebut secara ilmiah.
Selain seminar, terdapat juga gerai-gerai pengusaha gaharu dibuka bagi mempamerkan barangan serta produk gaharu masing-masing.
Seminar selama tiga hari tersebut berjaya mengumpul maklumat penting daripada pengusaha serta ahli akademik berkaitan untuk meningkatkan taraf industri gaharu di negara ini.
.
Monday, May 24, 2010
3 Cara tidak melewat-lewatkan kerja
Sunday, May 23, 2010
Mencari penaja bernilai RM14000
.
Kategori adalah terbuka, sebanyak 32 pasukan dan hadiah tunai RM3000 kepada pemenang tempat pertama beserta trofi dan medal.
.
Dalam masa terdekat saya akan confirmkan tempat dan saya lihat yang paling sesuai ialah di satu gelanggang baru di kawasan Ulu Tiram, Johor dan tarikh yang dijangka mungkin Julai ataupun Ogos depan.
Dengan ini saya mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat utnuk sertai kejohanan ini mahupun ingin tampil sebagai penaja utama, boleh hubungi saya di 019-7589774 (Nizam) atau emailkan di nizamsky@gmail.com
Futsal Frenzy 2010
Let's Bring Out The Best In You!
Saturday, May 22, 2010
How to Get Sponsors for Your Event
.
There are people and companies out there looking for sponsorship opportunities. Read on to learn some ways that you can entice people to be your sponsors.
- Step 1
Create a fact sheet providing information about your company. This fact sheet will provide potential sponsors with enough information to decide whether or not it is a great opportunity.
- Step 2
Figure out how much funding you will need to put on your event. Create a budget so that you know how much you are willing to spend on everything.
- Step 3
Create a sponsorship proposal outlining sponsor benefits and deliverables. Deliverables must be attractive to sponsors. Offer to include the sponsor's logo as well as links to their website on your collateral materials.
- Step 4
Decipher sponsorship levels such as platinum, gold, silver or bronze. If the highest amount of money you require for sponsors is $10,000, the level of sponsorship will be platinum. You can decrease the other levels by intervals of $2,000.
- Step 5
Once the sponsors are determined, you can provide the sponsors with additional publicity by sending out press materials with information on their level of sponsorship.
Thursday, May 20, 2010
Kenapa Futsal
Wednesday, May 19, 2010
Syabas Kosmo!
.
Kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Kosmo! bertindak sebagai rakan pelaksana itu diadakan selama tiga hari bersempena sambutan Hari Belia Negara 2010.
.
“Dalam masa tiga minggu saja, lebih 1,000 pasukan memohon untuk menyertai Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! ini. Penganjur hanya boleh terima 700 pasukan saja pada mulanya.
.
“Tetapi disebabkan sambutan luar biasa, terpaksa pula dibuka kategori baru iaitu Lelaki Larut Malam dengan tambahan 384 lagi pasukan menjadikan kejohanan itu berlangsung 60 jam tanpa henti,” katanya pada Majlis Pelancaran dan Pengundian Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2010 di Dewan Perdana Felda pagi semalam.
.
Jelas Shabery, Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! yang menawarkan hadiah wang keseluruhan berjumlah RM88,950 itu berjaya mengumpul 11,000 pemain tidak termasuk para penyokong dan ahli keluarga mereka.
.
“Jadi dengan acara-acara lain yang turut berlangsung pada Hari Belia Negara 2010, kita dapat lihat golongan belia telah menakluki Putrajaya sepanjang hujung minggu lalu.
.
“Untuk sambutan tahun depan, saya mahu cadangkan slogan berbunyi seperti ini. ‘Sekiranya anda rasa anda tidak muda, jangan datang ke Putrajaya,” katanya sambil berseloroh.
.
Shabery turut memberitahu, projek KBS untuk membina dua gelanggang futsal bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara hampir selesai.
.
“Daripada 1,200 gelanggang futsal tersebut, sebanyak 800 gelanggang sudah pun siap. Negeri Sembilan merupakan negeri pertama yang hampir siap sepenuhnya iaitu 72 gelanggang mereka sudah siap.
.
“Kesannya, kegiatan mat rempit di negeri tersebut telah turun mendadak kerana mereka kini lebih berminat menonton orang bermain futsal di gelanggang-gelanggang tersebut yang disediakan kemudahan lampu,” katanya.
Sejarah sukan Futsal
Futsal Skills -Robinho X Falcao - Watch the best video clips here
Asal-usul permainan futsal
Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA. Di Brazil, versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan.
Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuan rumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay.
Semakin ramai negara yang menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985. Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol, maka FIFUSA telah mencipta nama fut-sal pada tahun 1985.
Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai.
Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindak balas pantas, hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal.
Tuesday, May 18, 2010
Turn hobbies into cash flow
Apakah peluang-peluang yang boleh anda perolehi dalam perniagaan pemasaran informasi?
.
Di internet boleh dikatakan secara majoritinya pemasar informasi menjual pelbagai genre ebook. Namun pemasaran informasi ini bukan setakat hanya memasar dan menjual ebook semata-mata.
.
Baik pada kali ini saya ingin kongsikan sedikit informasi atas apa yang telah saya lihat dalam industri pemasaran ini dan diharap ianya mampu memberi anda idea bagaimana anda boleh mengambil peluang menjana wang mahupun menambah modal anda dalam industri perniagaan informasi.
.
1) Menjual dan memasar produk informasi
Dengan menghasilkan produk informasi sendiri dalam pelbagai bentuk tidak kira ebook, buku, audio atau video dan pasarkan.
Memasar produk orang lain melalui program affiliate
Memiliki produk MRR, PLR, RR dan pasarkannya.
.
2) Penulisan
.
Bidang penulisan merupakan bidang yang sangat besar digunakan dan memainkan peranan penting dalam perniagaan informasi. Sekurang-kurangnya anda boleh mengambil upah untuk :
.
Menulis dan melakukan 'review' serta suntingan bagi surat jualan laman web jualan, email 'follow up serta iklan-iklan pendek.
Menulis dan melakukan 'review' serta suntingan bagi ebook, artikel serta blog orang lain.
.
3) Grafik
.
Grafik juga tidak ketinggalan memainkan peranan penting dalam industri perniagaan informasi. Ada di antara dari pereka-pereka grafik menjana ribuan grafik dengan mengambil upah untuk menghasilkan grafik bagi :
.
Laman web jualan, banner, button serta e-cover
.
4) Penerbitan
.
Menjana wang dengan menerbit produk-produk informasi orang lain. Ini mungkin memerlukan modal namun menjadi penerbit mampu menjana wang lumayan buat anda. Satu perbincangan serta perjanjian harus ada antara anda dan pelanggan bagi menentukan pembahagian keuntungan kelak.
.
5) Juruperunding
.
Bagi penulis-penulis berpotensi namun tidak tahu bagaimana proses atau perjalanan perniagaan informasi ini boleh berjumpa dengan mereka-mereka yang mahir bagi mendapatkan nasihat dan panduan. Bagi anda yang mahir boleh menjadikan diri anda sebagai seorang juruperunding dan berbincang dengan pelanggan anda bahagian yang perlu anda terima atas setiap panduan serta nasihat yang anda berikan kepadanya.
.
6) Kejurulatihan
.
Kini bidang kejurulatihan merupakan bidang yang sangat lumayan untuk menjana wang. Bagi mereka yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan namun tidak tahu caranya mampu mengambil jalan pintas dengan mengupah seorang jurulatih untuk mengajar, memandu dan memastikan ia berjaya melakukan perniagaan informasi ini.
.
Namun untuk menjadi seorang jurulatih anda terpaksa menjadi seorang yang berjaya dahulu jika tidak masakan orang pain kan mengambil anda untuk menjadi jurulatihnya.
.
7) Penceramah
.
Kini bengkel dan seminar mula mendapat tempat bagi bakal-bakal usahawan mendapatkan ilmu untuk menjalankan perniagaan informasi mereka. Inilah caranya bagaimana peserta bengkel atau seminar mendapat terus ilmu dari mereka yang pakar.
.
Sebagai penceramah anda bukan sahaja boleh menjalankan seminar atau bengkel anda sendiri malah anda boleh juga menjadi penceramah jemputan bagi 'event' yang dijalankan oleh pihak lain. Adakalanya seorang penceramah mampu memperolehi ribuan ringgit bagi satu ceramah yang dilakukan.
.
8) Penganjur 'Event'
.
Anda mungkin bukan seorang yang pakar dalam perniagaan informasi bagi menjadi seorang juruperunding, jurulatih mahupun penceramah namun anda mampu menganjurkan bengkel atau seminar anda sendiri dengan menjemput penceramah-pemceramah yang berkredibiliti bagi memberikan ceramah.
.
Mungkin keuntungannya tidaklah sebanyak jika anda sendiri melakukan ceramah atau tunjuk ajar dalam 'event' anda sendiri namun jika anda bijak dan pandai berunding dengan penceramah-pemceramah jemputan terebut anda mungkin mampu memperolehi keuntungan yang tinggi. Apa yang perlu anda tahu dan lakukan adalah pemasaran dan pengurusan bagi 'event'.
.
9) Menyediakan pusat latihan
.
Ini juga merupakan antara satu perkhidmatan yang mampu mengaut keuntungan. Ya tidak dinafikan untuk menyediakan tempat latihan memerlukan modal besar puluhan ribu ringgit namun bagi pemilik-pemilik pusat latihan jika pandai melakukan usaha pemasaran mampu memperolehi tempahan yang tinggi.
.
10) Pembekal 'Merchandise'
.
Bagi mereka yang menjalankan perniagaan dimana membekalkan barangan-barangan cenderahati seperti pakaian, sticker, alat tulis payung dan sebagainya boleh juga mengambil peluang. Jika pada anda yang pernah menghadiri perjumpaan Wangcyber tentu memiliki T-Shirt Wangcyber secara percuma. Dengan cara ini pemilik 'Event' mampu memberikan sesuatu yang istimewa buat pelanggannya serta melakukan promisi iklan secara bergerak melalui T-shirt yang dipakai oleh para peserta.
.
Jika anda boleh menawarkan harga yang menarik sudah tentu pemilik sesuatu kumpulan mahupun 'event' menggunakan perkhidmatan anda.
.
Baiklah ini hanyalah 10 contoh yang boleh saya fikirkan dan mungkin terdapat peluang-peluang lain yang boleh anda fikirkan.
.
Anda boleh pilih yang mana sesuai dengan diri, kepandaian serta kemampuan anda.
Thursday, May 13, 2010
Pandangan Jutawan
2) Ketika kebanyakkan orang melihat sesuatu masalah itu memeningkan kepala, mereka melihat situasi ini sebagai satu peluang untuk mengaut keuntungan.
3) Ketika orang lain melihat kegagalan itu sebagai satu musibah, mereka melihat situasi ini sebagai satu pengalaman dan pengajaran berguna dan berpotensi menghasilkan peluang dan kekayaan yang lebih besar.
4) Tanpa pandangan jutawan, kita tidak mempunyai fokus, tenaga dan kekuatan bagi melaksanakan idea dan strategi yang kita ada.
5) Pandangan dan penerimaan yang berlainan ini mengakibatkan tindakan dan keputusan yang berbeza.
Pandangan -> Pemikiran -> Tindakan -> Keputusan
6) Orang yang mempunyai pandangan jutawan tidak menggunakan wang sendiri untuk menyelesaikan masalahnya tetapi menggunakan pandangan jutawan dan berfikir cara-cara mengubah masalah menjadi peluang.
Wednesday, May 12, 2010
Konsep pemilikan dalam Islam
ISLAM tidak pernah menyekat dan menghalang manusia dari memenuhi tuntutan naluri dan fitrah mereka. Malah Islam mendidik cara yang betul bagaimana tuntutan naluri tersebut boleh dipenuhi.
Dalam Islam, pemilikan mutlak adalah hak Allah SWT. Manusia hanya 'meminjam' daripada Allah untuk membantunya mengabdikan diri kepadaNya.
Dalam hal pemilikan, selain berkaitan dengan persoalan keagamaan ada dua pihak diiktiraf oleh syarak yang boleh menerima pemilikan.
Pertama, Syakhsiyah tobi'iyyah ataupun manusia itu sendiri. Seseorang individu itu boleh memiliki harta kerana mereka diciptakan oleh Allah mempunyai keupayaan untuk memiliki dan mengawal harta berkenaan.
Di samping itu, ia juga mempunyai kebolehan memindahkan harta di bawah pemilikannya kepada pihak lain.
Pihak yang kedua pula adalah Syakhsiyah i'tibariyyah seperti syarikat dan institusi. Fiqh Islam telah mengiktiraf institusi-institusi seperti yayasan, pertubuhan, syarikat, masjid sebagai mempunyai keperibadian yang menyerupai manusia dari sudut keahlian untuk memiliki, sabitan hak dan melaksanakan kewajipan.
Maka dibolehkan institusi-institusi berkenaan memiliki harta dan kawalan terhadap harta tersebut diwakili oleh individu tertentu.
Baitul Mal boleh mewarisi harta bagi orang yang tidak mempunyai waris, kadi tidak perlu membayar diat jika berlaku kesilapan dalam keputusannya terhadap kes-kes yang berkaitan dengan hak-hak Allah SWT kerana beliau mewakili ummah dan sebagainya.
Namun untuk mengawal berlakunya penyelewengan dalam konteks ini, perlu ada kumpulan individu yang amanah dan berilmu menguruskan institusi berkenaan. Terutama dalam membuat keputusan membabitkan pihak pengurusan, pihak lembaga pengarah, pemegang amanah dan sebagainya.
Maka institusi juga boleh memindahkan hak milik dan mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
Konsep ini secara umumnya diterima oleh semua fuqaha. Untuk lebih memahami konsep ini, sebagai contoh dalam sistem takaful, tabung atau dana tabarruk boleh dianggap sebagai Syakhsiyah I'tibariyyah.
Tabung berkenaan bertujuan mengumpul sumbangan derma daripada setiap peserta takaful bagi membantu peserta yang ditimpa musibah.
Pengendali takaful pula bertindak sebagai pemegang amanah menguruskan tabung berkenaan.
Dari sudut konsepnya, tabung berkenaan mempunyai hak sebagai Syakhsiyah i'tibariyyah kerana ia berhak memiliki dan menunaikan kewajipan mengikut syarat-syarat dan terma yang telah dipersetujui.
Milik atau pemilikan adalah hubungan manusia dengan harta yang diakui oleh syarak. Di mana harta itu dikhususkan kepada seseorang manusia dan membenarkannya untuk mentadbir harta tersebut mengikut kehendaknya selagi tidak bercanggah dengan syarak.
Dari segi bahasa, 'milik' adalah pemilikan harta oleh manusia dan penguasaannya ke atas harta itu. Bererti, dia sahaja yang mempunyai kuasa dalam mentadbirnya. Ahli-ahli fiqh secara umumnya memberi definisi berbeza tentang harta.
Namun, semuanya mempunyai kandungan maksud yang sama dan tidak mempunyai perbezaan yang ketara (al-Zuhayliyy 2002 :4 /57).
Islam bukan sahaja mengiktiraf hak setiap pemilik harta menikmati faedah daripada harta kepunyaannya. Malah mengiktiraf hak pemilik itu menguruskannya semasa hidup dan sesudah meninggal dunia.
Mengikut perspektif Islam, individu atau institusi hanya layak memiliki harta dengan cara dan kaedah yang diharuskan oleh syariah sahaja. Ia seperti dengan cara belian, sedekah, hadiah, warisan dan sebagainya.
Contohnya, seorang pelanggan yang membayar duit membeli sesuatu barangan, berhak mendapat barangan tersebut setelah membayarnya. Maka barang yang diperolehi itu menjadi miliknya, walaupun pada peringkat awal berada di bawah milikan si penjual.
Individu tersebut juga berhak dan layak memiliki sesuatu dengan cara usaha (kasb), tanpa melibatkan modal dan pembelian. Contohnya, ejen takaful yang berusaha mendapat pelanggan berhak mendapat komisen sebagai upah di atas kerja yang dilakukan.
Atas usahanya mempromosikan produk, menyampaikan mesej syarikat dan memberi khidmat kepada peserta, maka dia layak mendapat komisen.
Dalam kontrak mudharabah, seorang pekerja (mudharib) layak mendapat sebahagian keuntungan perniagaan yang dilakukan walaupun dia tidak mengeluarkan modal.
Sebaliknya, Islam tidak mengiktiraf pemilikan harta oleh individu dengan menggunakan harta yang haram walaupun ia sudah berada dalam tangannya atau di bawah jagaannya.
Islam juga tidak mengiktiraf pemilikan yang terhasil daripada cara haram seperti melalui perjudian, pelacuran, riba, rasuah dan sebagainya.
Malahan, jika harta itu didermakan atau disedekahkan, ia tidak akan diterima sebagai amal kebajikan di sisi Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik. (riwayat Muslim, 3/85 ).
Maka apabila seseorang itu memiliki harta yang haram, haram baginya mengambil manfaat daripada harta tersebut. Dia hendaklah melupuskan harta haram berkenaan sebagaimana yang digagaskan oleh syariah.
Namun, Allah SWT maha pengampun lagi maha penyayang. Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba-Nya untuk bertaubat.
Pemilik harta haram yang ingin bertaubat perlu melupuskan harta berkenaan sebagai salah satu syarat untuk bertaubat.
Cara terbaik adalah memulangkan harta itu kepada tuannya. Jika tuannya sudah meninggal dunia, maka perlulah diserahkan kepada warisnya.
Jika tidak diketahui atau gagal menemuinya, maka bolehlah diserahkan kepada fakir miskin. Namun, derma dan sumbangannya kepada fakir miskin itu tidak mendatangkan sebarang pahala daripada Allah SWT. Sebaliknya, ia hanya satu kaedah yang wajib dilakukan untuk bertaubat.
Sabda Rasulullah SAW: "Barang siapa yang mengumpulkan harta yang haram kemudian mendermakannya, tiadalah baginya sebarang pahala (kerana harta itu bukan hartanya) dan penanggungan dosanya kekal (sehingga bertaubat)". (riwayat al-Hakim)
Tuesday, May 11, 2010
Agrobiodiversiti seimbang alam sekitar
SEMUA menyedari negara merupakan salah satu daripada 12 buah negara yang kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.
Kepelbagaian biologi pertanian atau agrobiodiversiti telah lama membekalkan manusia dengan makanan, bahan binaan dan tenaga.
Bagi memulihara agrobiodiversiti, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengumpulkan sumber genetik secara in situ dan ex situ.
Manakala pencirian, penilaian, eksploitasi dan penggunaan sumber genetik secara mapan giat dijalankan.
Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Sumber Strategik, MARDI, Dr. Salma Idris berkata, pengumpulan dan pemuliharaan agrobiodiversiti amat penting kerana ia memainkan peranan dalam ekonomi, teknologi dan sosial.
Misalnya agrobiodiversiti buah-buahan liar seperti kuini dan tampoi belum dimanfaatkan sepenuhnya.
"Biasanya kuini dikaitkan dengan rasa masam dan sabut tetapi pencirian sumber genetik dijalankan bagi mendapatkan varieti terbaik," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.
Pemuliharaan agrobiodiversiti amat penting dimanfaatkan secara lestari kerana sumber genetik negara sedang menghadapi masalah serius kerana
1. pembangunan pesat seperti pembalakan, pembukaan tanah pertanian dan pembinaan empangan
2. hakisan genetik tidak terkawal menyebabkan kehilangan spesies
3. penanaman varieti baru
"Eksploitasi sumber genetik mensasarkan spesies yang mempunyai nilai pemakanan tinggi.
"Manakala ekstrak terus sumber genetik boleh menghasilkan bahan kimia bagi pelbagai industri," katanya.
Pemilihan spesies sesuai boleh digunakan untuk seni taman, agropelancongan dan ekopelancongan.
Justeru MARDI telah membangunkan Gen Bank Biji Benih dan Bank Gen Ladang.
Bank Gen Biji Benih menyimpan biji benih padi dan sayuran di Stesen Seberang Perai yang beroperasi sejak 1980an.
Bank Gen Ladang pula mengumpulkan janaplasma buah-buahan komprehensif seperti durian, mangga, rambutan, cempedak serta buah-buahan eksotik.
Selain tanaman komprehensif dan eksotik terdapat 150 spesies buah-buahan nadir dan liar dipelihara bagi tujuan pembiakbakaan.
Dr. Salma berkata, usaha pengumpulan komprehensif dijalankan oleh MARDI dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak bagi mengumpul sayuran tradisional dan varieti tempatan.
"Spesimen hidup dipelihara di Bank Gen Ladang di Serdang, Jerangau dan Seberang Perai manakala biji benih disimpan di Bank Gen Biji Benih di Seberang Perai dan simpanan jangka panjang di Serdang, Selangor.
Selain tanaman, agrobiodiversiti juga melibatkan fauna seperti makhluk perosak, musuh semulajadi serta cara menanganinya.
Dalam alam semulajadi, keseimbangan ekologi membolehkan mangsa serta pemangsa tinggal dalam keadaan harmoni.
Berbalik kepada keseimbangan ekologi, saintis menggunakan pendekatan kawalan biologi bagi mengawal populasi perosak.
Pegawai Penyelidik pusat yang sama, Dr. Mohamed Rani Mat Yusoh berkata, kawalan biologi merupakan kaedah mengawal makhluk perosak menggunakan musuh semulajadi.
"Agen biologi biasanya terdiri daripada parasitoid, pemangsa dan patogen, merupakan salah satu kaedah kawalan tertua dan paling berjaya mengurangkan populasi serangga perosak," katanya.
Pemuliharaan agen kawalan biologi merupakan tunggak utama dalam pengurusan perosak bersepadu (IPM) sejak 1950an.
Dr. Rani menambah tumbuhan ubatan seperti Tongkat Ali atau Eurycoma longifolia Jack merupakan tumbuhan ubatan yang digunakan secara meluas sebagai ubat tradisional.
"Permintaan tinggi menyebabkannya ditanam dalam skala besar bagi memastikan hasil berterusan," katanya.
Bagaimanapun penanaman monokultur menyebabkan masalah perosak seperti rama-rama harimau menyerang hampir 90 peratus ladang.
Kawalan kimia memberikan penyelesaian bersifat sementara manakala biopestisid mikrob lebih berkesan tetapi penggunaannya terhad.
Kini terdapat empat spesies serangga dan satu spesies agas dikenalpasti sebagai musuh semulajadi rama-rama harimau.
Sementara itu Pegawai Penyelidik di pusat yang sama, Siti Noor Aishikin Abdul Hamid berkata, selain musuh semulajadi pihaknya membangunkan biopestisid bagi mengawal serangga perosak.
Biopestisid merupakan pestisid yang menggunakan bahan semulajadi sebagai bahan utama.
"Terdapat enam jenis biopestisid iaitu berasaskan mikrobial, agriantibiotik, botanikal, biokimia musuh semulajadi dan tumbuhan yang dimasukkan gen pelindung atau organisma yang diubahsuai secara genetik," katanya.
Biopestisid lebih baik berbanding racun kimia kerana kurang toksik dan lebih selamat kerana bertindak ke atas perosak spesifik dan tidak membunuh organisma bermanfaat.
Bahan berkenaan juga bertindak dengan efektif walaupun dengan amaun sedikit, mudah terurai dan mengurangkan risiko pencemaran.
Dalam penyelidikan biopestisid, perkongsian dan pertukaran maklumat serta teknologi terkini amat penting.
Semua ini bakal dikumpulkan dan dibentangkan oleh penyelidik secara efektif semasa Persidangan Kebangsaan Kedua Pemuliharaan Agro-Biodiversiti dan Penggunaan Mampan yang diadakan di Tawau Sabah bermula 11 hingga 13 Mei ini.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.mardi.gov.my atau mendail 03-89437827/7572.
Monday, May 10, 2010
Minyak kastor antara yang termahal di dunia
Sunday, May 09, 2010
Masalah umum dalam bisnes
.
Ada perniagaan yang mengalami masalah teknikal dan ada pula yang menghadapi masalah pengurusan, kakitangan atau pemasaran. Apabila masalah-masalah ini gagal diatasi, kemungkinan besar perniagaan terpaksa dihentikan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Thursday, May 06, 2010
Lebih ramai gemar bekerja sendiri - Kajian
Hasil itu adalah sebahagian daripada Indeks Tenaga Kerja Global Kelly, yang mendapatkan pandangan kira-kira 134,000 kakitangan, termasuk 2,000 di Malaysia.
Tinjau selidik itu juga mendapati hampir separuh daripada responden mahu memulakan perniagaan mereka sendiri, dengan golongan Gen Y yang berusia 18 hingga 29 tahun lebih berminat memulakan perusahaan komersial.
Pengarah Urusan Kelly Services Malaysia, Melissa Norman menjelaskan, ramai di antara mereka yang kehilangan kerja akibat krisis ekonomi global kini bertukar menjadi kontraktor dan pekerja bebas serta perunding.
Hari ini, lebih ramai orang ingin menentukan jalan kerjaya mereka sendiri dan menganggap bekerja sendiri sebagai cara untuk mencapai kejayaan peribadi dan profesional.
Hasil tinjau selidik di Malaysia mendedahkan sebanyak 17 peratus daripada responden kini bekerja sendiri.
Minat terhadap pekerjaan sendiri adalah seiring dengan trend ke arah penggunaan sumber luar bagi menjalankan fungsi bukan teras yang menyaksikan banyak organisasi mengurangkan tenaga kerja tetap, mewujudkan peluang baru bagi kontraktor bebas.
''Apabila dilihat dari segi perspektif generasi, terdapat kecenderungan bagi pekerja muda untuk menunjukkan lebih minat berbanding pekerja yang lebih tua untuk melaksanakan kerja yang fleksibel dan bersifat keusahawanan,'' menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Industri yang melibatkan kumpulan pekerja sendiri paling besar ialah pendidikan, pelancongan dan riadah, perkhidmatan perniagaan dan kejuruteraan.
Kelly Service berkata, hasil tinjau selidik turut menunjukkan semakin ramai orang terlibat atau merancang untuk menceburi satu bentuk aktiviti keusahawanan.
Walaupun menghadapi ketidakpastian, idea untuk keluar daripada kepompong pekerjaan makan gaji biasa menjadi daya tarikan bagi mereka yang mahukan kebebasan apabila bekerja sendiri, tambah Norman.
Monday, May 03, 2010
UMS hasilkan kerapu hibrid
.
Lebih menarik ia telah dikenal pasti menjadi sektor pengeluaran makanan yang paling pesat berkembang dengan kadar pertumbuhan 10 peratus setahun.
.
Peningkatan dalam permintaan makanan laut serta hasil tangkapan perikanan yang semakin berkurangan telah mendorong penerokaan bidang ini.
.
Justeru, banyak pihak tampil menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan pengeluaran ikan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Antara agensi yang terlibat dalam penyelidikan berkaitan akuakultur ialah Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS).
.
Aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan akuakultur di institut tersebut bermula sejak tahun 1995, yang ketika itu hanya dikenali sebagai Unit Penyelidikan Marin Borneo sejurus selepas penubuhan UMS.
Pada bulan Jun 2000, unit tersebut dinaik taraf menjadi sebuah pusat kecemerlangan dan dikenali sebagai IPMB.
.
Akuakultur merupakan bidang keutamaan IPMB. Ia didorong oleh permintaan makanan laut yang meningkat dan kepentingannya kepada ekonomi negara seperti yang terkandung dalam Dasar Pertanian Negara.
.
Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) institut terbabit, Dr. Sitti Raehanah Muhamad Shaleh, antara sumbangan terpenting IPMB kepada industri akuakultur negara ialah penyelidikan dan penghasilan ikan kerapu hibrid.
.
''Ikan kerapu menjadi keutamaan kerana kepentingan ekonomi dan terdapat jurang antara bekalan dan permintaan,''katanya.
.
Kata beliau, pengurusan induk adalah aspek yang paling penting dalam kajian penghibridan ikan kerapu.
Induk daripada dua spesies iaitu kerapu harimau dan kerapu gergasi dipelihara sehingga matang.
Bagaimanapun, pembiakan aruhan melalui penggunaan hormon HCG atau human chorionic gonadotropin juga dijalankan untuk mematangkan telur.
Hormon pada dos 500 IU/kg diberikan kepada induk betina melalui suntikan interperitoneal pada dasar sirip pektoral ikan.
.
Telur ikan kerapu harimau yang telah matang kemudian dikutip melalui kaedah pelurutan perut ikan.
Telur yang terkumpul di dalam mangkuk plastik kemudian disenyawakan dengan sperma daripada kerapu gergasi yang telah dikumpul lebih awal menggunakan alat pengumpul sperma yang khas.
Perkembangan telur yang tersenyawa akan dipantau sehinggalah menetas.
Larva ikan yang baru menetas akan dipelihara dengan teliti dengan memberikan makanan hidup seperti rotifer bermula dari hari ke-2 selepas menetas sehingga hari ke-20.
.
Artemia kemudian diberikan sehingga usia 45 hari selepas menetas dan diikuti dengan pemberian makanan rumusan (aqua feed) apabila telah mencapai peringkat juvenil.
Pemberian makanan rumusan seawal mungkin adalah penting untuk melatih anak-anak ikan untuk menerima makanan rumusan berbanding ikan baja khususnya apabila kelak dilepaskan ke dalam kolam-kolam atau sangkar-sangkar ternakan.
Hasil kacukan merupakan sasaran penyelidikan intensif untuk sebarang tanda-tanda heterosis (atau vigor hasil kacukan) iaitu keupayaan hasil kacukan untuk mengatasi sifat-sifat tertentu induk ikan.
Parameter yang menjadi tumpuan istimewa adalah tumbesaran, fleksibiliti pengadaptasian, kemandirian dan kematangan awal yang boleh membawa kelebihan dalam bidang akuakultur.
Bagaimanapun, disebabkan oleh mekanisme-mekanisme genetik yang kompleks dan interaksi rumit antara alam persekitaran dan gen-gen, satu kajian lanjutan diperlukan untuk menjawab persoalan mengenai kelebihan praktikal pengacukan ikan kerapu.
Kajian mengenai ciri-ciri morfologi menunjukkan bahawa hasil kacukan ini mempunyai sifat keturunan yang paling rapat dalam generasi pertama.
Namun, hasil kacukan tidak menunjukkan keseragaman antara satu sama lain.
Penanda molekular dihasilkan untuk penggunaan dalam kajian kepelbagaian populasi mengenai genotip induk ikan dan hasil kacukannya.
Hasil kacukan akan ditapis berdasarkan ujian-ujian kecergasan dan pembentukkan hubungan di antara ciri-ciri yang dikehendaki yang diwakili oleh fenotip dan penanda molekular yang mewakili genotip.
Pendekatan kajian yang dijalankan termasuklah pemencilan turutan DNA yang unik tanpa mengorbankan spesimen.
DNA diekstrak dari cebisan sirip, diperbanyakkan dengan menggunakan primer PCR multipleks diikuti dengan pengklonan dan PCR turutan amplikon.
Penanda turutan telah disimpan ke dalam GenBank.
.
sumber : Utusan Malaysia Online