HITACHI Ltd adalah sebuah syarikat multinasional yang mengkhusus dalam sektor teknologi tinggi dan perkhidmatan milik Jepun.
Syarikat beribu pejabat di Marunouchi Itchome, Chiyoda, Tokyo Jepun itu adalah syarikat induk kepada Hitachi Group iaitu bahagian terbesar dalam Kumpulan DKB.
Pada tahun 2009, Hitachi mencatat pendapatan ketiga terbesar sebagai sebuah syarikat teknologi. Pada tahun 2007, Hitachi berada pada kedudukan 371 dalam senarai Forbes Global 2000.
Hitachi pada bahasa Jepun bermaksud matahari terbit.
Hitachi bermula sejak 100 tahun dahulu iaitu pada tahun 1910 dan pada asalnya dikenali sebagai kedai membaiki peralatan elektrik. Namun, kini ia berjaya mengorak langkah lebih maju sehingga kini dan menjadi salah satu perintis dalam sektor pengeluaran barangan elektrik yang sering menampilkan teknologi terbaru.
Sejarah penubuhan bermula dimulakan oleh seorang usahawan dan juga dermawan, Namihei Odaira (gambar). Odaira dilahirkan pada 1874 dalam Wilayah Tochigi iaitu kira-kira 100 kilometer dari bandar Tokyo.
Pada tahun 1900, Odaira berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan elektronik dari Imperial University, Tokyo.
Selepas tamat pengajian dia bekerja di sebuah syarikat perlombongan sebagai jurutera di loji kuasa. Bermula daripada situ, dia sering melawat beberapa ke beberapa syarikat tenaga elektrik.
Dalam tahun 1906, dia bekerja dengan syarikat perlombongan Kuhara dekat perlombongan timah Hitachi sebagai ketua bahagian jurutera.
Dia dan rakan-rakannya mula melakukan kerja-kerja pembuatan motor elektrik dengan lima kuasa kuda yang kemudiannya dinamakan sebagai Hitachi pada tahun 1910.
Odaira meninggal dunia pada 5 Oktober 1951 ketika berusia 77 tahun.
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Namihei_Odaira
No comments:
Post a Comment