Showing posts with label Di Sebalik Jenama. Show all posts
Showing posts with label Di Sebalik Jenama. Show all posts

Saturday, February 05, 2011

Lux, sabun kejelitaan bintang filem India

SABUN Lux pertama kali dilancarkan di India pada 1909 dalam versi serbuk sabun Sunlight.

Kemudian, ia dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1916 dan dipasarkan sebagai sabun pencuci pakaian.

Syarikat Lever Brothers cuba menggalakkan wanita agar membasuh pakaian jenis satin dan sutera mereka sendiri tanpa perlu bimbang material pakaian itu akan rosak atau meninggalkan kesan kekuningan seperti kebanyakan sabun pencuci baju yang ada ketika itu.

Kemudian sabun mandian pula diperkenalkan pada 1925 di AS dan di United Kingdom pada 1928 sebagai produk tambahan kepada sabun pencuci yang dia ada sebelum ini.

Jenama Lux begitu popular di India dan ia mendapat jolokan sebagai 'sabun kejelitaan bintang filem'.

Kini, jenama itu masih giat diiklankan di India menerusi bintang terkenal Bollywood seperti Hema Malini, Sridevi, Madhuri Diixit, Juhi Chawla dan ramai lagi.

Nama-nama besar bintang ini dilantik sebagai duta produk untuk jenama Lux.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Lux_(soap)

Thursday, January 20, 2011

Pernah jadi pengedar rasmi uniform Nazi


HUGO Boss AG (Hugo Boss) adalah satu jenama fesyen terkenal yang berpangkalan di Metzingen, Jerman.

Hugo Boss adalah jenama fesyen terkenal yang mengeluarkan pelbagai rekaan dengan cita rasa tinggi untuk lelaki dan wanita.

Hugo Boss dinamakan sempena nama pengasasnya, Hugo Ferdinand Boss.

Hugo Boss mula membangunkan perniagaan pakaian sekitar tahun 1924 di Metzingen.

Metzingen adalah sebuah bandar kecil yang terletak di selatan Stuttgart, Jerman. Perniagaan yang dilakukan ketika itu menunjukkan prestasi yang menggalakkan.

Bagaimanapun, ketika Jerman berhadapan dengan krisis ekonomi, Boss terpaksa berhadapan dengan muflis sekitar 1930.

Tanpa mengambil kira soal muflis itu sebagai titik akhir, Boss terus bangun dan meneruskan perniagaannya. Kali ini, dia mendirikan perniagaan baru dan pada 1931, syarikatnya menjadi rakan kongsi kepada parti Nazi seterusnya mendapat sokongan daripada Adolf Hitler pada 1933.

Perniagaan Boss terus berkembang dan berjaya mendapatkan hak sebagai pengedar pakaian seragam rasmi kepada pihak SA SS, iaitu satu badan tentera muda yang dibangunkan pihak Nazi.

Bermula daripada situ, perniagaan terus berkembang maju walaupun terpaksa berhadapan beberapa rintangan sebelum meraih kejayaan.

Sehiungga kini, Hugo Boss telah memiliki sekurang-kurangnya 6,100 pusat jualan di 110 buah negara dan memiliki kira-kira 330 perniagaan runcit di lebih 1,000 kedai yang dikendalikan secara francaisi.

sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Hugo_Boss

Sunday, January 09, 2011

Bonia jenama popular barangan kulit


KUMPULAN Bonia adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai rangkaian fesyen berjenama seperti tas tangan dan kasut. Di Malaysia, Bonia adalah salah satu daripada syarikat pengeluaran barangan fesyen yang mempunyai lebih daripada 700 cawangan jualan dan 70 butik di seluruh Asia.

Bonia terkenal sebagai salah satu pengeluar barangan kulit dant urut terlibat dalam aktiviti pemasaran.

Bonia ditubuhkan pada tahun 1974 oleh SS Chiang iaitu seorang pengerusi eksekutif kumpulan yang bertanggungjawab memulakan perniagaan melibatkan proses rekaan, pengeluaran dan pengedaran barangan berasaskan kulit di Singapura.

Menjelang tahun 1990, syarikat mula mengembangkan perniagaan dengan menerokai pasaran Indonesia, Hong Kong, Brunei dan Taiwan.

Bonia aktif dalam menyertai pameran perdagangan kulit antarabangsa di Itali, Jerman, Timur Tengah, Hong Kong dan Singapura.

Pada tahun 1994, Bonia berjaya disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia.

Pada tahun 2009, Bonia berjaya mengembangkan jenama ke Syria.

sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Bonia_(fashion)

Thursday, January 06, 2011

JVC jenama besar industri elektronik


VICTOR Company of Japan limited atau lebih dikenali sebagai JVC, merupakan sebuah perbadanan elektronik pengguna dan profesional antarabangsa yang berpusat di Yokohama, Jepun.

Syarikat ini paling dikenali kerana memperkenalkan televisyen Jepun yang pertama dan membangunkan perakam video VHS.

JVC diasaskan pada 1927 dengan nama The Victor Talking Machine Company of Japan, Limited sebagai anak syarikat kepada Victor Talking Company, sebuah syarikat pengeluar peti nyanyi dan piring hitam yang terutama di Amerika Syarikat. Pada 1929, sebahagian besar pemilikannya dipindahkan kepada RCA-Victor.

JVC mengeluarkan peti nyanyi dan piring hitam sepanjang dekad 1930-an tetapi pada 1932, ia turut mula mengeluarkan radio dan kemudiannya, televisyen yang pertama di Jepun pada 1939.

Thursday, December 30, 2010

Nikon terus unggul selepas 94 tahun

NIKON ialah singkatan bagi Nikon Corporation atau Nikon Corp. Nikon merupakan syarikat Jepun yang mengkhususkan pengeluaran kamera, binokular, mikroskop, alat pengukuran, alatan semikonduktor dan fotolitografi. Ia diasaskan pada 1917 dengan nama Nippon Kogaku kogyo (Industri Optikal Jepun).

Kemudian nama itu ditukar kepada Nikon Corp pada 1988. Nikon merupakan sebahagian dari syarikat konglomerat Mitsubishi Group.

Nama Nikon muncul sejak 1946 iaitu gabungan Nippon kogaku dengan Zeiss Ikon. Lensa kamera Nikkor dikeluarkan untuk kamera SLR (Single Lens Reflect). Nikonos pula ialah kamera yang digunakan dalam air.

Siri kamera Nikon F ialah kamera profesional menggunakan filem 135 SLR. Nikon telah berjaya meningkatkan mutu kamera dalam fotografi digital untuk pengguna dan pengguna profesional. Jenama terkini ialah Nikon D200, D80, D70, D50, D40 dan terkini ialah D300.

Syarkat Nikon bersaing dengan jenama lain seperti Canon, Kodak, Sony, Pentax, Fujifilm dan Olympus.
Nikon adalah pengeluar terbesar di dunia dan mengusai 44 peratus pasaran.

Nikon Corporation diasaskan pada 1917 di Jepun iaitu selepas Perang Dunia 1. Selepas 60 tahun beroperasi, Nikon mempunyai 19 kilang dan 23000 pekerja dengan mengekluarkan kamera, optik, teropong, mikroskop dan lain-lain. Mulanya dikeluarkan untuk kegunaan tentera Jepun.

Pada 1948, kamera jenama Nikon mula dikeluarkan dan dipopularkan oleh foto jurnalis Amerika bernama Douglas David Duncan semasa Perang Korea. Kamera Nikon mulanya menggunakan lensa Leica. Nikon juga terkenal dalam pengeluaran peraltan fotolitograf.

Pada Januari 2006, Nikon mengumumkan pemberhentian pengeluaran filem kamera kerana teknlogi kamera digital terkini tidak lagi menggunakan filem.

Jenama Nikon berjaya mengudsai pasaran pengguna di India, Arab Saudi, Turki, Iran, Bahrain, Israel, Oman, Qatar dan UAE.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Nikon

Wednesday, December 22, 2010

Ferrari nama besar dunia perlumbaan F1


SCUDERIA Ferrari (Ferrari) adalah nama umum untuk Gestione Sportiva, bahagian syarikat kereta Ferrari yang terbabit dengan perlumbaan.

Walaupun, Scuderia dan Ferrari Corse Clienti masih menguruskan aktiviti berlumba pelanggan Ferrari dan pasukan persendirian, bahagian perlumbaan Ferrari menumpukan sepenuh perhatian dan peruntukannya untuk pasukan Formula Satunya (F1) Scuderia Ferrari.

Scuderia adalah perkataan Itali untuk "Kandang", dan Ferrari adalah nama pengasasnya.

Kuda berjingkat adalah simbol di pesawat pejuang juruterbang handalan Itali semasa Perang Dunia 1, Francesco Baracca, dan menjadi logo Ferrari apabila diminta ibu bapa Baracca adalah kawan baik Enzo Ferrari, untuk menyambung tradisi kesukanan dan keberanian beliau.

Scuderia Ferrari diasaskan 1929, dan berlumba untuk Alfa romeo sehingga 1939. Ferrari pertama kali bertanding dalam F1 pada 1948 (dengan kereta Tipo 125 F1), menjadikannya pasukan tertua dan mungkin pasukan paling berjaya yang masih kekal dalam kejuaraan ini. Penyokong kuat pasukan ini yang ramai di Itali digelar tifosi, walaupun terdapat juga ramai penyokong pasukan ini di negara lain.

Scuderia Ferrari ditubuhkan Enzo Ferrari pada 1929 sebagai penaja pemandu amatur dalam pelbagai perlumbaan, walaupun Ferrari dirinya berlumba di CMN (Costruzioni Maccaniche Nazionali) dan kereta Alfa Romeo sebelum tarikh itu. Idea tersebut datang pada malam November 16 dalam sebuah majlis di Bologna, di mana Ferrari mendapatkan bantuan kewangan daripada waris-waris tekstil Augusto dan Alfredo Caniato dan pelumba amatur kaya Mario Tadini.

Beliau menghimpunkan sebuah pasukan pada puncaknya melibatkan empat puluh pemandu, kebanyakannya berlumba dalam pelbagai kereta-kereta Alfa Romeo 8C; Ferrari sendiri meneruskan perlumbaan, dengan kejayaan sederhana, sehingga kelahiran bagi anak lelaki pertamanya Dino pada 1932.

Pada 1933 Alfa Romeo mengalami kesukaran ekonomi dan menarik balik pasukannya daripada perlumbaan. Kemudian, Scuderia Ferrari menjadi pemangku pasukan lumba Alfa Romeo, apabila kilang itu melepaskan ia pada Scuderia.

Monday, December 20, 2010

Nokia asalnya bengkel getah Finland


NOKIA Corporation (Nokia) antara syarikat pengeluar telefon bimbit terbesar dunia yang beribu pejabat di Espoo, Finland.

Syarikat turut mempunyai tapak penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, dan perwakilan jualan di banyak negara di seluruh dunia.

Nokia juga memainkan peranan amat besar dalam ekonomi Finland dan penduduknya banyak kali menempatkan syarikat ini sebagai jenama dan majikan terbaik.

Nokia pada asalnya dikenali sebagai Bengkel Getah Finland (Finnish Rubber Works). Di mana syarikat pada mulanya ditubuhkan sebagai sebuah kilang pulpa oleh Knut Fredrik Idestam, seorang Sweden-Finland, di tebing Jeram Nokia pada tahun 1865.

Firma ini kemudian menubuhkan beberapa lagi kilang di kawasan berhampiran pada permulaan abad ke-20 dan memulakan penggunaan nama Nokia sebagai jenama.

Tidak lama selepas Perang Dunia 1, Bengkel Getah Finland memperoleh kilang-kilang kayu Nokia bersama-sama dengan Bengkel Kabel Finland (Finnish Cable Works), sebuah pengeluar kabel telefon serta telegraf dan kemudioan menggabungkan ketiga-tiga syarikat ini menjadi Perbadanan Nokia pada tahun 1967.

Perbadanan Nokia yang ditubuhkan oleh penggabungan 1967 melibatkan diri dalam banyak sektor termasuk pengeluaran produk kertas. Pada 19 Jun 2006, Nokia dan Siemens AG mengumumkan penggabungan perniagaan kelengkapan rangkaian telefon mudah alih dan talin tetap untuk menjadi firma rangaian terbesar dunia.

Syarikat masing-masing mempunyai kepentingan 50 peratus dalam syarikt infrustruktur ini yang digelar Rangkaian Nokia Siemens, yang beribu pejabat di kawasan Helsinki

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Nokia

Saturday, December 18, 2010

Kolaborasi atlet, jurulatih bangunkan Nike


NIKE Inc adalah sebuah syarikat terkemuka yang mengendalikan aktiviti dagang melibatkan kasut dan pakaian sukan.

Syarikat juga turut terlibat sebagai salah sebuah syarikat utama di dunia yang membekalkan peralatan sukan termasuk kasut dan pakaian.

Ia adalah sebuah syarikat milik Amerika syarikat yang beribu pejabat berdekat Beaverton Oregon, iaitu salah sebuah kawasan metropolitan dekat Portland.

Sebagai salah sebuah syarikat terkemuka, Nike berjaya mencatat keuntungan sebanyak AS$18.6 billion bagi tahun kewangan 2008 yang berakhir pada 31 Mei.

Syarikat ditubuhkan pada Januari 1964 menggunakan nama Blue Ribbon Sports oleh Bill Mowerman dan Philip Knight sebelum menukar nama secara rasmi Nike Inc pada tahun 1978.

Nike memasarkan produknya di bawah jenamanya sendiri seperti Nike Golf, Nike Pro, Nike+, Air Jordan dan nike Skateboarding. Nike juga merupakan pemilik kepada jenama Bauer Hockey yang kini dikenali sebagai Nike Bauer.

Nike yang mulanya dikenali sebagai Blue Ribbon Sports (BRS) dibangunkan 64 tahun dahulu oleh philip Knight iaitu seorang atlit olahraga bersama jurulatihnya Bill Bowerman. Pada mulanya, syarikat beroperasi sebagai pengedar kasut sukan yang dibuat oleh seorang pembuat kasut Jepun, Onitsuka Tiger.

Keuntungan syarikat meningkat dengan pesat. Pada tahun 1966, BRS berjaya membuka stor borong pertamanya di Pico Boulevard dekat Santa Monica, California.

Pada tahun 1971, hubungan kerjasama BRS dan Onitsuka Tiger berakhir. BRS kemudian melancarkan sendiri produk kasut sukannya dengan rekaan terbaru.

Logo 'Swoosh' pertama kali digunakan oleh Nike pada jun 1971. Ia telah direka oleh Carolyn Davidson. Ia kemudiannya didaftarkan sebagai tanda dagang sebagai jenama AS sekali gus pengenalan syarikat pada 22 Januari 1974.

Kasut sukan pertama yang membawa hasil rekaan Nike pertama adalah kasut bola. Ia dijual kepada umum pada musim panas tahun 1971.

sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Nike,_Inc.






Wednesday, December 15, 2010

Padini jenama fesyen terkenal


PADINI bermula sebagai sebuah perniagaan yang mengendalikan operasi berkaitan dengan industri pakaian Malaysia, perdagangan perkilangan dan pakaian untuk membekalkan kepada peruncit dan pengedar.

Sehingga kini operasi perniagaan sudah memasuki peringkat baru dalam melebarkan sayap perniagaan.

Kini ia turut dikenali sebagai sebuah syarkat yang terbabit dalam aktiviti industri tekstil bernilai berbilion ringgit di Malaysia.

Selain itu, ia turut menjadi penggerak industri pakaian dan fesyen.

Menggunakan jenama sendiri 'Padini', syarikat melakukan pengedaran di 190 kedai berdiri bebas dan francais.

Sehubungan dengan tu, kemajuan yang dicapai syarikat juga berjaya membawa jenama dari Malaysia menembusi pasaran luar negara seperti Thailand, Brunei, Arab Saudi, Filipina, Kemboja, India, Mesir, Oman, UAE, Indonesia dan Syria.

Kejayaan syarikat boleh dikaitkan daripada kegigihan pengurusan dan dedikasi kakitangan syarikat yang terbabit dalam mengorak kejayaan berkenaan.

Jenama Padini terjkenal dalam arena fesyen. Ia mengendalikan produknya terdiri daripada pakaian dan aksesori pakaian.

Selain Padini, jenama lain yang turut berjaya menempa nama di dalam industri fesyen ialah Vincci.

Untuk jenama Vincci, ia lebih memberi tumpuan kepada produk tas tangan dan kasut untuk wanita.

sumber: http://www.padini.com/info/ourcompany.aspx

Tuesday, December 07, 2010

Citizen jenama Jepun yang akrab dengan masyarakat


CITIZEN Holdings Co Ltd adalah sebuah syarikat pengeluar peralatan perisian mesin termasuk mengeluarkan jam jenama Citizen milik Jepun yang berpengkalan di Tokyo.

Pada asalnya, syarikat ditubuhkan pada 1918 sebagai sebuah institut yang menjalankan kajian dalam biadang pembuatan jam yang dikenali sebagai Institut Penyelidikan Shokosha.

Pada 1924, institut memasarkan jam poket menggunakan jenama Citizen.

Pada 28 Mei 1930 nama institut ditukar kepada nama syarikat Citizen Holdings Co Ltd dan sehingga kini, syarikat terus kekal sebagai antara pengeluar jam tangan terbesar di dunia.

Semenjak pertukaran nama itu, syarikat meningkatkan kemahiran dalam teknologi perisian sebagai pengeluar jam tangan.

Menggunakan nama Citizen yang bermaksud 'warganegara' dalam bahasa Inggeris bertujuan memberikan produk terbaik dan akrab dengan masyarakat.

sumber : http://www.citizen.jp/english/corporate/idea.html

Thursday, December 02, 2010

Nama Pensonic pernah dipertikai

KUMPULAN Pensonic sebuah syarikat peralatan elektrik diasaskan oleh Datuk Chew Weng Khak.

Pada asalnya ia bermula sebagai sebuah kedai kecil yang menjual peralatan elektrik di Pulau Pinang, Malaysia di bawah nama Keat Radio Co pada tahun 1965.

Pada tahun 1982, Chew mengasaskan jenama Pensonic bertujuan mengeluarkan sendiri peralatan elektrik bagi pertumbuhan jangka panjang syarikatnya.

Nama Pensonic direka dengan menggabungkan Pen dan Sonic yang bermaksud Bunyi Pulau Pinang (Sound of Penang).

Sejak itu, Pensonic berkembang sebaga jenama peralatan elektrik Malaysia pertama. Ia jenama Malaysia pertama menerima Geran Promosi Jenama oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada tahun 2005 serta menerima beberapa anugerah kecemerlangan reka bentuk.

Pensonic mempunyai kemudahan penyelidikan, pemasangan dan pengeluaran di Malaysia. Selain Malaysia, produk Pensonic turut dieksport ke negara Asean dan Timur Tengah.
Penggunaan nama Pensonic pernah dipertikai Panasonic Corporation sehingga membawa kepada tindakan mahkamah. Panasonic mendakwa nama Pensonic terlalu serupa dan dianggap jenama produk tiruan.

Pertikaian tersebut turut dibawa ke mahkamah di beberapa negara. Di Singapura misalnya, Panasonic memperoleh injunksi untuk menghalang Pernsonic menggunakan jenama tersebut pada November 2008 setelah beroperasi lebih 20 tahun.

Hakim mendapati Pensonic didaftarkan di Malaysia pada 1984 dan turut didaftarkan di Jepun (negara asal Panasonic) dan banyak di negara lain di dunia tanpa sebarang tentangan daripada Panasonic.

Oleh itu, ia bermaksud kedua-dua jenama tersebut memang wujud serentak di kedua-dua negara mengikut sejarah.

sumber: http;//ms.wikipedia.org/wiki/Pensonic

Wednesday, November 24, 2010

Sunsilk satu jenama yang lebih fokus untuk wanita

SUNSILK adalah jenama terkenal bagi produk penjagaan rambut dan kulit kepala. Produk keluaran Sunsilk lebih memberi tumppuan kepada golongan wanita.

Ia adalah produk keluaran Kumpulan Unilever yang mana ia kini boleh dianggap sebagai syarikat yang mendahului bagi produk perapi rambut dan produk syampu kedua terbesar di dunia.

Pelbagai produk penjagaan rambut dan kulit kepala di bawah jenama Sunsilk kini terjual di 69 buah negara di seluruh dunia.

Selain itu, Sunsilk turut menjual beberapa produk lain di seluruh dunia dengan menggunakan nama lain termasuk Elidor, Seda dan Sedal.

Produk-produk ini adalah antara produk yang mendapat sambutan hangat di pasaran Asia, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Sementara itu, jenama ini muncul sebagai jenama nombor satu bagi produk penjagaan rambut di India, Brazil, Argentina, Bolivia, Bangladesh, Sri Lanka dan Thailand.

Sunsilk mula diperkenalkan pada tahun 1954 di United Kingdom dan sekitar tahun 1959, ia mula memasuki pasaran 18 negara di seluruh dunia.

Pada masa sama, Sunsilk mempunyai kelebihan tersendiri berbanding produk syampu lain yang ada di pasaran ketika itu, iaitu Sunsilk hanya memerlukan sekali penggunaan dan hasil yang diperolehi memuaskan berbanding syampu jenama lain yang ada ketika itu.

Sesuai dengan peredaran masa dan peningkatan inovasi, Sunsilk berjaya melancarkan produk krim syampu pertamanya yang sesuai untukrambut kering pada tahun 1956.

Dalam tahun 1958, cecair syampu dalam pek dalam berbentuk kiub mula diperkenalkan. Ia diperkenalkan sebagai alternatif bagi pembungkusan syampu dalam botol dan aket besar yang digunakan sebelum ini.

Pada tahun 1962, Sunsilk berjaya memasarkan pelabagai produk syampu bagi kegunaan pelbagai jenis rambut. Sehingga kini, Sunsilk terus kukuh sebagai salah satu jenama syampu terkenal.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Sunsilk





Tuesday, November 23, 2010

Sony pengeluar transistor radio terbaik


SONY Corporation atau lebih dikenali dengan nama Sony adalah sebuah konglomerat multinasional dari Jepun yang berpengkalan di Minato, Tokyo.

Sony merupakan salah sebuah daripada pengeluar utama produk elektronik seperti pemain video, alat komunikasi, permainan video dan beberapa produk barangan pengguna lain.

Sony dibangunkan oleh dua anak muda bernama Akio Morita dan Masaru Ibuka. Pada mulanya, nama yang digunakan adalah Sonus iaitu satu perkataan yang diambil daripada perkataan Latin merujuk kepada 'suara'. Perkataan itu kemudian ditukar menggunakan slanga dalam bahasa Inggeris yang berbunyi 'Sonny'.

Perkataan itu diambil oleh kedua-dua anak muda ini kerana mereka menganggap diri mereka diri merekasebagai 'kumpulan remaja Sonny'. Pada tahun 1950, dalam bahasa Jepun, perkataan Sonny iaitu Sony adalah satu kata pinjam yang merujuk kepada 'pemuda cerdas dan rapi'. Oleh itu, sehingga kini, syarikat terus mengekalkan perkataan Sony sebagai nama untuk syarikat.

Lewat 1945, selepas tamat Perang Dunia Kedua, Ibuka memulakan perniagaan dengan membuka kedai membaiki radio di kawasan bangunan yang musnah akibat serangan bom dekat Nihonbashi, Tokyo.

Tahun berikutnya, dia bersama-sama rakan niaganya, Morita berganding bahu membuka sebuah syarikat yang diberi nama Tokyo Tsushin Kogyo KK iaitu syarikat pertamaa yang mencipta pita perakam yang dipanggil 'Type-G'.

Pada Ogos 1955, Tokyo Tsushin Kogyo memperkenalkan transistor radio komersil Jepun pertama Sony TR-55. Seterusnya pada Disember 1955, syarikat berjaya mengekluarkan Sony TR-72.

Pada Mei 1956, syarikat sekali lagi berjaya melancarkan TR-6 yang mana satu ciptaan yang lebih inovatif dengan rekaan lebih nipis dan sistem bunyi yang dipertingkatkan.

Semenjak itu, syarikat terus mengorak kejayaan demi kejayaan dalam mengeluarkan produk-produk yang berkualiti.





Monday, November 22, 2010

Christian Dior pernah masuk tentera


CHRISTIAN Dior adalah satu jenama produk fesyen terkenal di kebanyakan negara. Nama tersebut adalah satu jenama berpengaruh dan pemilik kepada nama itu adalah seorang lelaki juga soerang pereka fesyen berasal berasal dari Perancis.

Christian Dior dilahirkan pada 21 Januari 1905 di Granville, iaitu berdekat kawasan pantai di Perancis.

Dia berasal daripada sebuah keluarga kaya di mana kekayan tersebut diperolehi menerusi pembuatan baja.

Dengan kelahirannya, seluruh ahli keluarga berharap Dior menjadi seorang ahli diplomat apabila dewasa. Maun, semua itu sekadar harapan kerana setelah dewasa, Dior lebih cenderung mendalami selok belok dalam dunia rekaan fesyen.

Ketika meniti usia remaja, Dior pernah mempunyai bakat seni. Dia pandai melukis. Melalui lakaran lukisan yang dihasilkan, Dior mencari pendapatan tambahan dengan menjualnya. Setiap lakaranm, dia menjualnya dengan harga 10 sen.

Selepas meninggalkan zaman persekolahan, ayahnya memberikan sedikit wang dan wang tersebut digunakan Dior membuka sebuah galeri seni pada tahun 1928. Namun, galerinya teroppaksa ditutup apabila keluarganya mengalami kesulitan kewangan yang teruk sehingga ayahnya kehilangan perniagaan yang telah dibina.

Setelah itu, semenjak tahun 1930 sehingga 1940 dia bekerja dengan Robert Piguet sehinggalah dia dipanggil menyertai pasukan tentera.


Pada tahun 1942, dia meniggalkan pasukan tentera dan bekerja di sebuah pusat fesyen Lucien Lelong. Di sana, hanya dia dan seorang rakan sekerja bernama Pierre Balmain diberi kepercayaan sebagai pereka fesyen utama.

Semasa Perang Dunia Kedua, Dior telah diberi tanggungjawab mereka pakaian untuk isteri-isteri pegawai tentera Nazi, termasuk beberapa individu penting Perancis.

Pada 16 Disember 1946, Dior berjaya membuka butik fesyennya sendiri dan awal tahun 1947, dia berjaya memperkenalkan koleksi fesyen rekaannya sendiri.

Semenjak itu, Dior terus mengorak langkah bagi mengukir nama dan kejayaan di persada fesyen.

Pada 23 Oktober 1957, Dior meninggal dunia pada usia 52 tahun ketika sedang bercuti di Montecatini, Itali.

sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Christian_Dior





Thursday, November 18, 2010

Philips produk Belanda


KONINKLIJKE Philips Electronics NV atau lebih dikenali sebagai Philips adalah sebuah syarikat elektronik multinasional milik Belanda.

Philips adalah antara syarikat elektronik terbesar di dunia. Ia mengendalikan beberapa sektor, antaranya produk elektronik pengguna dan produk sistem perubatan.

Syarikat mula dibangunkan pada tahun 1891 di Eindhoven, Belanda oleh Gerard Philips (gambar) iaitu sepupu sebelah ibu Karl Marx.

Produk pertama keluaran syarikat ini adalah lampu bulb dan beberapa kelengkapan teknikal-elektrik.

Pada tahun 1920, syairkat mula mengeluarkan produk-produk lain seperti injap vakum, dan pada 1939, syarikat memperkenalkan alat pencukur elektrik yang diberi nama Philishave. Namun di pasaran Amerika Syarikat (AS), produk tersebut dijual menggunakan nama Norelco.

sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Gerard_Philips

Wednesday, November 17, 2010

Hitachi bermaksud matahari terbit

HITACHI Ltd adalah sebuah syarikat multinasional yang mengkhusus dalam sektor teknologi tinggi dan perkhidmatan milik Jepun.

Syarikat beribu pejabat di Marunouchi Itchome, Chiyoda, Tokyo Jepun itu adalah syarikat induk kepada Hitachi Group iaitu bahagian terbesar dalam Kumpulan DKB.

Pada tahun 2009, Hitachi mencatat pendapatan ketiga terbesar sebagai sebuah syarikat teknologi. Pada tahun 2007, Hitachi berada pada kedudukan 371 dalam senarai Forbes Global 2000.

Hitachi pada bahasa Jepun bermaksud matahari terbit.

Hitachi bermula sejak 100 tahun dahulu iaitu pada tahun 1910 dan pada asalnya dikenali sebagai kedai membaiki peralatan elektrik. Namun, kini ia berjaya mengorak langkah lebih maju sehingga kini dan menjadi salah satu perintis dalam sektor pengeluaran barangan elektrik yang sering menampilkan teknologi terbaru.

Sejarah penubuhan bermula dimulakan oleh seorang usahawan dan juga dermawan, Namihei Odaira (gambar). Odaira dilahirkan pada 1874 dalam Wilayah Tochigi iaitu kira-kira 100 kilometer dari bandar Tokyo.

Pada tahun 1900, Odaira berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan elektronik dari Imperial University, Tokyo.

Selepas tamat pengajian dia bekerja di sebuah syarikat perlombongan sebagai jurutera di loji kuasa. Bermula daripada situ, dia sering melawat beberapa ke beberapa syarikat tenaga elektrik.

Dalam tahun 1906, dia bekerja dengan syarikat perlombongan Kuhara dekat perlombongan timah Hitachi sebagai ketua bahagian jurutera.

Dia dan rakan-rakannya mula melakukan kerja-kerja pembuatan motor elektrik dengan lima kuasa kuda yang kemudiannya dinamakan sebagai Hitachi pada tahun 1910.

Odaira meninggal dunia pada 5 Oktober 1951 ketika berusia 77 tahun.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Namihei_Odaira


Thursday, November 11, 2010

Bateri Eveready dibangunkan di India

EVEREADY Industries India, Ltd (EIIL) yang dahulunya dikenali sebgai Union Carbide India, Limited adalah sebuah syarikat unggul di bawah naungan BM Khaitan Group.

Bateri Eveready adalah satu jenama unggul yang telah dibangunkan di India semenjak tahun 1905.

Kegiatan utama niaga EIIL adalah melibatkan proses pembuatan dan pengedaran bateri, lampu suluh dan lain-lain produk yang berasaskan mangan elektrolitik dioksida.

Selain itu, syarikat turut terlibat dalam pemprosesan teh dan memasarkannya ke peringkat pasaran luar dari India.

Kemudahan operasi kumpulan terletak di Kolkata, Chennai, dan Navi Mumbai.

EIIL merupakan syarikat pengeluar bateri karbon ketiga terbesar di dunia. Syarikat berjaya menjual lebih daripada satu billion unit bateri dalam setahun.

Sejarah penubuhan EIIL bermula pada tahun 1905 di India. Produk bateri sel kering atau alkali keluaran pertamanya berjaya dijual ke pasaran amerika Syarikat dan ke beberapa bandar utama di dalam negara tersebut. Pada mulanya bateri tersebut digunakan sebagai bahan cas untuk lampu suluh.

Pada tahun 1939, syarikat mulai serius dalam bidang pembuatan bateri dan telah membina kilang bateri di Kolkata dan kemudiannya diikuti penubuhan kilang di Chennai padat aun 1952 sementara kilang lampu suluh pula berjaya dibina pada tahun 1958 di Lucknow.

sumber http://en.wikipedia.org/eveready_Industries

Wednesday, November 10, 2010

Walter cipta gula-gula getah secara kebetulan

DUBBLE Bubble adalah satu jenama popular bagi produk gula-gula getah yang dikeluarkan oleh syarikat Fleer Corporation.

Syarikat yang beroperasi di Philidelphia, Amerika Syarikat ini telah dibangunkan Frank H. Fleer pada tahun 1885.

Pada tahun 1928, seorang akauntan syarikat bernama Walter E. Diemer (gambar) berjaya mencipta gula-gula getah. Penemuan kejayaannya itu ternyata sesuatu yang menguntungkan dan mendapat sambutan hangat.

Pada mulanya, Walter hanya melakukan beberapa kajian bagi mengisi masa lapangnya dengan melakukan beberapa uji kaji terhadap beberapa resepi masakan.

Gula-gula getah yang berjaya dihasilkan adalah kurang melekat berbanding gula-gula getah yang sedia ada ketika itu.

Hasil ciptaannya itu kemudian dipasarkan menggunakan jenama Dubble Bubble pada tahun 1928.

Walter ketika ditanya berkenaan kejayaan penemuannya memberitahu, "Ia berlaku secara kebetulan".

Pada tahun 1937, gula-gula getah di bawah jenama Dubble Bubble mula meneroka ke pasaran tempatan.

Kemudian Dubble Bubble mula diedarkan kepada pihak ketenteraan sebagai salah satu bahan makanan semasa Perang Dunia II sehingga tahun 1942.

Pada mulanya, produk gula-gula getah Dubble Bubble dikeluarkan hanya menggnuakan warna merah jambu.

Namun kini ia turut didatangkan dalam pelbagai warna yang menarik dan selain didatangkan dengan pelbagai bentuk termasuk bebola gula-gula getah.

sumber: http://en.wikipdeia.org/wiki/Bubblegum





Tuesday, November 09, 2010

Panasonic berusaha jadi penanda aras industri

PANASONIC adalah satu jenama antarabangsa bagi pengeluar barangan elektrik Jepun, Panasonic Corporation yang dahulunya dikenali sebagai Matsushita Electric Industrial Co Ltd.

Pengasasnya, Konosuke Matsushita dilahirkan pada 27 November 1984 di sebuah perkampungan kecil di Wasamura yang terletak di Selatan Osaka yang kini dikenali sebagai Bandar Wakayama.

Dia adalah anak bongsu dalam keluarga daripada lapan beradik terdiri daripada lima perempuan dan tiga lelaki.

Semasa berumur sembilan tahun, bapanya menghantar Konosuke ke Miyata Hibachi Store dan Godai Bicycle Store, di mana majikannya mengesan bakat semula jadinya dan minatnya dalam bidang perniagaan.

Konosuke mengahwini Mumeno Lue ketika berumur 19 tahun dan pada Jun 1971.

Konosuke Matsushita mula menceburi bidang perniagaan dengan emulakan Sanyo Elektrik bersama isteri dan abang iparnya dalam sebuah bilik kecil di Timur Osaka.

Perniagaannya berkembang menjadi Panasonic pada 7 Mac 1918 apabila Matsushita berpindah dari bilik kecil ke rumah dua tingkat yang lebih besar dan menubuhkan Matsushita Electric Housewares Manufacturing Works yang hanya terdiri daripada tiga pekerja iaitu Matsushita, isteri dan abang iparnya.

Pada Julai 1922, Matsushita menyewa sebuah tapak berukuran 230 meter persegi untuk pembinaan kilang dan pejabat. Pekerjanya bertambah kepada 50 orang menjelang hujung tahun. Dalam empat tahun penubuhan syarikat, kemudian ia berkembang menjadi sebuah perniagaan lengkap dan mempunyai kilang sendiri.

Di bawah jenama Matsushita, syarikat berjaya menjual panel paparan plasma; perakam dan pemain cakera video digital (DVD); pemain cakera Blue-Ray, kamera video, telefon, ketuhar gelombang mikro, pencukur, projektor; kamera digital, bateri, komputer riba (di bawah subjenama Toughbook), cakera padat mudah alih, kelengkapan stereo rumah dan komponen elektrik yang semuanya dipasarkan menggunakan cogan kata Ideas for life.


Jualan tahunan elektronik pada 2004, Matsushita, pengeluar elektronik Jepun terbesar, mendahului Hitachi.

Pada masa dahulu, kerana didakwa menggunakan taktik peniruan, Matsushita dipersendakan di Jepun dengan jolokan Maneshita (mane bererti tiruan), namun sebenarnya Matsushita banyak sekali membuat perancangan, penyelidikan dan pembangunan produk sendiri.

Matsushita membangunkan beraneka perusahaan, yang memberi fokus kepada barangan elektronik rumah, inudustri dan telekomunikasi. Antara jenama yang dikaitkan dengan Panasonic termasuk televisyen Viera dan kamera digital Lumix.

Friday, November 05, 2010

TAG Heuer jam 'back-up' misi teroka orbit bumi

TAG Heuer jam tangan mewah buatan Switzerland terkenal jenama jam tangan sukan dan alat penunjuk waktu yang tepat. Ia adalah produk keluaran dari perusahaan barangan mewah LVMH. Syarikat masih menggunakan slogan "Avant-Garde Switzerland" digunakan sejak 1860.

TAG Heuer ditubuhkan pada 1860 oleh Edouard Heuer. (gambar) Edouard menceburi bidang pembuatan jam tangan pada mulanya di St-Imier, Switzerland. Pada 1882, dia berjaya mencipta alat penunjukan waktu pertama.

Pada 1887, sekali lagi Heuer menempa kejayaan setelah berjaya mencipta bilah 'sayap berhayun' dan ia masih digunakan sehingga kini oleh pembuat jam tangan penunjuk waktu tepat.

Pada 1911, Heuer menerima hak paten untuk "Jangka waktu perjalan", iaitu penunjuk waktu tepat yang 'dashboard' yang pertama. Ia direka khas untuk digunakan dalam kereta dan pesawat dengan dua bilah hayun besar dipasang dari pusat sayap menunjukkan waktu dan hari - ia sama seperti jam tradisional.

Sementara sepasang bilah hayun kecil, dipasang di bahagian atas butang dengan 12 kedudukan jam bagi menunjukkan durasi perjalanan (sehingga 12 jam) dan sebuah kotak top-mount membolehkan pengguna menetapkan masa menerusi butang yang dipasang bagi mengendalikan fungsi mula (start); berhenti (stop) dan set semula (reset). Ia berfungsi memberikan durasi perjalanan.

Heuer mula memperkenalkan alat penunjuk waktu tepat menerusi paten 'pergelangan tangan' pada 1914. Detik masa digunakan masih mengekal kedudukan 12:00 kerana diadaptasi daripada alat penunjuk waktu paten saku.

Pada 1916, Heuer memperkenalkan 'mikrograf' iaitu jam jangka pertama mempunyai durasi 1/1ooth per saat. Model ini diikuti model 'semikrograph' iaitu jam jangka yang mempunyai durasi 1/50th per saat. Model terbaru ini turut mempunyai fungsi pecahaan-saat yang membolehkan pengguna menentukan waktu mula antara dua peserta atau acara.

Pada 1962, TAG Heuer muncul jam tangan buatan Switzerland pertama menerobos ruang anngkasa. Seorang angkasawan John Glenn memakai jam jangka Heuer ketika dia mengemudikan kapal angkasa Atlas Utarid 6 yang pertama orang Amerika Syarikat (AS) terbang meneroka orbit bumi.