Tuesday, November 09, 2010

Panasonic berusaha jadi penanda aras industri

PANASONIC adalah satu jenama antarabangsa bagi pengeluar barangan elektrik Jepun, Panasonic Corporation yang dahulunya dikenali sebagai Matsushita Electric Industrial Co Ltd.

Pengasasnya, Konosuke Matsushita dilahirkan pada 27 November 1984 di sebuah perkampungan kecil di Wasamura yang terletak di Selatan Osaka yang kini dikenali sebagai Bandar Wakayama.

Dia adalah anak bongsu dalam keluarga daripada lapan beradik terdiri daripada lima perempuan dan tiga lelaki.

Semasa berumur sembilan tahun, bapanya menghantar Konosuke ke Miyata Hibachi Store dan Godai Bicycle Store, di mana majikannya mengesan bakat semula jadinya dan minatnya dalam bidang perniagaan.

Konosuke mengahwini Mumeno Lue ketika berumur 19 tahun dan pada Jun 1971.

Konosuke Matsushita mula menceburi bidang perniagaan dengan emulakan Sanyo Elektrik bersama isteri dan abang iparnya dalam sebuah bilik kecil di Timur Osaka.

Perniagaannya berkembang menjadi Panasonic pada 7 Mac 1918 apabila Matsushita berpindah dari bilik kecil ke rumah dua tingkat yang lebih besar dan menubuhkan Matsushita Electric Housewares Manufacturing Works yang hanya terdiri daripada tiga pekerja iaitu Matsushita, isteri dan abang iparnya.

Pada Julai 1922, Matsushita menyewa sebuah tapak berukuran 230 meter persegi untuk pembinaan kilang dan pejabat. Pekerjanya bertambah kepada 50 orang menjelang hujung tahun. Dalam empat tahun penubuhan syarikat, kemudian ia berkembang menjadi sebuah perniagaan lengkap dan mempunyai kilang sendiri.

Di bawah jenama Matsushita, syarikat berjaya menjual panel paparan plasma; perakam dan pemain cakera video digital (DVD); pemain cakera Blue-Ray, kamera video, telefon, ketuhar gelombang mikro, pencukur, projektor; kamera digital, bateri, komputer riba (di bawah subjenama Toughbook), cakera padat mudah alih, kelengkapan stereo rumah dan komponen elektrik yang semuanya dipasarkan menggunakan cogan kata Ideas for life.


Jualan tahunan elektronik pada 2004, Matsushita, pengeluar elektronik Jepun terbesar, mendahului Hitachi.

Pada masa dahulu, kerana didakwa menggunakan taktik peniruan, Matsushita dipersendakan di Jepun dengan jolokan Maneshita (mane bererti tiruan), namun sebenarnya Matsushita banyak sekali membuat perancangan, penyelidikan dan pembangunan produk sendiri.

Matsushita membangunkan beraneka perusahaan, yang memberi fokus kepada barangan elektronik rumah, inudustri dan telekomunikasi. Antara jenama yang dikaitkan dengan Panasonic termasuk televisyen Viera dan kamera digital Lumix.

No comments: