Wednesday, November 24, 2010

Sunsilk satu jenama yang lebih fokus untuk wanita

SUNSILK adalah jenama terkenal bagi produk penjagaan rambut dan kulit kepala. Produk keluaran Sunsilk lebih memberi tumppuan kepada golongan wanita.

Ia adalah produk keluaran Kumpulan Unilever yang mana ia kini boleh dianggap sebagai syarikat yang mendahului bagi produk perapi rambut dan produk syampu kedua terbesar di dunia.

Pelbagai produk penjagaan rambut dan kulit kepala di bawah jenama Sunsilk kini terjual di 69 buah negara di seluruh dunia.

Selain itu, Sunsilk turut menjual beberapa produk lain di seluruh dunia dengan menggunakan nama lain termasuk Elidor, Seda dan Sedal.

Produk-produk ini adalah antara produk yang mendapat sambutan hangat di pasaran Asia, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Sementara itu, jenama ini muncul sebagai jenama nombor satu bagi produk penjagaan rambut di India, Brazil, Argentina, Bolivia, Bangladesh, Sri Lanka dan Thailand.

Sunsilk mula diperkenalkan pada tahun 1954 di United Kingdom dan sekitar tahun 1959, ia mula memasuki pasaran 18 negara di seluruh dunia.

Pada masa sama, Sunsilk mempunyai kelebihan tersendiri berbanding produk syampu lain yang ada di pasaran ketika itu, iaitu Sunsilk hanya memerlukan sekali penggunaan dan hasil yang diperolehi memuaskan berbanding syampu jenama lain yang ada ketika itu.

Sesuai dengan peredaran masa dan peningkatan inovasi, Sunsilk berjaya melancarkan produk krim syampu pertamanya yang sesuai untukrambut kering pada tahun 1956.

Dalam tahun 1958, cecair syampu dalam pek dalam berbentuk kiub mula diperkenalkan. Ia diperkenalkan sebagai alternatif bagi pembungkusan syampu dalam botol dan aket besar yang digunakan sebelum ini.

Pada tahun 1962, Sunsilk berjaya memasarkan pelabagai produk syampu bagi kegunaan pelbagai jenis rambut. Sehingga kini, Sunsilk terus kukuh sebagai salah satu jenama syampu terkenal.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Sunsilk





No comments: