Thursday, November 04, 2010

Planta dicipta menggantikan buter


PLANTA adalah suatu jenama terkenal bagi produk marjerin keluaran syarikat Unilever. Planta adalah jenama produk marjerin pertama yang diimport ke Malaysia pada 1930.

Semenjak dibawa masuk ke Malaysia, ia terus berkembang menjadi sebahagian produk terkenal dan pilihan rakyat Malaysia dalam penyediaan pelbagai masakan seperti nasi ayam, roti canai, biskut dan pelbagai jenis kek serta pastri.

Planta adalah marjerin yang terdiri daripada bahan utamanya minyak kelapa sawit yang tinggi kandungan lemak tepu.

Sejarah penemuan marjerin bermula pada 1813. Ia dihasilkan oleh seorang lelaki bernama Michael Eugene Chevreul.

Michael berjaya mencipta bahan masakan yang pada awalnya dikenali sebagai asid marjerik. Dalam bahasa Greek, marjerin dipanggil sebagai 'margaron' yang bermaksud mutiara tiram.

Pada 1869, pemerintah Perancis, Raja Louis Napolean III menawarkan hadiah menarik kepada sesiapa yang berjaya menghasilakan bahan pengganti buter yang sesuai untuk tentera dan golongan kelas bawahan.

Ahli kimia Hyppolyte Mege-Mouries adalah individu yang berjaya mencipta bahan gantian tersebut yang diberi nama 'oleomargerine' yang kemudiannya diringkaskan menjadi marjerin.

Mege-Mouries telah mempatenkan produk marjerin terbabit pada 1869 dan mengembangkannya secara operasi pengilangan di Perancis.

Bagaimanapun, ia hanya berjaya dikomersilkan secara kecil.

Pada 1871, Mege-Mouries telah menjual cap dagang marjerin kepada syarikat milik Belanda Jurgens.

Jurgens kini adalahj sebahagian daripada anak syarikat /unilever.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Margerine

No comments: