Wednesday, November 10, 2010

Walter cipta gula-gula getah secara kebetulan

DUBBLE Bubble adalah satu jenama popular bagi produk gula-gula getah yang dikeluarkan oleh syarikat Fleer Corporation.

Syarikat yang beroperasi di Philidelphia, Amerika Syarikat ini telah dibangunkan Frank H. Fleer pada tahun 1885.

Pada tahun 1928, seorang akauntan syarikat bernama Walter E. Diemer (gambar) berjaya mencipta gula-gula getah. Penemuan kejayaannya itu ternyata sesuatu yang menguntungkan dan mendapat sambutan hangat.

Pada mulanya, Walter hanya melakukan beberapa kajian bagi mengisi masa lapangnya dengan melakukan beberapa uji kaji terhadap beberapa resepi masakan.

Gula-gula getah yang berjaya dihasilkan adalah kurang melekat berbanding gula-gula getah yang sedia ada ketika itu.

Hasil ciptaannya itu kemudian dipasarkan menggunakan jenama Dubble Bubble pada tahun 1928.

Walter ketika ditanya berkenaan kejayaan penemuannya memberitahu, "Ia berlaku secara kebetulan".

Pada tahun 1937, gula-gula getah di bawah jenama Dubble Bubble mula meneroka ke pasaran tempatan.

Kemudian Dubble Bubble mula diedarkan kepada pihak ketenteraan sebagai salah satu bahan makanan semasa Perang Dunia II sehingga tahun 1942.

Pada mulanya, produk gula-gula getah Dubble Bubble dikeluarkan hanya menggnuakan warna merah jambu.

Namun kini ia turut didatangkan dalam pelbagai warna yang menarik dan selain didatangkan dengan pelbagai bentuk termasuk bebola gula-gula getah.

sumber: http://en.wikipdeia.org/wiki/Bubblegum





No comments: