Selasa, Disember 28, 2010

5 perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum anda memulakan perniagaan

Oleh Irfan Khairi

Kebebasan daripada arahan dan suruhan yang dikeluarkan oleh pihak atasan serta alasan untuk membuat keputusan sendiri tanpa dipengarui oleh orang lain kadang kala merupakan faktor terpenting seseorang itu terlibat dalam memilih perniagaan sebagai sumber rezeki.

Sebelum anda meneruskan perancangan untuk memulakan perniagaan, adalah lebih baik sekiranya anda menilai diri sendiri serta bertanya pada diri sendiri mengenai bebarapa persoalan penting seperti di bawah;

1. Adakah anda mempunyai modal permulaan yang cukup serta mempunyai pendapatan sokongan?

Ia adalah duit untuk menghasilkan duit walaupun perniagaan yang dijalankan adalah pada skala yang kecil seperti perniagaan kecil-kecilan di rumah. Pastikan anda mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk menyediakan keperluan-keperluan yang asas serta penetapan pemasaran sebelum anda menceburkan diri dalam perniagaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat daripada mereka yang sudah menjalankan perniagaan mengenai jangka masa untuk memperolehi pulangan perniagaan. Ini penting kerana dapat membantu anda mengatur starategi kewangan supaya anda lebih berhemah dalam urusan perbelanjaan anda seharian.

2. Adakah anda merupakan seorang yang berdikari?

Persoalan ini harus anda tanya kepada diri anda sendiri kerana persoalan ini merupakan kualiti utama sebelum anda membuat keputusan untuk menjadi entrepreneur. Jika anda seorang yang suka mengambil sikap tunggu dan lihat ataupun membuat sesuatu perkara atas arahan pihak atasan maka anda tergolong dalam golongan yang sesuai untuk makan gaji sahaja. Sebaliknya, jika anda berupaya untuk berfikir secara kreatif dan juga memberikan satu kesan kepada orang lain atau pun masyarakat anda sememangnya boleh dikategorikan sebagai orang yang boleh berjaya dalam perniagaan yang anda ceburi.

3. Adakah anda tergolong dalam kumpulan yang boleh bekerja melangkaui had masa standard 9 - 5 setiap hari?

Jika anda bekerja dengan seseorang, anda dikatakan sebagai terikat dengan jadual kerja yang ditetapkan oleh majikan. Pada satu-satu masa, anda boleh melupakan masalah di tempat kerja dan menumpukan perhatian kepada keluarga serta berehat. Namun, sebagi seorang entrepreneur anda dikatakan mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dan masa bekerja anda berbeza denga mereka yang makan gaji. Jika anda gemar dan suka kepada pulangan jangka panjang yang bakal anda perolehi, kepayahan ini bukannya satu halangan kepada anda dengan bekerja pada masa orang lain menikmati waktu rehat mereka. Sekali lagi tidak ada betul atau salah dalam konsep ini. Ia hanya merupakan persoalan yang perlu anda tanya dan teliti kepada diri anda sebelum keputusan anda ambil untuk menceburkan diri dalam perniagaan.

4. Adakah anda mempunyai sokongan yang KUAT daripada keluarga?

Kadangkala anda mempunyai idea yang bernas untuk menjalankan perniagaan. Adalah lebih baik, sebelum anda memulakan langkah pertama dalam perniagaan, kongsikan idea tersebut bersama keluarga anda. Suami kepada isteri, isteri kepada suami, anak kepada ibu bapa...sangat elok dan berkesan untuk mendapat restu.

5. Adakah anda benar-benar minat dalam menjalankan perniagaan anda ini?

Untuk benar-benar berjaya, usahawan perlu mempunyai semangat daya-juang yang tinggi dalam perniagaan mereka. Jika anda telah memilih untuk menjadi usahawan dan apa yang anda lakukan tidak seperti apa yang anda mahukan, motivasi yang tinggi diperlukan untuk menjayakan impian anda. Lakukan perniagaan yang anda benar-benar suka dan tahu mengenai perniagaan yang ingin anda lakukan kerana ia akan mendatangkan keseronokan dan keseronokan ini akan membuahkan hasil yang baik.

Satu perkara yang harus anda ingat. Tidak ada salah sama ada anda ingin bekerja dengan seseorang ataupun berniaga. Banyak kelebihan dari aspek keselamatan, pendapatan, jadual bekerja yang standard, dan faedah-faedah yang lain. Namun demikian, sekiranya anda memiliki kualiti sebagai usahawan serta idea perniagaan yang berkesan, anda dialu-alukan untuk melibatkkan diri dalam bidang keusahawanan kerana ia adalah jalan yang terbaik untuk kehidupan anda.

Seperti kata-kata yang disampaikan oleh Micheal Gerber,

"The entrepreneur in us sees opportunities everywhere we look, but many people see only problems everywhere they look. The entrepreneur in us is more concerned with discriminating between opportunities than he or she is with failing to see the opportunities".

Tiada ulasan:

Tuan boleh cadangkan medical card untuk anak perempuan saya?

Kita ada dua jenis plan, plan yang terbaik adalah MENGIKUT BUDJET tuan, Jika budjet tuan rendah saya cadangkan ambil plan medical card s...