Wednesday, December 08, 2010

Harpic, pencuci tandas terkenal


HARPIC adalah satu jenama terkenal bagi produk pencuci mangkuk tandas. Ia diperkenalkan di England sekitar tahun 1920 dan kini jenama tersebut dipasarkan syarikat pengguna global, Reckitt Benckiser.

Ibu pejabat Reckitt Benckiser terletak di United Kingdom dan ia adalah syarikat global yang mengeluarkan produk penjagaan rumah dan beberapa rangkaian produk pengguna utama termasuk produk penjagaan kesihatan dan penjagaan peribadi.

Antara produk terkemuka yang yang berada di bawah penyelkiaannya adalah produk antiseptik Dettol, gula-gula sakit tekak Strepsils, produk nyah bulu Veet, serta produk penyegar dan wangian udara Air Wick.

Sehingga kini, syarikat berioperasi di lebih 60 negara manakala produk keluarannya berjaya menembusi pasaran di lebih 180 bnegara.

Bagi produk Harpi, ia kini sudah memasuki pasaran di Afrika, Timur Tengah, Asia Pasikifk, Eropah, Amerika Latin dan Eropah Timur.

Selain barangan pencuci mangkuk tandas, di bawah jenmaama Harpic, syarikat tuturt memasarkan beberapa produk kebersihan tandas seperti tablet, sistem penyental, tisu, cecair dan pencuci kolah air.

Asalnya, bahan pencuci tandas ini dicipta oleh Harry Pickup di Roscoe Street, Scarborough, dekat North Yorkshire.

sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Harpic_(cleaning_product)

No comments: