Khamis, Disember 02, 2010

Nama Pensonic pernah dipertikai

KUMPULAN Pensonic sebuah syarikat peralatan elektrik diasaskan oleh Datuk Chew Weng Khak.

Pada asalnya ia bermula sebagai sebuah kedai kecil yang menjual peralatan elektrik di Pulau Pinang, Malaysia di bawah nama Keat Radio Co pada tahun 1965.

Pada tahun 1982, Chew mengasaskan jenama Pensonic bertujuan mengeluarkan sendiri peralatan elektrik bagi pertumbuhan jangka panjang syarikatnya.

Nama Pensonic direka dengan menggabungkan Pen dan Sonic yang bermaksud Bunyi Pulau Pinang (Sound of Penang).

Sejak itu, Pensonic berkembang sebaga jenama peralatan elektrik Malaysia pertama. Ia jenama Malaysia pertama menerima Geran Promosi Jenama oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada tahun 2005 serta menerima beberapa anugerah kecemerlangan reka bentuk.

Pensonic mempunyai kemudahan penyelidikan, pemasangan dan pengeluaran di Malaysia. Selain Malaysia, produk Pensonic turut dieksport ke negara Asean dan Timur Tengah.
Penggunaan nama Pensonic pernah dipertikai Panasonic Corporation sehingga membawa kepada tindakan mahkamah. Panasonic mendakwa nama Pensonic terlalu serupa dan dianggap jenama produk tiruan.

Pertikaian tersebut turut dibawa ke mahkamah di beberapa negara. Di Singapura misalnya, Panasonic memperoleh injunksi untuk menghalang Pernsonic menggunakan jenama tersebut pada November 2008 setelah beroperasi lebih 20 tahun.

Hakim mendapati Pensonic didaftarkan di Malaysia pada 1984 dan turut didaftarkan di Jepun (negara asal Panasonic) dan banyak di negara lain di dunia tanpa sebarang tentangan daripada Panasonic.

Oleh itu, ia bermaksud kedua-dua jenama tersebut memang wujud serentak di kedua-dua negara mengikut sejarah.

sumber: http;//ms.wikipedia.org/wiki/Pensonic

Tiada ulasan:

Tak perlu detol lagi

Tak perlu dettol lagi!  . Sharing ikhlas daripada Pn. Atie.  . Selepas pembedahan kecil di pergelangan tangan, berlaku sedikit infection...