Wednesday, December 01, 2010

Farmbook.my laman sosial buat petani

SERDANG 29 Nov. - Para penternak, peladang dan nelayan kini mempunyai masa depan yang lebih cerah dalam pasaran global apabila sebuah laman sosial khusus untuk golongan berkenaan dibangunkan bagi membantu mereka memasarkan produk masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Dynamicglobe Solutions Sdn. Bhd., Azri Zahier Azmi berkata, produkFarmbook.my ini dibangunkan bulan lalu dan merupakan platform terbesar menghimpunkan pengusaha industri pertanian untuk mengembangkan rangkaian perniagaan dengan melakukan urusan jual beli secara dalam talian.

"Farmbook.my ini dianggap unik apabila ia menjadi tempat berhimpunnya pembeli, pengeluar dan pembekal menjalankan urusan perniagaan secara dalam talian," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di gerai MAHA 2010 di sini hari ini.

Menurut Azri Zahier, Farmbook.myadalah platform pemasaran dalam talian yang terbesar dan pertama di Malaysia berkonsepkan laman sosial seperti Facebook tetapi lebih mengkhususkan industri makanan berasaskan pertanian dan penternakan.

Katanya, pemasaran atau pencarian produk akan lebih fokus kepada kumpulan sasaran dan sesiapa sahaja boleh mendaftar secara percuma sama ada mahu mencari atau menawarkan produk.

"Pengguna boleh menghantar mesej, bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dan boleh memuat naik gambar serta informasi mengenai perniagaan di ruangan profil.

"Istimewanya laman ini turut menyediakan pembayaran secara dalam talian bagi memudahkan pelanggan membuat pembayaran dengan menggunakan kad kredit dan perbankan dalam talian," katanya lagi.

Tambahnya, sesiapa yang ingin mengetahui produk ini dengan lebih lanjut boleh melawatiwww.farmbook.my atau Gerai 302, Dewan D, MAHA 2010 atau telefon 012 4842144 / 016 2672515/ 012 5600464.

sumber: Utusan Malaysia online

No comments: