Thursday, May 15, 2008

Wanita Paling Kaya Di Dunia Dengan Kekayaan RM72.5 billion

Kalau ditanyakan kepada ramai wanita tentang produk kecantikan jenama L’Oreal pasti ramai yang mengetahuinya dengan penampilan produk baru yang ditampilkan bersama model atau selebriti tersohor dunia seperti Gong Li dan Datuk Michelle Yeoh.

Siapa pemiliknya?
..
Dialah wanita terkaya dunia, Liliane Bettencourt dengan kekayaan RM72.5 billion. Pemilik syarikat kosmetik L’Oreal dari Perancis, Liliane turut disenaraikan sebagai wanita terkaya Perancis dan kedua di belakang billionaire, Bernad Arnault.
..
Dilahirkan sebagai satu-satunya anak kepada pengasas L’Oreal, Liliane Bettencort, menjadi calon paling layak bagi menerajui empayar perniagaan kecantikan bapanya bernilai puluhan billion.
..
Liliane pernah mengalami detik hitam dalam hidup apabila ibu kesayangannya meninggal dunia ketika dia berusia lima tahun. Sejak tu, bapanya , Eugene Schueller, menjaga Liliane dan menatangnya bagai minyak yang penuh.
..
Liline mengahwini ahli politik terkenal Perancis, Andre Bettencourt dan dikurniakan seorang anak perempuan, Francoise. Dia gembira kerana Francoise kini dewasa serta menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah L’Oreal selain menjalani kehidupan bahagia bersama suaminya, cucu pemain ragbi terkenal dunia.
..
Liliane mewarisi empayar perniagaan jenama kecantikan L’Oreal daripada bapanya hampir 5o tahun lalu. Di bawah terajunya, L’Orreal semakin berkembang dan memasuki pasaran seluruh dunia. Dia menguasai 27.5 peratus saham yang menjadikannya pemilik utama jenama berkenaan. Menurut majalah Forbes, aset terkumpul Liliane sehingga kini melebihi RM74.5 billion dan melayakkannya di kedudukan ke -12 senarai manusia terkaya dunia.
..

..
L’Oreal merupakan peneraju dalam pengeluaan kosmetik dunia. Sentiasa mementingkan gaya hidup moden dan merancang masa depan mereka dengan strategikv dan peka akan kehendak pengguna mereka. Untuk rekod, pada tahun 2006 empayar L’Oreal berjaya mendapatkan jualan tahunannya sebanyak 15.8 billion euro dengan 19 jenama dunia untuk pasaran seluruh Asia, Eropah dan Amerika.
..
Kejayaan dan aspirasi L’Oreal adalah mengisi keperluan penggunanya, mempromosikan produk mereka dengan lebih berpengaruh dengan menggunakan model dan selebriti ternama. Namun mereka tetap mebawa mesej tepat bahawa produk mereka dan kecantikan adalah sesuatu yang menyeronokkan, menepati cita rasa, genuine dan genrerous.
..
Nota nizamsurf: Tidak dapat dinafikan lagi kejayaan bisnes adalah bergantung kepada asas iaitu strategi dan pengurusan yang bijak, kerjasama yang erat antara pemilik, pihak pengurusan dan juga para pekerja di samping menumpukan sebaik mungkin kepada keperluan penggunanya.

1 comment:

Jaja | Pengedar Youth said...

Kaya betul ni. Jenama Loreal pun memang bukan calang-calang.